Kenali PSM

Kenali PSM

PSM adalah parti politik yang memohon untuk pendaftaran pada tahun 1998 dan berideologi sosialis. Setelah sebelas tahun berjuang, akhirnya PSM mendapat kelulusan pendaftaran parti pada tahun 2008. PSM pula mendaftar untuk melibatkan diri dalam proses pilihanraya dan telah bertanding dalam tiga pilihanraya setakat ini.

Pendirian PSM

  • Komited untuk bekerja menegakkan satu sistem sosialis di mana semua orang dapat hidup bahagia, aman dan adil
  • Pengagihan kekayaan secara adil
  • Politik berteraskan keperluan dan bukan perkauman
  • Bergerak dengan majoriti rakyat (orang miskin, pekerja)
  • Menentang sistem patriakal yang menindas golongan perempuan.
  • Membantah polisi neo- liberal dan penswastaan yang menyusahkan rakyat.
  • Memastikan rakyat mempunyai hak saksama untuk pendidikan, jagaan kesihatan, perumahan dan kemudahan asas yang lain.

Bacalah Perlembagaan PSM (450KB PDF)

Sosialisme kembali ke bumi Malaysia

  • Setelah 10 tahun berjuang akhirnya PSM mendapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008
  • Sejak 1980, ahli-ahli PSM bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tertindas – pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, orang asal.
  • Berpuluhan kemenangan perjuangan rakyat
  • Satu-satunya parti yang mewarisi sejarah kiri Malaysia
  • Antara program terkini PSM ialah Kempen Krisis Ekonomi, Kempen Pilihanraya Kerajaan Tempatan, Kempen Hentikan Penswastaan Hospital
  • Tsunami politik tahun 2008 telah meletakkan satu MP sosialis, Dr. Jeyakumar, di Sg. Siput; dan ADUN sosialis, Dr. Nasir Hashim, di Kota Damansara.

Propaganda kapitalis vs realiti sosialisme

Kapitalis berkata, “Simbol genggaman tangan PSM = keganasan”
Realiti: PSM berjuang untuk mengagihkan kekayaan secara adil & saksama dan pastikan peluang pekerjaan untuk semua.

Kapitalis berkata, “Sosialisme anti-agama”
Realiti: PSM berjuang untuk demokrasi tulen termasuk kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual; bukan anti-agama!

Kapitalis berkata, “Sosialisme anti-perniagaan”
Realiti: PSM berjuang untuk sistem sosio-ekonomi yang menghalang penindasan dan sifat tamak bukan anti perniagaan!

Kapitalis berkata,”Sosialis merampas hak mengumpul harta”
Realiti: PSM mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup bukan diktator