Posisi PSM dalam PRU13

7 June 2012

Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan pada 2-3 Jun 2012 di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor telah dengan sebulat suaranya mencapai keputusan berkenaan dengan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berikut:

1.      Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bekerjasama dengan semua parti pembangkang, NGO dan kumpulan masyarakat yang lain dalam melawan pemerintahan UMNO-BN yang telah berlanjutan untuk 55 tahun.

2.       Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding dalam pilihanraya yang akan datang dengan menggunakan logo sendiri yang telah didaftarkan. Keputusan ini hanya boleh ditukar sekiranya gabungan parti-parti pembangkan menggunakan logo bersama.

3.       PSM akan kekal bertanding 4 kerusi yang telah dipertandingkan oleh parti dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. 

4.       PSM akan membentuk gabungan pilihanraya (electoral pact) dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan semua kerusi dipertandingkan secara satu lawan satu menentang UMNO-BN.

5.       Sekiranya gabungan pilihanraya tidak jadi, maka PSM akan menyokong calon-calon PR di semua kawasan kecuali kawasan yang dipertandingkan oleh PSM 

Keputusan di atas telah dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota parti dalam satu debat khas tentang peranan PSM dalam pilihanraya akan datang, yang diadakan semasa Kongres Nasional Parti yang ke-14.

Dikeluarkan oleh
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

Elections

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Satu lagi cara untuk memberi sumbangan kepada kami adalah dengan memberi wasiat.