Hentikan intimidasi terhadap Khalid Ismath, aktivis mahasiswa!

Khalid Ismath, aktivis mahasiswa

9 May 2012

Saudara Khalid yang juga lebih dikenali sebagai pemimpin aktivis mahasiswa yang memperjuangkan isu Pemansuhan PTPTN; Berikan Pendidikan Percuma untuk semua, ditahan oleh pihak polis atas melakukan kekacauan dan rusuhan semasa BERSIH 3.0.

Beliau sebenarnya diminta hadir ke balai polis berkenaan untuk member keterangan sahaja tetapi keadaan berubah apabila Khalid ditahan 24 jam oleh pihak polis. Pada hari ini, Khalid dibawa ke mahkamah majistrate dan polis meminta reman selama 4 hari tetapi niat jahat pihak polis gagal apabila majistrate enggan memberikannya.

Selepas itu, pihak polis melengahkan masa bagi membuat persediaan untuk menahan semula Khalid. Tindakan polis yang tidak berprofesional ini membuktikan bahawa pihak polis sedia melakukan apa sahaja tanpa menghormati perintah mahkamah.

Tindakan polis yang ingin menahan semula Khalid ini, harus dikritik dan dikutuk oleh semua. Hak seseorang individu tidak lagi dipelihara dan begitu senang untuk dirampas oleh pihak PDRM. Saya mewakili pemuda sosialis, Parti Sosialis Malaysia menentang tindakan polis ini dengan sekeras-kerasnya.

Mahasiswa/i dan anak muda mempunyai kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam semua aspek termasuklah system pendidikan. Dalam pada itu, tindakan UM yang mengantung 3 siswa yang terlibat dalam demo mansuh PTPTN itu, merupakan satu pencabulan hak asasi manusia.

Siapakah sebenarnya mahasiswa/i dan anak muda yang berani turun ke jalan raya itu? Mereka inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang akan menyuarakan hak golongan tertindas.

Pandangan segelintar masyarakat yang mengatakan mahasiswa/i dan anak muda tidak seharusnya berpolitik. Pandangan ini langsung tidak masuk akal. Kalau apa yang dikatakan oleh mereka adalah rasional, mengapa anak muda dan mahasiswa/i sekarang harus mentadbir Negara pada masa akan datang. Bukankah itu “Berpolitik”…. Maka, penggunaan Akta-akta zalim termasuklah AUKU terhadap mahasiswa/i dan anak muda hanya untuk melemahkan kebangkitan dan perjuangan tulen mereka. Ia menyekat daripada kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun atau kebebasan menuntut hak sendiri.

Dimanakah hak demokrasi Negara berperlembagaan kita? Adakah ia sudah berubah menjadi Negara polis atau kuasa rejim BN? Saya juga mengutuk dan mengkritik system pendidikan yang sedia ada ini yang hanya sebenarnya mengeluarkan produk-produk (penuntut-penuntut) dari kilang (institusi pendidikan) untuk kepentingan pihak kapitalis dan pihak pemerintah.

R SARATBABU
PENGERUSI
PEMUDA SOSIALIS
PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Program

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Satu lagi cara untuk memberi sumbangan kepada kami adalah dengan memberi wasiat.