Pada tahun 1940-an hampir 70% pekerja menyertai kesatuan pekerja tetapi sekarang, jumlah itu berkurang sampai 7% sahaja.

Kerajaan Malaysia telah memecahkan kesatuan-kesatuan sebegini sehingga menyebabkan pelbagai masalah kepada golongan pekerja di Malaysia, walau warganegara mahupun pekerja asing. Kita perlu memperkasakan pekerja-pekerja ini dengan memberi balik hak berkumpul dan menubuhkan kesatuan supaya gaji serta keadaan pekerjaan mereka dapat diperbaiki. Kita perlu:

  • Mengkaji balik dan menukar kesemua undang-undang buruh yang menindas hak-hak pekerja. Memastikan mereka selaras dengan Konvensi-Konvensi Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).
  • Menggalakkan hak pekerja menubuhkan kesatuan
  • Kita perlukan gaji kehidupan wajar berdasarkan keuntungan yang dijana oleh pekerja. Keuntungan yang patut diberi kepada pekerja harus diiktiraf dan dibahagi secara adil. Suatu gaji kehidupan wajar yang progresif harus digubal.
  • Pekerja harus diberi hak berkumpul, mendapat pekerjaan penuh, ganti rugi jika hilang kerja serta pencen.
  • Kita perlu memansuhkan sistem kontrak untuk pekerjaan tetap sebab sistem ini mencabuli hak pekerja
  • Akta Kerja 1955 perlu dikembangkan untuk melindungi pekerja dalam ekonomi gig kurun ke-21.
  • Hak prekariat yang merupakan golongan pekerja baru perlu dilindungi oleh undang-undang buruh.
  • Hak pekerja bekerja sendiri harus dilindungi dan undang-undang baru perlu diperkenalkan supaya pekerja-pekerja sebegini dan juga yang bekerja secara tidak tetap tidak kan dicabuli
  • Koperasi pekerja tadbir sendiri yang dapat menghasilkan barangan yang berguna patut digalakkan dan undang-undang perlu direformasi supaya perkembangan koperasi-koperasi ini dipercepatkan.
  • Pekerja serta kesatuan patut mengambil bahagian dalam pengaruh ekonomi serta proses mengambil keputusan perusahaan, terutamanya kuasa atas dana pencen mereka.
  • Memberi hak pekerja penuh kepada pekerja migran. Import pekerja migran harus dijalankan secara Kerajaan-ke-Kerajaan, bukannya diswastakan kepada syarikat-syarikat kroni yang berfungsi secara komersial. Pekerja migran harus mempunyai akses mudah kepada pekerjaan alternatif jika majikan mereka membuang kerja mereka akibat pertelingkahan buruh. Menandatangani United Nations Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families and the UN Convention relating to the Status of Refugees;
  • Permit kerja harus diberi kepada golongan pelarian supaya mereka boleh bekerja secara sah dan boleh mendapat pertolongan pihak berkuasa buruh jika adanya mana-mana majikan yang membuli atau mencabuli hak mereka.