Janji taman permainan ditunaikan

Janji taman permainan ditunaikan

19 February 2012

Pada hari ini ( Ahad), Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara telah menunaikan janjinya kepada penduduk Taman Subang Baru PKNS untuk membaikpulih taman permainan dikawasan mereka. Semasa Jamuan Deepavali pada tahun lalu, Dr.Nasir dalam ucapannya memberikan jaminan bahawa Pejabat ADUN akan membaikpulih taman permainan ini.

Taman Subang Baru PKNS merupakan merupakan salah satu taman perumahan yang agak terdahulu dikawasan Subang. Ianya telah dibangunkan oleh PKNS pada ketika itu. Tetapi taman permainan ini telah kurang mendapat perhatian dari PKNS dan PBT . Maka banyak kemudahannya telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Justeru itu demi untuk menyediakan kemudahan awam untuk rakyat , maka Dr.Nasir Hashim telah mengunakan peruntukkan projek kecilnya membaikpulih alatan mainan di taman ini. Lampu-lampu untuk dua buah gelanggang juga telah diperbaiki , maka pemuda /i taman ini dapat mengunakannya pada waktu malam untuk main takraw dan badminton.