Kita tidak mewarisi Bumi ini daripada moyang kita. Kita meminjamnya daripada anak-anak kita. –Pepatah Orang Asli Amerika.

Unjuran pertumbuhan kota tidak mampan. Terlalu banyak tekanan diletakkan atas persekitaran kita. Kita perlu bertindak dengan serius jika hendak mengelak bencana alam dengan;

  • Mengurus bahan buangan yang kita hasilkan – kurangkan, kitar semula dan pelupusan yang baik
  • Menyekat proses industri yang menyebabkan pencemaran yang banyak
  • Pemeliharaan biodiversiti
  • Pengurangan gas rumah hijau

 

Cabaran kita ialah…

Sebahagian daripada tenaga haba daripada matahari dipantul ke luar angkasa sebagai radiasi inframerah (haba). Gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida, wap air dan ozon menyebabkan pemantulan balik haba ini kepada bumi. Menurut Wikipedia, pada tahun 1980, 50% daripada kesan rumah hijau disumbang oleh wap air, 20% oleh karbon dioksida dan 25% oleh awan. Pengumpulan karbon dioksida dalam atmosfera daripada 280 bahagian per juta (ppm) pada tahun 1750 kepada 460 ppm sekarang merupakan penyumbang kepada pemanasan global – dan disebabkan oleh aktiviti manusia.
Malaysia menghasilkan 255.78 juta tan karbon dioksida pada tahun 2017 (ycharts.com/indicators/Malaysia_carbon_dioxide). Walaupun jumlah kasar itu kurang jika dibanding dengan negara-negara seperti China, Amerika Syarikat dan India, jumlah per kapita penghasilan CO2 kita antara yang tertinggi di rantau kita. Jadual di bawah menunjukkan statistik-statistik ini.
Negara Anggaran jumlah perlepasan CO2 pada 2014 (kilotan) Per kapita penghasilan CO2 pada tahun 2017 (tan metrik/tahun) Penghasilan CO2 per USD 1 oleh KDNK (kg)
Malaysia 242,821 8.0 0.8
Singapore 56,373 10.3 0.2
Thailand 316,213 4.6 0.8
Indonesia 464,176 1.8 0.5
Vietnam 166,911 1.8 1.2
USA 5,254,279 16.5 0.3
Japan 1,214,048 9.5 0.2
UK 419,820 6.5 0.2
China 10,291,927 7.5 1.2
India 2,238,377 1.7 1.1
Sumber: data.worldbank.org/indicator
Jadual di atas menunjukkan bahawa Malaysia bukan sahaja mempunyai pelepasan karbon yang amat tinggi jika dibanding dengan negara membangun lain tetapi juga mengguna lebih banyak teknologi yang mencemar jika dibanding dengan negara-negara yang lebih maju – peelepasan karbon dioksida per unit KDNK amat tinggi jika dibanding dengan AS atau Jepun.
Sepatutnya amat jelas bahawa kita perlu alih daripada penggunaan bahan api fosil hidrokarbon. Kita perlu fokus kepada teknik penjanaan tenaga elektrik yang tidak melepaskan karbon dioksida kepada atmosfera. Terdapat teknologi yang wujud sekarang untuk berbuat begitu yang kita akan ulas sebentar lagi. Setelah kita berada dalam keadaan untuk menjana tenaga elektrik yang mencukupi secara tidak mencemar, kita perlu transformasikan sektor pengangkutan kita yang menghasilkan pencemaran yang paling banyak. Pada masa yang sama, kita perlu menggalakkan industri untuk menukarkan keperluan tenaga mereka kepada elektrik. Penggunaan gas untuk memasak perlu ditukar kepada perkakas elektrik – setelah penjanaan elektrik dapat dibuat dengan tidak mencemar. Kita perlu,
    1. Pembangunan Mampan dan Pemeliharaan Alam Sekitar
      • Gazet semua hutan kekal dan rizab hidupan liar
      • Pastikan semua warga tempatan telah dirunding sebelum apa-apa perkembangan dan undang-undang yang perlukan kajian EIA ditauliahkan oleh kerajaan dan bukannya pemaju
      • Lindungi hak petani dan nelayan serta wujudkan sekuriti makanan kebangsaan
      • Polisi untuk tanaman makanan dan bukannya komoditi seperti kelapa sawit
      • Mengiktiraf dan agihkan tanah secara adil kepada semua petani tulen
      • Menguatkuasakan langkah kitar semula dan pelupusan bahan buangan yang bertanggungjawab dan cekap;
      • Menggubal undang-undang untuk mengekang kekejaman terhadap haiwan dan menggalakkan kebajikan haiwan
      • Menggalakkan tenaga boleh baharu yang tidak memusnahkan hutan atau tanah Orang Asli, mengenakan langkah pemuliharaan tenaga dan air yang ketat termasuk insentif untuk penggunaan tenaga yang efisyen dan pengurusan permintaan
      • Tidak mengguna kuasa nuklear atau mana-mana industri yang toksik lain
    1. Infrastruktur Mampan dan Pelan Pembangunan Serantau
      1. Pastikan pembangunan berlaku di luar Lembah Klang dengan mewujudkan pusat rantau-rantau di seluruh negara dan ambil kesempatan atas kelebihan spesifik di kawasan tempatan, memupuk ekonomi luar bandar yang mampan dan berkembang maju
      2. Sistem pengangkutan awam hijau untuk semua bandar utama di Malaysia untuk transformasikan pusat bandar kepada yang mesra pejalan kaki dan bandar boleh didiami
      3. Menyediakan pasaran buruh untuk automasi yang akan datang dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan melalui program-program menaik taraf kemahiran dan penghijrahan kepada industri berteknologi tinggi lain
      4. Sokongan kewangan dan institusi untuk industri hijau berteknologi tinggi termasuk pembuatan tren, panel solar, kereta elektrik dan bas.
      5. Melaksanakan polisi penternakan mampan dan bukannya penternakan industri dan penggunaan baja kimia
      6. Mengawal selia industri telekom dengan menghapuskan monopoli dan melabur dalam infrastruktur telekom untuk mewujudkan liputan internet pantas kepada taraf negara industri
      7. Membina jaringan kereta api moden untuk seluruh Sabah dan Sarawak