Sook Hwa

Sook Hwa

AJK Pusat

Saudari Sook Hwa, graduan Universiti Sains Malaysia jurusan Kewartawanan merupakan Aktivis Mahasiswa pertama yang mencabar AUKU di mahkamah pada tahun 2005 setelah dikenakan tindakan kerana berkempen untuk seorang pemimpin pembangkang. AUKU, undang-undang yang ketika itu mengawal dan menyekat kegiatan mahasiswa di seluruh negara bakal dimansuhkan susulan pengumuman kerajaan pada Ogos 2026.

Sook Hwa menyertai PSM pada 2009 dan telah menubuhkan cawangan Bayan Baru, cawangan pertama PSM di Pulau Pinang bersama dengan aktivis tempatan yang lain. Sejak itu, beliau terlibat dalam membantu pekerja memperjuangkan hak serta mendapatkan pembelaan, di samping menggerakkan peneroka bandar untuk menentang pengusiran secara paksa.

Kini, Sook Hwa merupakan anggota Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM). Beliau baru-baru ini menamatkan tempoh maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan parti sebagai Bendahari Kebangsaan, jawatan yang disandang sejak tahun 2015.

E-mel: sook_818@yahoo.com
Facebook: Soh Sook Hwa
Twitter:


More Staff

Chong Yee Shan

Chong Yee Shan

AJK Pusat
Sivarajan Arumugam

Sivarajan Arumugam

AJK Pusat
Mathavi

Mathavi

Bendahari Kehormat
S.Arutchelvan

S.Arutchelvan

Timbalan Pengerusi