Respon kepada jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Ahli Parlimen

10 July 2013

"Sejarah membuktikan bahawa liberalisasi perdagangan memberi manfaat kepada negara-negara membangun."

-        Liberalisasi prdagangan yang berlaku di Chile dari tahun 1974 hingga 1979, dimana tariff telah dikurangkan dari 105% ke 10% menyebabkan sector pembuatan makanan,minuman,tembakau,tekstil dan barangan kulit mengalami kehilangan 57,000 pekerjaan. Pasaran buruh sejak itu telah mengecut 3.7-3.9% setiap tahun ( SEdwards,Trade Liberalisation,Minimum Wages and Employment, Chilean Experience, UCLA, Dept Economics)

-        Jika kita lihat kepada FTA  diantara Amerika dengan Mexico melalui NAFTA , pekerjaan di sector pertanian telah merosot dari 8.1juta pada tahun 1990s kepada hanya 2.1juta pekerjaan pada tahun 2006. NAFTA telah mula berkuatkuasa pada tahun 1994.( Trading Away Our Jobs, War on Want)

-        International Trade Union Confederation (ITUC) juga telah menyatakan bahawa jika liberalisasi perdagangan beterusan dibawah WTO, maka jutaan pekerjaan akan kehilangan disekitar negara-negara yang sedang membangun. .( Trading Away Our Jobs, War on Want)

 

2.   TPP membolehkan Malaysia meluaskan pasarannya ..

-       Negara-negara yang terlibat dalam TPPA ialah Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Vietnam and USA.

-       Malaysia sudahpun mempunyai perjanjian FTA dengan kebanyakkan negara-negara tersebut iaitu ASEAN,China,Jepun,India,Pakistan,Rep. Korea,Australia,Chile dan New Zealand.

-       Sudah pun mempunyai laluan pasaran antarabangsa yang begitu luas.

-       Tanpa FTA pun, Malaysia kini sedang mengekspot  produk bernilai 25.9 billion ke Amerika (2012)

 

3.   Perbincangan Konsultasi bersifat ‘satu hala’ sahaja

-       Setiap sesi ‘konsultasi’ yang diadakan bersifat satu hala sahaja, dimana pihak wakil Kementerian hanya mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh kami dan NGO lain, TANPA memberikan apajua jawapan konklusif samaada isu tersebut telah ditolak ataupun diterima dalam rundingan TPPA.

-       Kita menafikan ,bahawa ‘pendirian Malaysia memang dibincang dengan pihak berkepentingan’ kerana ianya tidak berlaku.

-       Pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu-isu penting seperti kenaikan harga ubat, ISDS, tariff beras dsbnya tidak pernah dimaklumkan.

-       Hanya baru-baru ini selepas didesak oleh pelbagai pihak, Menteri mengatakan bahawa mereka akan meneliti isu kenaikan harga ubat akibat lanjutan tempoh paten ubat.

 

4.   Isu ISDS , Investor to State Dispute Settlement

-        Menteri juga setuju bahawa ,sehingga kini terdapat dua kes yang diambil oleh pelabur asing terhadap Malaysia dengan mengunakan ruang ISDS ini

-       Kes-kes yang dibawa oleh syarikat Philip Morris terhadap Kerajaan Australia menjadi contoh kemungkinan yang boleh berlaku . Philip Morris menyaman Kerajaan Australia , kerana Australia mempunyai perundangan dimana pek kotak rokok mesti mempunyai amaran kesihatan dan gambar grafik yang jelas. Philip Morris berhujah bahawa , perundangan sedemikian akan mengurangkan tahap keuntunganya maka pelaburannya terjejas.

-       Dari pengalaman kes inilah , Australia kini menentang ISDS dalam TPPA ini .

 

5.    Isu IPR dan akses kepada ubatan dan penjagaan kesihatan mampu dimilik. Pendirian Kerajaan, yang baru kini dinyatakan dengan jelas dialu-alukan.

 

6.   Analisis Cost Benefit Analysis

– amat membingungkan bahawa selepas melalui 17 rundingan TPPA sejak 2 tahun ini Menteri membongkarkan bahawa CBA belum dibuat “ proses CBA akan dilaksanakan oleh Malaysia bergantung kepada keperluan semasa ....”

-       Dimanakah laporan CBA dalaman oleh Kerajaan sendiri ??

-       Laporan UNDP - tidak pasti kalau laporan tersebut menyeluruh ?

-       Siapakah pihak2 berkepentingan /NGO yang ditermuramah oleh UNDP??

 

7.   Text Rundingan dirahsiakan , kerana ianya terikat dengan ‘confidentiality agreement” ?

Kenapa pula laporan UNDP juga dirahsiakan ???

Rakyat berhak mengetahuinya ??