PSM saman 82 kerana 'salah tangkapan' EO6

PSM saman 82 kerana 'salah tangkapan' EO6
Press Clipping

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini memulakan saman sivil terhadap 82 defendan, yang sebahagian besar mereka adalah anggota polis, kerana salah menangkap dan memenjarakan enam pemimpin parti itu secara tidak sah di bawah Ordinan Darurat (EO) tahun lalu.

Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Yudistra Piagam Dorai. Ia menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Keenam-enam pemimpin itu juga menuntut ganti rugi kerana dibelasah, pendakwaan yang berniat jahat, tidak ada alasan yang munasabah ketika ditangkap dan salah guna proses pejabat awam.

azlanSemua mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan  semasa polis bertindak tegas ke atas kumpulan hak sivil dan parti-parti pembangkang yang merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Keenam-enam mereka yang kemudiannya terkenal dengan jolokan EO6 adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, Sukumaran dan A Letchumanan.

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Satu lagi cara untuk memberi sumbangan kepada kami adalah dengan memberi wasiat.