Masyarakat Ladang "Lulus" dalam Ujian Cara Mengundi!

6 March 2008

Pada 4 haribulan March 2008, calon DUN Semenyih saudara Arul telah melakukan lawatan ke dua buah ladang iaitu Ladang Abaco dan Ladang Denudin yang beliau berkhidmat selama 20 tahun di Semenyih. Kali ini lawatan saudara Arul ini turut disertai oleh dua rakan dari media Malaysiakini dan Mastika.

noname1.jpeg
noname-11.jpeg

Ladang Abaco yang merupakan antara ladang yang mempunyai pelbagai masalah seperti perumahan dan kemudahan asas selama 50 tahun dan ladang yang paling teruk keadaan penduduk di Selangor. Kedatangan saudara Arul di Ladang Abaco ini disambut oleh kanak-kanak dan ibu bapa disana. Mereka kelihatan sangat gembira dan menyatakan bahawa mereka akan sentiasa menyokong Arul dan mengharapkan kemenangan beliau.

noname-21.jpeg
noname-31.jpeg

Selepas sejam di Ladang Abaco, Jentera Pilihanraya telah bergegas ke Ladang Denudin. Saudara Arul telah disambut dengan hiasan poster dan bendera PSM dan Keadilan.

Kemudian, saudara Arul bersama dengan yang lain juga telah turut melawat ke Kampung Batu Tiga untuk berjumpa dengan penduduk-penduduk disana. Kedatangan Arul disana disambut dengan baik malah rata-rata penduduk mengenali saudara Arul dan menyokong beliau.

noname-4.jpeg
noname-5.jpeg

Selepas lawatan di kampung dan ladang selesai, waktu malam saudara Arul telah menghadiri 3 buah ceramah di sekitar Semenyih. Ceramah pertama telah diadakan di Ladang Rinching yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang penduduk di sekitar Semenyih. Ceramah kedua pula diadakan di Kampung Rinching Hilir yang dihadiri oleh seramai 100 orang penduduk Kampung yang majoritinya penduduk Melayu. Selepas itu, Saudara Arul juga turut memberikan ceramah dihadapan seramai 200 penduduk Melayu di Kesuma Lakes Fasa 1.

noname-6.jpeg

Dalam ketiga-tiga ceramah ini antara isu yang disentuh oleh beliau adalah mengutuk tindakan SPR yang tidak mahu melaksanakan penggunaan dakwat dan megutuk alasan yang diberikan oleh SPR adalah tidak releven. Arul juga mengingatkan hadiran bahawa langkah SPR ini adalah pengecut dan merupakan pak turut kerajaan. Saudara Arul juga memberikan amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan isu-isu perkauman yang akan digunakan oleh BN untuk memecahbelahkan undi untuk pembangkang.

Saudara Arul yang hanya percaya kepada kuasa rakyat memberitahu kepada semua orang yang beliau berjumpa bahawa kuasa perlu berada ditangan rakyat. Sebarang perubahan hanya boleh dilakukan sekiranya rakyat sudah bersedia untuk perubahan.

Dikeluarkan oleh,
Nalini E.
Penyelaras Media DUN Semenyih