Terima kasih Dato Pengerusi atas peluang bersama-sama berbahas Anggaran Belanjawan 2010 untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam 15 minit yang diperuntukkan untuk saya.
Pertamanya butiran 010800 Isu Kesejahteraan Rakyat.
Beberapa kampung di pesekitaran Sg Pelus telah dibanjir 15 kali dalam tahun 2008. Ini bukan suatu kejadian semula jadi Dato Pengerusi. Banjir-banjir ini disebabkan oleh pemasiran Sg Pelus akibat pembalakan di Ulu Lasah. Malangnya, tiada suatu dana yang diwujudkan untuk mengendalikan masalah pemasiran dan banjir. Jadi syarikat pembalakan dapat untung yang besar, kerajaan negeri pula menerima bayaran royalti tetapi orang miskin di kawasan Sg Pelus membayar harganya ia-itu banjir.
Saya telah membawa isu ini ke perhatian JPS. Saya diberitahu bahawa JPS telah memohon RM 13.6 juta untuk membersihkan Sg Pelus tetapi tidak dapat sampai sekarang. Oleh itu saya berharap sebahagian daripada peruntukan untuk tahun ini boleh dipakai untuk tujuan ini.
Yang kedua, butiran 020300. Pembangunan Desa.
Tuan pengerusi saya ingin membawa isu PPMS di kawasan Sg Siput di mana suatu kampung penempatan semula telah diwujud lebih kurang 20 km dari bandar Sg Siput. 100 keluarga miskin daripada kampung-kampung di Sg Siput, keluarga yang tidak mempunyai tanah mereka sendiri dipilih. Mereka dijanji rumah percuma dan tanah pertanian sebanyak 10 ekar se keluarga.
Malangnya, rumah telah dibekalkan 2 tahun dahulu, tetapi sampai sekarang projek ekonomi belum dilaksanakan. Ini telah menyebabkan kesulitan untuk peserta PPMS. Mereka terpaksa pergi balik ke kampung asal mereka untuk menoreh getah bagi dua. Oleh kerana kelewatan dalam melancarkan projek ekonomi, 14 murid sekolah menengah telah tercicir. Lagi bekalan air untuk 15 buah rumah juga dipotong.
Masalahnya adalah kelemahan dalam perlaksanaan. Penyelenggaraan ataupun koordination tidak betul. Projek ini baik dan berpotensi mengatasi kemiskinan golongan ini. Tetapi kelemahan dalam perlaksanaannya telah menjadikan suatu kumpulan miskin lebih miskin lagi. Saya berharap pihak kementerian boleh memberi perhatian pada masalah PPMS ini.
Sekarang saya ingin alih kepada 030200, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli – Perancangan dan Penyelidikan.
Wujudnya banyak skim perladangan di kawasan Orang Asli. Kebanyakan daripada mereka sedang dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta. Peserta dalam projek-projek ekonomi ini hanya menerima RM 400 sebulan sebagai dividen, manakala skim-skim di FELDA dengan tanah yang sama besar dapat pulangan RM 200 ke atas sebulan.
Saya mahu Kementerian Pembangunan Luar Bandar menkaji masalah ini dan buat rancangan untuk memindahkan pengurusan skim-skim pertanian ke tangan komuniti Orang Asli sendiri. Ini telah berlaku di 2 atau 3 kampung Orang Asli di Perak umpamanya di Kg Chang, Bidor. Tetapi pengalaman Kg Chang adalah pihak JHEOA dan RISDA enggan memindahkan pengurusan projek pertanian ke tangan Orang Asli.
Pada masa ini, hampir 75% daripada untung projek pertanian dinikmati oleh syarikat-syarikat swasta yang kendalikan projek-projek ini. Kurang daripada 25% sampai pada sasarannya ia-itu kaum Orang Asli. Oleh itu saya rasa langkah-langkah harus diambil untuk memberi latihan pada Orang Asli supaya mereka boleh mengambil alih projek-projek ini. Kebolehan mereka ataupun kapasiti mereka harus dibina supaya ambil alih projek supaya untung projek-projek ini dapat dinikmati oleh sasarannya.
Suatu lagi perkara di bawah butiran 030200 adalah isu gazetmen tanah Orang Asli.
Datuk Pengerusi, dengan pembangunan negara, kawasan-kawasan Orang Asli sedang diceburi oleh pihak-pihak luar – projek pembalakan ataupun perladangan. Kita harus mengambil tindakan dengan serta-merta supaya memastikan tanah yang cukup luas diperuntukkan untuk komuniti Orang Asli.
