Lebih 1,000 sambut Hari Pekerja NUBE, NGO

Press Clipping

Lebih 1,000 orang menyertai himpunan Hari Pekerja anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyuarakan hak dan tuntutan pekerja di pekarangan Dataran Maybank di sini, pagi tadi.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, himpunan tersebut merupakan sejarah apabila mendapat sambutan daripada pekerja dari seluruh kawasan.

“Ini petanda bahawa kita bersatu dalam memperjuangkan hak sebagai pekerja dan mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya melalui Kementerian Sumber Manusia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Peserta dilihat mula berkumpul di hadapan Pasar Seni kira-kira jam 10 pagi dan berarak dengan membawa sepanduk serta diringi muzik.

Perhimpunan disertai 58 kumpulantermasuk mahasiswa bagi menyokong Deklarasi Mei Satu ke-18 yang dianjurkan mereka.

Dalam deklarasi tersebut, 14 perkara dituntut termasuk pilihan raya bersih, pindaan undang-undang buruh dihentikan, gaji minimum, hak kesatuan sekerja, hak pekerja wanita, hak pekerja migran, hentikan penswastaan perkhidmatan asas, hentikan perjanjian perdagangan
bebas, undang-undang zalim dimansuhkan, harga barangan dikawal, hak pelajar, hak orang asal, alam sekitar dan perumahan selesa.

Dalam pada itu, Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK) Jerit, Sivaranjani Manickam berkata, pihaknya tetap menerima baik penetapan gaji minima RM800 hingga RM900 di negara ini selepas isu tersebut sudah lama diperjuangkan namun, beliau tetap masih kecewa dengan jumlah tersebut kerana menganggap ianya sebagai angka yang tidak memadai untuk masa kini.

“Walaupun penetapan gaji minimum itu satu langkah positif tetapi kerajaan harus menggubal Akta Gaji Minimum RM1,500 bagi memastikan hak dan kenajikan pekerja terjamin.

“Gaji yang baik akan menjamin kualiti pekerjaan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan menyifatkan penglibatan mahasiswa dalam himpunan tersebut sebagai sokongan kerana mereka juga akan bergelar pekerja selepas tamat pelajaran nanti.

Menurutnya, perkara tersebut tidak dianggap satu kesalahan kerana ia perhimpunan aman dan pihak universiti juga tidak menghalang mereka ini untuk menyertainya.

“Kita menganggap himpunan ini aman kerana selama hampir dua setengah jam diadakan, kita mendapat kerjasama daripada polis dari segi kawalan lalu lintas,” katanya.

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Satu lagi cara untuk memberi sumbangan kepada kami adalah dengan memberi wasiat.