Isu Bekalan Air Dipotong – PSM Seremban

Isu Bekalan Air Dipotong – PSM Seremban

ISU BEKALAN AIR DIPOTONG. 53 PENGHUNI MANTIN NILAI MENJADI MANGSA- PSM SEREMBAN

Hari ini kami mengadakan Satu sesi dialog tergempar besama dengan Pihak SAINS (jabatan bekalan air NS) berikutan aduan yg kami terima. Lebih kurang 3minggu sebanyak 53 penghuni apartment dimantin Nilai hidup tanpa air kerana telah dipotong air oleh pihak Sains.

Walaupun kes ini dibawa kepada beberapa pemimpin disana, tapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Oleh itu mereka dtg kepada kami, dan setelah membuat 2mesyurat bersama dengan penghuni,

Kami menubuhkan Satu Jawatankuasa Sementara dan mengambil keputusan untuk berjumpa pihak sains. Hari ini kami mengutarakan isu ini dan sebab pemotongan bekalan tiada kaitan dgn penghuni kerana sehingga kini pihak JMB yg seharusnya mengambil tanggungjawap.

Lebih kurang 1jam berbincang, kami mengarahkan Pihak Sains menyambungkan air dulu dan kemudian boleh bincang Perkara lain kerana daripada 53penghuni, 45penghuni membayar bil air terus kepada Pihak Sains dan ini adalah Satu kesalahan jenayah terancang dilakukan oleh pihak Sains.

Dan Kami bertegas bahawa Kami tidak akan beredar dari sini jika isu air tidak dapat selesai. Akhirnya Pihak Sains faham akan situasi sebenar dan bersetuju untuk menyambungkan bekalan air hari ini juga.

Terima Kasih kepada Pihak Sains. Juga syabas kepada penghuni serta committee disana yg berani. Hidup Rakyat Hidup perjuangaan Rakyat.

#MembinaKuasaRakyat.