Ucapan Dasar Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) - Sempena Kongres PSM ke-10

3 June 2008

PSM Congress

Antarabangsa

Pergolakan yang timbul pada tahun 2007 masih wujud dan tenat khususnya tentang masalah kuasa besar cuba menakluki Negara yang lemah menggunakan senjata keamanan seperti WTO, FTA, IMF, World Bank dan sebagainya. Peperangan di wujud untuk merampas kuasa dan sumber bumi. Perjuangan Sosialisma Di Amerika Latin tetap membara dan menjadi inspirasi pada Sosialis di seluruh dunia.

Nepal memulakan era baru dengan golongan Maois menerajui pemerintahan Negara Nepal berjaya menggulingkan raja dan konco feudalnya.

Rakyat Tibet pula mengalami tekanan yang dasyat apabila mereka menuntut kemerdekaan. Ramai yang terbunuh hingga menjejaskan kesempurnaan olimpik yang di anjurkan oleh Negara China sendiri

Venezuela masih mengkibarkan bendera Sosialisma dengan cogankata 'Sosialisma di Abad ke-21'. Penentangannya terhadap imperialisma dan kejayaan rakyatnya mempertahankan Presiden Chavez dari 'coup d tat' anjuran Amerika Syarikat beberapa tahun dulu sentiasa menegur kita tentang kuasa rakyat untuk mengubahkan keadaan.

Nasional

1. PILIHANRAYA

a. Kejayaan Barisan Alternatif Pilihanraya 2008 telah menonjolkan kuasa rakyat dan harus diperkasakan lagi. Kemenangan BA mengejut dan menggegarkan Negara dan dunia luar. Kemenangan ini amatlah manis kerana seluruh BN tersungkur. Keruntuhan Barisan Nasional telah mengakibatkan peterlengkahan sesama sendiri, menunding jari dan bercakar sesama sendiri. Memandangkan kekalahan ini akan pupuskan BN untuk selama lamanya khususnya UMNO maka UMNO akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengembalikan kuasa ini. Justeru itu isi kaum dan agama akan diapikan.

2. PAKATAN RAKYAT

Nama baru disabitkan dengan era baru dengan harapan bahawa apa yang dilakukan adalah berbeza dengan yang lalu. Malangnya pentadbiran dan pengagihan kerja berkisar pada kuota parti yang berjaya dan mengikut kouta kaum. Tindakan seperti ini tidak berbeza dengan pemerintahan yang lalu. Maka demi menjaga kuota, kualiti akan dikorbankan.

Diharapkan juga janji manifesto pilihanraya akan dilaksanakan secepat mungkin kerana kelewatan akan diterjemahkan sebagai satu kelemahan dan akan dicanang ke seluruh negara oleh pihak musuh

Haluan PR pada masa ini adalah dipersimpangan. Adakah ia berkisar pada melicinkan dan mengukuhkan lagi sistem kapitalisma atau adakah ia akan mengambil posisi yang kiri membela hak rakyat.

3. PERUBAHAN IKLIM DAN HARI BUMI

Perubahan ini bukanlah suatu kejadian alam semulajadi tetapi atas tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.Ianya berkaitan rapat dengan kerakusan mengejar keuntungan dan kuasa iaitu;Menghabiskan sumber bumi seperti minyak Meratakan tanah dan menghancurkan hutan rimba kerana balak. Membelakangkan orang asal.

Kehakisan tanah dan kemusnahan tumbuhan asli yang berguna pada masyarakat sebagai sumber ubatan

Kenaikan suhu dunia yang mencetuskan banjir kilat, merebak penyakit dan pupusnya spisis tumbuhan dan segala jenis kehidupan. Penembusan lapis ozon akibat penggunaan kimia mengakibatkan radiasi bahaya.

Pencemaran alam dari segi asap kereta dan perindustrian

Hari Bumi harus dikaitkan dengan kemudaratan nilai kehidupan dan yang tidak seimbang dikaitkan dengan isu politik, ekonomi, social, jenayah penindasan, pengusiran secara paksa dan sebagainya

4. KRISIS MAKANAN

Salahguna tenaga minyak untuk peperangan dan aktiviti yang membazirkan menaikan harga minyak dan kos proses bahan makanan. Inflasi dan resesi juga melemahkan lagi kuasa membeli untuk mereka yang miskin.

Krisis ini berkaitan rapat dengan dasar yang mengagungkan dunia perindustrian dan mengorbankan dunia pertanian dengan harapan bahawa impot makanan dapat menampung untuk keperluan rakyat. Pendekkata kita bergantung sepenuh pada bekalan dari dunia asing. Maka apabila ekspot merosot maka pembelian makanan juga turut merosot

5. POST PAKATAN RAKYAT

Hala tuju yang tidak jelas yang berpaut pada sistem yang berunsurkan penindasan dan berlandaskan pada mengejar keuntungan yang maksima. Sistem ini pada dasarnya mendorong pada penggunaan kaum dan agama bagi mengatur dasar pembangunan Negara.

Sifat berjinak pada sistem kapitalis akan munculkan era pemerintahan yang pada mulanya berbentuk liberal, diikuti dengan era cogankata dan di akhiri dengan pemerintahan kuku besi

6. SOSIALIST SEBAGAI KUASA KETIGA

Jelas bahawa sifat Socialis mempertikaikan sistem kapitalis dan tuntutannya terhadap perubahan secara menyeluruh akan menimbulkan pelbagai percanggahan dan penentangan dari semua pihak yang mengamal atau berjinak dengan sistem kapitalis.

Akhirnya PSM terpaksa membuat keputusan samada hendak membentuk kuasa yang ketiga atau masih bergerak di pinggir PR

7. KRISIS EKONOMI

Dunia sudah mula mengalami bahang kemerosotan ekonomi yang makin tidak dapat di atasi lagi. Bahang ini akan dirasai seluruh dunia kerana kaitan ekonomi yang rapat antara satu sama lain. Lazimnya krisis seperti ini akan menimbulkan pelbagai masalah termasuklah krisis politik, social dan kepimpinan. Pada saat genting seperti inilah sumbangan dan gerakan sosialis amat penting untuk menunjukkan jalan menentukan hala tuju negara

8. PARTI SELEPAS PILIHANRAYA

Kejayaan PSM dalam pilihanraya ini mengundang pelbagai cadangan untuk mendekati diri pada rakyat. Soal antara reformasi dan revolusi akan terus dibincangkan. Soalnya sejauh mana PSM sanggup mendampingi PR dalam usaha program minimanya. Disamping itu bagaimana PSM dapat memikat hati dan minda rakyat (hearts and minds) hingga rakyat sendiri menerima hakikat bahawa Sosialisma itu adalah benar dan menjadi pilihan utama dalam kehidupan mereka. Juga apakah langkah taktik dan strategi yang harus kita dilakukan demi mengatur langkah dalam keadaan peralihan atau transisi ini. Adakah kita perlu membuat kajian samada kita dalam keadaan transisi ataupun kita tengah menyaksikan keadaan kapitalisma yang masih bergolak ke tahap tinggi dan belum menjunam lagi.

Semoga semangat Sosialisma tetap kental dan sentiasa menyahut Cabaran yang mendatang.

Nasir Hashim
30 Mei 2008

Left History