Isytiharkan Darurat Iklim

Isytiharkan Darurat Iklim

Its Beginning!

Pemanasan global perlu ditangani segera dan Malaysia perlu mengurangkan pelepasan karbon (diantara yang tertinggi  untuk sebuah negara membangun) dengan segera. Sumber utama gas rumah hijau (GRH) Malaysia adalah daripada penjanaan elektrik (45%), pengangkutan jalanraya (20.5%), pelepasan gas ‘fugitive’ daripada industri petroleum dan gas (7.8%), kilang (7.3%) sisa cair minyak sawit (5%) dan tapak pembuangan sampah(3.2%). Kesemua punca utama GRH perlu dikendalikan. Kemusnahan hutan merupakan satu masalah serius di Malaysia dan perlu dipelihara segera . Kenyataan seperti “56% tapak tanah Malaysia kononnya dirangkumi oleh hutan adalah tidak tepat walhal pada realitinya, hutan dara yang bebas daripada pembalakan hanyalah 15% sahaja. Justeru itu, Kami dari Parti Sosialis Malaysia (PSM)  melancarkan kempen mendesak Kerajaan membuat tindakan segera “ Mengisthihar Darurat Iklim” agar langkah-langkah segera yang konkrit boleh diambil untuk mengawal pemanasan Global .

Risalah kempen , dokumen asas polisi Mengurangkan Gas Rumah Hijau GRH , Sesi pendidikan Vanguard dilampirkan. 

Siapa Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan suatu parti politik berhaluan kiri di Malaysia. Walaupun parti ini telah didaftarkan  pada 30hb April 1998, kerajaan hanya meluluskan pendaftaran  pada bulan Ogos 2008, selepas berjuang dengan kerajaan selama 10 tahun.Sistem ekonomi Malaysia yang dibelenggu dengan model pembangunan kapitalis telah gagal menaikkan kehidupan majoriti. Ia hanya telah memperkayakan sebahagian kecil masyarakat melalui eksploitasi, perampasan tanah, kronisme, rasuah serta kemusnahan alam sekitar. Maka PSM lah satu-satunya parti  yang menyoalkan kapitalisme dan membina model politik dan ekonomi alternatif melalui demokrasi penyertaan dan kuasa rakyat.

Untuk Maklumat kempen Isytihar Darurat Iklim sila hubungi ;

Pulau Pinang – 019 566 9518

Kedah – 012 442 9456

Perak  – 016 558 2644

Selangor  – 019 261 2259

Negeri Sembilan  – 012 241 4351

Melaka – 019 447 9734

Johor  – 017 754 0597

Pahang  – 016 304 2577

Kelantan – 014 820 4952

Mengurangkan Gas Rumah Hijau (Januari 2020) [PDF]

Leaflet – Malay Ver (Front) [PDF]

Leaflet – Malay Ver (Inside) [PDF]

Menangani Perubahan Iklim, Alternatif Hijau untuk Malaysia (Jun 2019) [DOCX]