Peningkatan harga rumah menjadikannya amat sukar bagi rakyat Malaysia biasa untuk membeli rumah di kawasan bandar.

Timbalan Perdana Menteri kita pada Oktober 2013 menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang sekarang bergaji RM 10,000 sebulan pun akan berasa susah untuk membayar pinjaman rumah mereka. Sekarang terdapat pembangunan pesat dan lambakan rumah di Malaysia. Akan tetapi bekalan rumah berharga berpatutan amat kecil jika dibandingkan dengan permintaan.

Kita menganggar bahawa 75 % daripada 1.7 juta keluarga yang belum lagi memiliki rumah sendiri berpendapatan kurang daripada RM 3000 sebulan manakala yang lain berpendapatan di antara RM 3000 sehingga RM 5000. Kebanyakan daripada mereka tidak mampu membayar bayaran untuk skema PRIMA. Malah untuk graduan yang berpendapatan sebanyak golongan berpendapatan tengah 40% (M40) iaitu sebanyak RM 3045 sehingga RM 6955 pun skema PRIMA terlalu membebankan.

Mengapakah adanya isu besar ini untuk menyediakan rumah-rumah mampu beli untuk rakyat kita?

I. “Pemagaran Tempat Awam”
Pada tahun 1960-an dan 1970-an, perintis bandar dapat dirikan rumah dengan kebolehan mereka sendiri, tidak bergantung kepada pinjaman bank. Sekarang, jika seseorang ingin membina rumah di mana-mana tanah yang tidak digunakan, pemilik tanah tersebut atau Pejabat Tanah akan bergegas ke tempat itu untuk memberhentikan mereka serta-merta. Tanah yang sebahagian daripada tempat awam telah dipagar!

II. Pengkomersialan pembinaan rumah
Kapasiti membina rumah telah lama berada dalam kalangan masyarakat. Pada suatu masa dahulu, rumah dibina bukan untuk mendapat keuntungan yang besar  etapi untuk wujudkan tempat perlindungan untuk suatu keluarga dalam masyarakat tersebut. Kapasiti itu telah dirampas sekarang apabila adanya pelbagai undang-undang dan peraturan yang perlu diakur serta permit dan lesen yang perlu didapat. Rumah-rumah di kawasan bandar kini kebanyakannya dibina oleh pemaju dan
didorong oleh motif mendapatkan keuntungan.

III. Pegawai Kerajaan dan Ahli Politik yang Mencari Penyewaan
Di Sungai Siput (U) terdapat suatu plot tanah sebesar 150 ekar, di mana kerajaan boleh membina rumah teres 800 kaki persegi dan menjualnya kepada keluarga-keluarga tanpa rumah dengan harga RM 55,000. Akan tetapi, kerajaan Perak memberi seluruh tanah itu kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang membuah usaha sama bersama pemaju swasta untuk membina rumah teres yang dijual dengan harga RM 150,000 seunit. Kebanyakan orang menuduh pihak pemaju sebagai rakus dan menaikkan harga rumah terlalu tinggi. Walaupun begitu, isu pemagaran tempat awam oleh ahli-ahli politik serta pemungutan royalti oleh pihak pemaju juga menjadi faktor penting yang meningkatkan harga rumah.

IV. Pengewangan kapital
Permintaan pengguna tidak dapat berkembang sepesat perkembangan pelaburan kapital atas sebab pendapatan pekerja yang kurang. Ini telah menyebabkan  kekurangan peluang pelaburan bagi golongan kapitalis akibat lambakan bekalan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu, pencarian peluang pelaburan dalam sektor kewangan dan hartanah telah berlipat ganda. Ini sebabnya apabila adanya pemaju yang mendakwa bahawa 100% daripada rumah pangsapuri yang dibina itu habis
dijual hanya 30% unit dipasang lampu pada waktu malam. Kebanyakan unit pangsapuri dibeli untuk nilai pelaburan dan bukannya untuk diguna sebagai rumah. Taktik pelaburan ini menjadi punca kritikal dalam mewujudkan masalah kekurangan tanah di kawasan bandar, peningkatan harga tanah sekalu gus rumah juga.

V. Kekurangan lawanan berkoordinat terhadap serangan kapitalisme yang berkembang
Keempat-empat punca yang diperincikan menunjukkan perkembangan kapitalisme dalam pelbagai aspek masyarakat Malaysia. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak nampak interkoneksi antara trend-trend sebegini atau fakta yang mereka dalam bahaya dibaham oleh keinginan mendapat keuntungan yang lebih  tinggi. Kekurangan pengetahuan orang ramai yang disebabkan oleh penghancuran golongan kiri di Malaysia oleh kerajaan yang berfikiran etnik menyebabkan ketiadaan pembangkang kepada perkembangan kapitalis ini. Protes-protes berlaku secara terpencil tetapi penindasan itu tidak dilihat sebagai masalah sistemik yang menindas rakyat Malaysia biasa yang wujud akibat sistem kapitalis yang terus berkembang.

Syor-syor PSM?

