Sivarajan, salah seorang pengasas PSM, telah memegang jawatan Bendahari Kehormat (1998-2015) dan dipilih sebagai Setiasusaha Agung PSM dari 2015 hingga 2024 .
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada Dr.Nasir Hashim ketika beliau memegang jawatan ADUN Kota Damansara dan beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis di MBSA dari tahun 2008 hingga 2013. Sivarajan juga salah seorang pengasas parti dan juga pengasas Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) pada tahun 1992, dimana CDC adalah satu kumpulan aktivis akar umbi yang berjuang dengan pekerja perladangan, pekerja kilang, peneroka bandar, dan orang asli untuk menjamin hak supaya tidak ditindas oleh pihak berkuasa ataupun pemaju. Beliau juga adalah Koordinator Gabungan Peneroka Bandar di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Beliau juga masih lagi menjadi Koordinator kepada Gabungan Bantah TPPA. Sivarajan telah memperjuang dan mengetuai pelbagai isu, perjuangan seperti kenaikan harga minyak, perumahan yang selesa kepada pekerja ladang, perumahan kepada peneroka bandar, isu tanah peneroka bandar , kempen akta gaji minima, kempen tabung pemberhentian kerja dan sebagainya.
E-mel: sivarajan.a@gmail.com
Facebook: Sivarajan Arumugam
Twitter: ASivarajan