Parti politik yang pertama membantah cukai GST ialah PSM.  Sejak awal cukai GST ini diperingkat perbincangan di Kemeterian Kewangan, PSM telah mengadakan suatu protes didepan Kementerian Kewangan dan menyampaikan memorandum pada tahun 2005.

PSM memulakan sebuah gabungan parti-parti pembangkang dan organisasi social dan kesatuan sekerja pada tahun 2013 untuk membentuk Gabungan Bantah GST. Kempen Bantah GST dilancarkan pada 30hb.Disember, 2013 . Beberapa siri Jelajah seluruh Negara diadakan mengedar risalah dan sesi perbincangan dan forum diseluruh Negara.

Gabungan Bantah GST berjaya adakan protes besar-besaran pada 1hb.May, 2014 di Kuala Lumpur. Beberapa aktiviti susulan diadakan selepas itu diantaranya ialah ;

  • Protest didepan Ekspo Kerajaan mengenai GST pada 1hb hingga 3hb.Oktober, 2014.
  • Protest didepan Parlimen pada 8hb.Oktober , 2014
  • Protes Flash mob di semua TOL Lebuhraya utama pada bulan Februari 2015.

Acara utama ialah apabila PSM bersama Gabungan Bantah GST mengadakan protes duduk bantah dibangunan Kastam Petaling Jaya pada 1hb April, 2015 . Dalam protes itu seramai 79 orang ditahan, kebanyakkanya ahli PSM. Diantara yang ditahan ialah Ahli Parlimen kami Dr Kumar, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli. Kami semua dituduh diMahkamah  atas kesalahan menceroboh bangunan Kastam .

Selepas dua tahun kes berjalan, akhirnya kesalahan atas kesemua OKT  digugurkan dan selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya,  GST akhirnya dikuburkan pada Jun, 2018.