1. Berhenti mencipta gelandangan
Masih terdapat beberapa kampung peneroka di kawasan bandar. Daripada memusnahkan semua ini, kerajaan-kerajaan negeri patut mengiktiraf kampung-kampung ini dengan memberi geran tanah, menaik taraf infrastruktur seperti jalan, longkang, sistem kumbahan dan pemungutan sampah dan menyediakan pinjaman-pinjaman kecil berfaedah rendah supaya para penduduk dapat menaik taraf rumah sendiri. Pendekatan serupa boleh digunakan untuk menangani masalah penyewa tanah yang menyewa tanah daripada pemilik swasta untuk mendirikan rumah sendiri. Mereka sedang menghadapi krisis di mana pemaju besar dapat membeli tanah mereka daripada pemilik swasta dengan harga yang tinggi dan terus mengusir mereka. Penyewa-penyewa sebegini mungkin beberapa kali lebih banyak daripada peneroka bandar tetapi tidak dilindungi oleh Kanun Tanah Negara. Kita perlu mengubah suai Kanun Tanah Negara untuk melindungi penyewa sebegini. Akta Pengambilan Tanah boleh digunakan untuk mendapatkan tanah ini dan jualkannya kepada peghuni kini dengan harga yang berpatutan. Duit yang dikutip itu boleh ditambah dengan dana kerajaan untuk dibayar kepada pemilik tanah asal. Strategi ini lebih murah daripada menjadikan mereka semua gelandangan dan membina rumah kos rendah bagi mereka dengan subsidi diberi kepada pemaju.

2. Ambil peruntukan Rumah Pertama untuk keluarga keluar daripada pasaran.
Suatu pihak berkuasa tidak beruntung perlu ditubuhkan untuk membina rumah teres atas tanah kerajaan dan menjualnya kepada pasangan Malaysia yang ingin membeli rumah pertama. Rumah- rumah ini perlu dijual dengan proviso ia tidak boleh dijual kepada sesiapa selain pihak berkuasa tersebut supaya rumah-rumah ini diguna dan bukannya hanya dibeli sebagai pelaburan. Suatu pangkalan data kebangsaan perlu diwujudkan supaya keluarga yang memiliki rumah di kawasan perbandaraan dapat dikenal pasti supaya mereka hilang kelayakan untuk program ini. Bank-bank juga perlu menjual balik rumah pembeli yang tidak dapat membayar balik pinjaman kepada pihak berkuasa yang sama pada harga sebenar rumah tersebut. Pihak berkuasa ini boleh menjual rumah ini kepada keluarga lain.

3. Memperkenalkan skema insurans pinjaman
Semua warga Malaysia harus membayar 10% pembayaran pinjaman kepada suatu badan berkanun seperti KWSP. Wang ini boleh digunakan untuk membayar  embayaran balik bulanan pinjaman jika pendapatan keluarga itu terjesas akibat kemerosotan ekonomi. Kini, bebanan kewangan keluarga berpendapatan rendah berlipat ganda selepas mereka terlepas membayar balik pinjaman mereka akibat peingkatan kadar faedah pinjaman tersebut dan juga bayaran peguam, pelelong dan penilai. Akan tetapi, sekarang ejen perumahan kini membeli balik rumah tersebut melalui lelong bank apabila nilai terendah telah berkurang sebanyak 30%. Ini bermaksud keluarga itu masih berhutang walaupun telah kehilangan rumah serta wang simpanan mereka. Skema insurans ini boleh membantu mengurangkan ketidakbolehan membayar pinjaman sebegini.

4. “Rumah Majlis Perbandaran” untuk mereka yang berpendapatan kurang daripada RM 2500 sebulan
Pada zaman ini apabila RM 3000 untuk satu keluarga tidak memadai untuk membayar balik pinjaman rumah, keluarga yang berpendapatan kurang daripada jumlah itu perlu disediakan rumah kerajaan denagn kadar yang bersubsidi. Di United Kingdom, kerajaan menyediakan dana untuk Majlis Perbandaran untuk membina rumah pangsa kos rendah. Skema seperti itu patut dipertimbangkan di Malaysia juga. Kini, kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai program sebegini untuk golongan miskin tegar di kawasan luar bandar. Pendekatan yang sama patut dilakukan untuk golongan miskin bandar. Mempertahankan subsidi perumahan. Mungkin ada beberapa orang yang berpendapat bahawa memberi subsidi perumahan akan menyebabkan etika kerja yang buruk serta akan menjejaskan ekonomi. Akan tetapi, kita mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan warga Malaysia kesemuanya mempunyai tempat tinggal yang berpatutan. Tiga sebab utama –

1. PSM mencadangkan RM 1500 sebagai gaji minimum dari tahun 2012. Tetapi kerajaan kita berkata bahawa gaji minimum setinggi itu akan menyebabkan syarikat-syarikat keluar daripada negara ini ke negara lain yang mempunyai tenaga kerja yang lebih murah. Oleh itu, para pekerja diseru supaya berkorban demi kebaikan negara dengan gaji minimum sebanyak RM 900. Patutlah mereka diberi subsidi untuk keperluan asas mereka yang amat penting – perumahan.

2. Peminggiran sebahagian populasi kita akan menyebabkan pelbagai masalah kepada masyarakat seperti kemunduran prestasi, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan dadah, peningkatan keganasan jalanan dan sepertinya.

Kesimpulannya, krisis perumahan di Malaysia telah menyebabkan hanya golongan 10% teratas menambah pendapatan mereka manakala harga rumah melambung tinggi sampai kebanyakan pasangan muda tidak mampu membeli rumah dan hutang perumahan telah meningkat sehingga banyak keluarga berpendapatan rendah hampir muflis. Keadaan ini patut berhenti dan kerajaan patut menyediakan rumah bersubsidi kepada keluarga-keluarga yang memerlukannya.

Bacaan Lanjut:

Perang Besar untuk Rumah Selesa : Kisah Putrajaya dan Khemah Perjuangan [DOCX]

Memorandum terhadap Masalah Perumahan Rakyat [PDF]