Orang Asli tidak ada aset yang lain Dato Pengerusi. Mereka tidak ada pelajaraan tinggi. Mereka tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk kerja di kilang. Tanah merupakan modal yang mereka punyai pada takat ini. It is their only asset. Jika tanah mereka ini juga dirampas daripada mereka, komuniti Orang Asli akan kekal miskin. Oleh itu saya harap gazetmen tanah dilakukan secepat mungkin.
Sekarang saya ingin pergi ke Butiran P22 01701 ia-itu Bekalan Lektrik Luar Bandar.
Dato Pengerusi, di kawasan Sg Siput ada lebih daripada 50 kampung Orang Asli yang tidak ada bekalan lektrik. Walaupun ada suatu ampangan di kawasan Pos Piah yang menengelami se bahagian tanah Orang Asli di situ, kampung-kampung di kawasan Pos Piah masih memakai pelita minyak walaupun high-tension kabel boleh dinampak di langit atas Pos Piah.
RM 825 juta dicadangkan untuk Bekalan Lektrik Luar Bandar. Saya harap se bahagian daripada peruntukan ini dapat digunapakai untuk membekalkan lektrik ke Pos Perowor, Pos Legap, Pos Piah, Kuala Mu dan Jalong Tinggi sampai ke Kg Ngawai.
Membenarkan saya mengalih ke Butiran 010200 ia-itu Perancangan Strategik.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar harus menumpukan perhatian terhadap masalah Tanah Terbiar di kawasan-kawasan kampung tradisi. Pada masa ini kami dapat berekar-ekar tanah terbiar di kawasan kampung walaupun pada masa yang sama, adanya ramai orang kampung yang tidak dapat peluang kerja yang mencukupi.
Pada fahaman saya masalah pokok adalah saiz tanah. Oleh kerana kaedah pengwarisan di kalangan masyarakat Melayu di mana tanah dibahagikan samarata antara anak-anak lelaki dengan separuh syer kepada anak-anak perempuan, dalam dua atau tiga generasi, kebun telah dibahagi ke saiz yang tidak lagi ekonomikal untuk diusahakan. Fragmentation.
Saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mengkaji masalah ini. Apakah caranya mengendalikan isu ini? Bagaimanakah suatu aset ekonomi dapat terus dipakai untuk menjana pendapatan untuk masyarakat kampung?
Akhirnya saya ingin membangkitkan isu Penerusan Rancangan Perladangan selepas peneroka projek itu mencapai umur 60 atau 65 tahun. Di banyak projek pertanian, anak-anak peneroka tidak berminat buat kerja pertanian.
Saya ingin ambil contoh Perlop I di Sg Siput. 79 peserta telah meneroka tanah di kawasan ini pada tahun 60-an. Daripada 70 peserta ini, 10 telah jual tanah mereka, ataupun tanah telah ditarik oleh bank kerana mereka tidak dapat membayar balik pinjaman yang mereka telah ambil. 43 orang peserta telah buat persetujuan dengan Koperasi RISDA yang berjanji menjaga tanah mereka dan membayar mereka dividen setiap bulan. Koperasi ini telah melakukan pinjaman bank untuk tanaman semula dengan mencagarkan tanah 43 orang peneroka ini. Malangnya pengurusan koperasi tidak begitu baik dan hanya 16 daripada 43 lot tanah pertanian yang dikendalikan oleh RISDA sedang berhasil. Oleh ini bayaran pada peserta bukan seperti dijanji terlebih dahulu. Dan yang lebih teruk, saya difahamkan bahawa pinjaman Koperasi tersangkut kerana koperasi tidak bayar balik mengikut perjanjian.
Jadi Dato Pengerusi, hanya 15 daripada peneroka masih sedang mengusahakan tanah mereka sendiri dan sedang mendapatkan pulangan yang baik. Tetapi 15 daripada70 peneroka adalah kurang daripada 25%. Dan ini dalam suatu generasi sahja.
Apakah caranya mengendalikan masalah seperti ini? Kementerian Pembangunan Bandar harus mengkaji perkara ini untuk mencari suatu jalan keluar.
Dato Pengerusi, peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah ditingkatkan daripada RM 3.8 bilion dalam Belanjawan 2009 ke RM 7.2 bilion dalam Belanjawan 2010, suatu peningkatan yang sangat besar. Saya ingin mengesyorkan ketirisan dikawal rapi supaya faedah daripada peruntukan yang besar ini sampai ke sasarannya ia-itu masyarakat miskin di luar bandar.
Terima kasih
Jeyakumar Devaraj
MP Sungai Siput (PSM)