Pakatan perlu tunjuk dirinya berbeza dari BN - Pekerja Ladang Victoria

19 August 2008

8 Ogos 2008, Alor Setar

Pekerja Ladang Victoria dengan wakil MB Kedah

Pagi ini, Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah telah dikunjungi oleh para bekas pekerja Ladang Victoria yang menuntut campurtangan segera daripada MB Kedah untuk menyelesaikan masalah perumahan akibat pemberhentian kerja yang telah berlanjutan untuk lebih 10 tahun.

Pegawai Khas kepada MB, En. Mohd Ismadi Abdul Kadir, telah turun menerima memorandum yang diserahkan oleh para bekas pekerja Ladang Victoria. En. Ismadi telah berjanji akan mengunjungi Ladang Victoria sebelum bulan puasa (iaitu dalam masa dua minggu) dan berbincang secara mendalam dengan para pekerja untuk menyelesaikan masalah ini.

Para pekerja Ladang Victoria telah memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kedah bahawa mereka akan datang semula ke Pejabat MB jika wakil MB tidak turun ke Ladang Victoria seperti yang dijanjikan. Para pekerja Ladang Victoria juga menyeru pihak kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di Kedah perlu menunjukkan mereka adalah berbeza daripada kerajaan Barisan Nasional yang dulu, dan mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat jangan berdolah-dalih dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Sudah cukup lama ladang dianaktirikan oleh kerjaan sebelum ini dan pengorbanan mereka kepada pembangunan ekonomi juga tidak pernah dihargai secara ikhlas. Oleh itu, para pekerja ladang meminta Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menunjukkan satu teladan yang baik dalam mempertahankan hak rakyat dan memastikan kebajikan rakyat biasa sentiasa dijaga.

h3. Latar Belakang Masalah

Sejak tahun 1980an, pihak majikan Ladang Victoria (iaitu Golden Hope, sekarang telah bergabung menjadi Sime Darby) dan kesatuan sekerja sentiasa menyebut tentang perumahan sendiri untuk para pekerja Ladang Victoria, di kawasan Padang Serai, Kedah. Ini telah memberi satu gambaran cantik untuk semua pekerja Ladang Victoria bahawa mereka akan mendapat rumah sendiri secepat mungkin sebelum kami bersara atau diberhentikan.

Tetapi, projek perumahan persendirian tidak pernah dilaksanakan selepas 20 tahun. Sebaliknya, para pekerja diberhentikan kerja tanpa rumah gantian.

Dari bulan Mei 1998 hingga 1999, Pihak majikan telah memberikan notis pemberhentian kerja secara berperingkat kepada lebih kurang 100 orang pekerja di Ladang Victoria. Pekerja-pekerja Ladang Victoria diberhentikan kerja akibat daripada aktiviti penanaman semula daripada getah kepada kelapa sawit.

Pampasan yang diberikan adalah amat tidak adil. Para bekas pekerja juga diberikan notis keluar daripada rumah tanpa diberikan apa-apa perumahan gantian.

Sebelum Pilihanraya Umum ke-12, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan masalah bekas pekerja Ladang Victoria walaupun mereka telah banyak kali cuba menghantar surat dan meminta perbincangan dengan kerajaan negeri mengenai masalah mereka. Kali terakhir para bekas pekerja Ladang Victoria mengunjungi Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah sebelum ini, adalah pada 23 Mac 2008.

h3. Kedudukan Sekarang

Selepas Pilihanraya Umum ke-12, para bekas pekerja Ladang Victoria menampakkan perubahan politik yang ketara di tanah air, dan diberikan harapan baru apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggap akan mempertahankan hak dan kebajikan rakyat biasa.

Oleh itu, para pekerja Ladang Victoria telah menghantar surat (bertarikh 21 April 2008 dan12 Mei 2008) kepada pihak Uztaz Azizan, selaku MB Negeri Kedah, untuk meminta satu perjumpaan dengan MB.

En. Arumugam, Exco Negeri Kedah telah mengunjungi Ladang Victoria dan bertemu dengan para bekas pekerja pada 28 Mei 2008. Dalam pertemuan tersebut, para pekerja Ladang Victoria telah difahamkan bahawa En. Arumugam akan memanjangkan masalah mereka kepada pihak MB dan Exco Perumahan , berkenaan dengan masalah perumahan mereka.

Walau bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan yang positif selepas itu. Para bekas pekerja Ladang Victoria sangat bimbang akan kedudukan mereka dan masa hadapan keluarga mereka. Mereka percaya kebimbangan mereka hanya dapat diselesaikan sekiranya kami mendapat rumah sendiri dan pampasan yang adil.

Pekerja Ladang Victora dengan wakil MB Kedah

h3. Tuntutan Bekas Pekerja Ladang Victoria

# Para bekas pekerja Ladang Victoria diberikan rumah sendiri.
# Pampasan yang adil dan munasabah iaitu sebanyak RM 2000 untuk setiap tahun seorang pekerja telah bekerja.
# Kemudakan asas seperti sekolah Tamil, kuil, surau, tempat pengebumian dan padang permainan dikekalkan / disediakan.

h3. Permintaan Bekas Pekerja Ladang Victoria Kepada MB Negeri Kedah

# Perumahan Sendiri
#* Para bekas pekerja Ladang Victoria berharap pihak kerajaan negeri Kedah dapat memberikan mereka perumahan ganti milik sendiri yang selesa di kawasan berdekatan dengan Ladang Victoria
#* Para bekas pekerja Ladang Victoria memerlukan rumah kos rendah yang selesa diduduki oleh seisi keluarga dan mempunyai sedikit tanah halaman rumah untuk mereka bercucuk tanam demi keperluan harian.
#* SEKIRANYA perumahan ganti tidak dapat diberikan, Para bekas pekerja Ladang Victoria mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri Kedah supaya menggunakan kuasa yang tertakluk dalam Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah yang sedang didiami oleh mereka sekarang dan agihkan kepada para bekas pekerja Ladang Victoria.
#* Rumah merupakan satu hak asasi untuk semua rakyat. Para pekerja ladang amat memerlukan rumah sendiri supaya dapat meneruskan kehidupan tanpa sebarang kebimbangan.
# Pertemuan dengan Bekas Majikan untuk Mendapatkan Pampasan yang Adil
#* Para bekas pekerja Ladang Victoria berharap satu mesyuarat dapat diatur oleh pihak YAB dengan pihak pengurusan Sime Darby (bekas majikan kami yang dikenali sebagai Golden Hope sebelum ini), untuk membincangkan masalah pampasan supaya para bekas pekerja di Ladang Victoria demi mendapat pampasan pemberhentian kerja yang adil dan munasabah.
#* Pampasan pemberhentian kerja seperti yang tertakluk dalam akta yang sedia ada dan juga perjanjian kolektif adalah sangat tidak munasabah dan mengendahkan pengorbanan pekerja ladang dalam pembangunan ekonomi.
#* Para bekas pekerja Ladang Victoria berharap pihak YAB dapat memberi nasihat kepada pihak majikan supaya menjaga kebajikan bekas pekerja mereka yang telah menjana keuntungan besar untuk pihak majikan dan menyumbang kepada pembangunan Negara.

Labour