Majlis Perundingan Rakyat ADUN Kota Damansara

Majlis Perundingan Rakyat ADUN Kota Damansara

1 March 2009

Dr.Nasir, ADUN Kota Damansara selalu berpesan dalam setiap ucapannya  bahwa peruntukkan dari Kerajaan Negeri kepada setiap ADUN adalah merupakan hak semua rakyat. Dalam era politik Barisan Nasional dulu, peruntukkan ini diagihkan semata-mata untuk kepentingan politik. Sesiapa yang menjadi tok ampu atau mereka yang menjanjikan kesetiaan kepada ADUN akan dihadiahkan bantuan kewangan ini. Pernah juga kami mendengar cerita bahawa,mereka yang memohon bantuan ini disuruh bentuk cawangan UMNO ,MIC atau MCA terlebih dahulu,barulah wang  peruntukkan ADUN ini disalurkan kepada pihak tersebut.

Kini kuasa rakyat telah menguburkan sikap politik seperti  ini sejak 8hb.Mac,2008. Yang penting sekali janganlah pula mewujudkan karenah sedemikian dikalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Sebagai  seorang perfahaman  sosialis, ADUN Kota Damansara menentang sekeras-kerasnya salahguna wang rakyat untuk kepentingan politik. Sebab itulah kita mementingkan penglibatan rakyat dalam merancangkan peruntukkan ini .

Selaras dengan hasrat ini, Pejabat ADUN telah menganjurkan Majlis Perundingan Rakyat (MPR) pada 1hb .Mac,2009 di Dewan MBSA Kg.Melayu Subang . MPR ini merupakan suatu perhimpunan kongres yang disertai oleh semua wakil komuniti, persatuan penduduk,ketua kampung dalam kawasan ADUN Kota Damansara.

Seramai lebih 50 orang wakil persatuan penduduk dari U5 Shah Alam . Kg.Melayu Subang , Pekan Subang , Kg.Baru Sg.Buloh, Kg.Bungaraya dan lain –lain kawasan telah menyertai sesi ini .

Dr.Nasir , sebagai ADUN telah mengambil tugas untuk membentang segala aktiviti yang telah dilaksanakan olehnya sejak bulan Mac,2009 yang lalu . Para peserta pula memberikan komen mengenai evaluasi mereka tentang perkhidmatan ADUN . Dr.Nasir telah mendengar segala komen dan menerima apajua kekurangan secara terbuka .

Setelah itu, ADUN telah membentang bagaimana peruntukkan ADUN telah dibelanjakan sepanjang tahun 2008 . Peserta juga telah berpendapat bahawa peruntukkan harus digunakan untuk projek –projek jangka panjang dan bukannya majlis –majlis makan /minum sahaja.

Sivarajan S/U ADUN Kota Damansara telah memperkenalkan konsep ‘communal councils ‘ sepertimana yang dilaksanakan di Venenzuela . Communal councils yang dianggotai 200 hingga 400 unit keluarga setiap satu membolehkan rakyat melibatkan diri secara langsung dalam semua aspek perancangan , pembangunan dan pengurusan komuniti mereka tanpa birokrasi Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan .”Apabila communal council ini cukup matang , maka communal council inilah yang akan mengatur dan mengagihkan peruntukkan ADUN ,bukannya ADUN semata-mata” jelas Sivarajan .

Ringkasan Bajet Majlis Bandaraya Shah Alam tahun 2009 juga telah diedarkan kepada para hadirin ,kerana sebagai pembayar cukai, rakyat berhak mengetahui bagaimana wang mereka dibelanjakan oleh Majlis . Hampir semua wakil penduduk telah memberikan cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh  ADUN untuk tahun 2009 ini.

MPR  ini adalah suatu model pemerintahan sosialis. Diharapkan dengan terbentuknya MPR ini demokrasi tulen dan kuasa rakyat akan dikukuhkan melalui penglibatan rakyat secara terus dalam pembangunan negeri Selangor.