Kebelakangan ini, industri pekerja migran telah dikaitkan dengan keuntungan dan profit yang besar bagi pihak syarikat dan ejen yang berurusan dalam industri ini. Pihak-pihak yang berkaitan ini memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi penggubalan polisi dalam industri ini, yang mampu memberi kesan pada kebarangkalian menggubal polisi dan pentadbiran yang efektif. Kerajaan mestilah mengasingkan dirinya daripada pengaruh ini dan merangkakan dasar migran yang menyeluruh dan membawa kebaikan kepada pekerja migran dan juga rakyat Malaysia. Migrant Workers Right to Redress Coalition (Hak Pekerja Migran Untuk Membentuk Gabungan) telah didirikan sebagai inisiatif untuk mencapai matlamat ini.

Empat perbincangan meja bulat diadakan dari Ogos hingga Oktober 2016 bagi mencerminkan Dasar Kebangsaan yang Komprehensif tentang Pekerja Migran di Malaysia. Setiap perbincangan meja bulat ini memberi tumpuan kepada aspek khusus migrasi pekerja seperti Perekrutan, Hak-Hak Pengambilan Pekerja, Pekerja Yang Tidak Didokumentasikan, Penangkapan dan Penahanan, Keselamatan Sosial, Kesihatan dan Perumahan, Keluarga, Kanak-Kanak dan Hak – Hak Sosio-Budaya. Para perwakilan dari pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan, kedutaan, organisasi-organisasi majikan, organisasi-organisasi pekerja, para pekerja migran, masyarakat sivil dan ahli-ahli akademik menghadiri dan menyumbang di dalam sesi meja bulat ini.

Kami berharap perkara ini akan dapat dilaksanakan sebagai suatu keperluan, sebahagian daripada pelaksanaan komitmen yang dibuat di dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan dalam konteks prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Deklarasi ASEAN berkenaan Pekerja Migran. Dasar yang komprehensif telah lama tertangguh dan sudah tentu pihak kami berbesar hati untuk menawarkan sokongan dan input.

The Migrant Workers Right to Redress Coalition (Hak Pekerja Migran untuk Membentuk Gabungan)  Julai 2017

BACAAN LANJUT:

Kearah Sebuah Dasar Kebangsaan yang Komprehensif tentang Pekerja Migran di Malaysia [PDF] oleh Hak Pekerja Migran Untuk Membentuk Gabungan (diterbitkan 2017)