Kementerian pendidikan digesa bayar pampasan 12,000 pekerja kontrak

Kementerian pendidikan digesa bayar pampasan 12,000 pekerja kontrak

Source: Malaysiakini

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membayar pampasan terhadap kira-kira 12,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan disebabkan pengurangan belanjawan bagi perkhidmatan kontrak.

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, R Mohanarani juga menolak penjelasan KPM yang berkata tidak bertanggungjawab terhadap para pekerja yang tidak diperbaharui kontrak perkhidmatannya kerana ia dilakukan syarikat swasta.

“Memang di bawah sistem kontrak yang diwujudkan oleh KPM, tugas pengambilan pekerja telah disubkontrak kepada kontraktor. Kontraktor bertanggungjawab penuh atas pemilihan pekerjanya, iaitu dia boleh memilih siapa sahaja dia mahu untuk menjadi pekerjanya.

“Tetapi perkara-perkara seperti bilangan pekerja untuk sesebuah premis KPM, jumlah gaji dan bilangan syif diputuskan oleh KPM. Sekiranya dalam harga kontrak, KPM memperuntukan bayaran gaji untuk empat orang pekerja sahaja untuk salah satu sekolah, maka tentulah kontraktor berkenaan akan mengambil empat orang pekerja sahaja.

“Sekiranya kontrak sebelum itu menggajikan enam orang pekerja, maka dua orang akan hilang kerja. Adakah ini kesalahan kontraktor atau berpunca daripada dasar KPM?” Soalnya.

Mohanarai berkata kontrak berkenaan bagi tempoh tiga tahun dan kebiasaannya akan diperbaharui.

Hilang mata pencarian

Menurutnya sistem kontrak yang diamalkan Kementerian Pendidikan tidak adil kepada mereka yang diambil sebagai pekerja kerana kontrak mereka boleh ditamatkan tanpa jaminan seperti bayaran pampasan

“Sistem kontrak dipakai untuk kerja-kerja bukan sementara untuk mengurangkan kos bagi kerajaan tetapi menindas pekerja,” katanya.

Pekerja yang tidak diperbaharui kontraknya kehilangan mata pencariannya secara tiba-tiba, jelasnya.

“KPM harus sedar bahawa beribu-ribu pekerja dan keluarga B20 mereka terjejas dan merana akibatnya.

“KPM harus sedar bahawa pekerja kontrak yang bekerja di premisnya adalah manusia yang ada keperluan asas tertentu dan bukan robot…

“PSM menuntut supaya semua pekerja yang kehilangan kerja… akibat perubahan dasar KPM dibayar pampasan berhenti kerja dan bayaran ganti notis untuk jumlah tempoh perkhidmatan mereka di premis KPM,” katanya lagi.

Selain 12,000 pengawal keselamatan yang terjejas, kata Mohanarai terdapat 12,000 tukang cuci yang tidak diperbaharui kontrak pekerjaan mereka.

Kementerian Pendidikan telah membuat penjelasan bahawa kontrak perkhidmatan pekerja berkenaan telah tamat tempohnya dan ia akan melalui proses tender semula berdasarkan keperluan semasa kementerian itu.

Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah

Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah

oleh Nik Aziz Afiq

Terima kasih semua!

Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik.

Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik.

Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya hormati pilihan itu dengan hati terbuka dan ucapan terima kasih pada 847 pengundi yang berikan kepercayaan pada saya.

Walau angka itu kecil bagi pandangan kebanyakan orang, bagi saya itu jumlah yang besar. Kepercayaan adalah harta termahal yang dapat diberikan orang kepada kita.

Hari esok bermulalah ujian sebenar buat saya, iaitu apakah saya akan melaksanakan apa yang saya katakan sebelum ini iaitu untuk terus berkhidmat walaupun kalah.

Sekiranya saya tidak laksanakan apa yang saya katakan, itu tanda saya tak hargai kepercayaan 847 orang yang mengundi saya dan PSM hari ini.

Saya ucapkan terima kasih, pada semua yang menyokong dan mendokong perjuangan ini walau siapa pun anda. Saya minta maaf kerana mungkin keputusan ini mengecewakan anda.

Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah. Seperti saya katakan pada media, perjuangan itu satu proses, ia mengambil masa ibarat air yang menitik pada batu. Kita boleh hilang deposit dan diketawakan, tetapi kita tak boleh hilang prinsip dan arah perjuangan.

Terima kasih semua!

==========

Nik Aziz Afiq ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia. Beliau merupakan calon PSM untuk Pilihanraya Kecil kawasan DUN Semenyih 2019.

Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 1 MAC 2019: “Kami telah melakukan yang sebaik mungkin untuk menampilkan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkualiti sebagai pilihan untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan kini terletak dalam tangan pengundi Semenyih untuk menentukan siapa yang bakal dipilih menjadi ADUN Semenyih,” begitu katanya S. Arutchelvan selaku Pengarah Jentera Kempen Pilihanraya PSM untuk PRK Semenyih, dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari ini sebagai penggulungan kepada kempen PSM dalam PRK Semenyih sepanjang dua minggu ini,

Sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih, PSM bersama dengan calonnya Nik Aziz Afiq telah melakukan banyak perkara sebagai usaha memantapkan amalan demokrasi di negara kita, antaranya:

  • Pengisytiharan harta oleh calon PSM;
  • Melafazkan ikrar anti perkauman;
  • Tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon lain;
  • Calon yang paling awal mengemukakan manifesto;
  • Manifesto tempatan yang memang serasi dengan hasrat pengundi Semenyih;
  • Kesediaan calon untuk berdebat dalam debat calon anjuran BERSIH 2.0 dan kemudian terlibat dalam Wacana Sinar yang disiarkan secara langsung dalam Astro Awani
  • Berjaya mengetengahkan pelbagai isu nasional dan mendapat reaksi, seperti gaji minimum, masalah yang dihadapi pekerja kontrak, sistem kesihatan awam yang terancam, perumahan mampu milik, masalah yang dihadapi pangsapuri kos rendah, pendidikan awam dan pengangkutan awam.
  • Ketika parti lain membawa masuk orang-orang kenamaan dan menteri-menteri (termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri) untuk berkempen di Semenyih, PSM pula berjaya membawa suara pekerja kontrak, pekerja ladang dan penghuni pangsapuri kos rendah untuk bercakap terus kepada media tentang masalah dan tuntutan mereka, selaras dengan slogan PSM “Bersama Membina Kuasa Rakyat”;
  • Mengadakan sidang media setiap hari untuk mengetengahkan isu-isu rakyat;
  • Siaran langsung di laman facebook setiap malam untuk membincangkan isu-isu rakyat;
  • Mendapat sokongan daripada aktivis hak asasi manusia dan masyarakat sivil.

Arutchelvan berkata, “Kempen PSM berjaya mengungkitkan beberapa isu yang mendapat reaksi terus daripada kerajaan, dan ini sebenarnya menguntungkan rakyat Semenyih. Sebelum adanya keputusan Pilihanraya Kecil pun, kempen kami berjaya membawa manfaat kepada penduduk Semenyih.” Antara isu yang dibangkitkan oleh PSM semasa kempen PRK Semenyih yang mendapat reaksi daripada kerajaan termasuklah menaiktaraf Klinik Kesihatan di Semenyih kepada Hospital Kerajaan, mendesak pemansuhan tol di Semenyih, penggubalan undang-undang baru untuk melindungi pekerja ladang dan kritikan terhadap skim insurans mySalam.

Menurut Arutchelcan, calon PSM Nik Aziz Afiq dan Jentera Kempen PSM mendapat pujian daripada pihak media kerana calon itu sendiri tahu tentang isu-isu tempatan dan mampu mengupas isu secara jelas, di samping kempen yang teratur.

Kempen PSM juga mendapat reaksi yang memberangsangkan daripada rakyat tempatan. Respon daripada golongan anak uda dalam mesia sosial amat menggalakkan. Terdapatnya pengundi yang tidak mengundi PSM dalam PRU lalu memberi respon yang positif dan berkata bahawa akan mengundi PSM kali ini. Ramai pengundi berpendapat bahawa perlunya satu alternatif ketiga selain Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Walau bagaimanapun, Arutchelvan mengatakan bahawa jumlah pengundi yang keluar mengundi mungkin akan menurun kerana masih ramai yang tidak terlalu teruja dengan PRK Semenyih ini.

Arutchelvan juga merespon kepada kenyataan Perdana Menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mengkritik golongan sosialis dengan mengatakan bahawa pemimpin kerajaan hari ini harus mengubah cara pemikiran sosialis mereka dan tidak patut terus mengecam sistem kapitalis. Arutchelvan berkata bawa ini ada kaitan dengan pengundi yang semakin tertarik dengan ideologi sosialis yang memperjuangkan keadilan sosial sebenar. Golongan sosialis seperti PSM telah membangkitkan pelbagai isu rakyat seperti membantah penglibatan syarikat insurans dalam sistem kesihatan awam, mengenakan sekatan terhadap pembinaan rumah mewah supaya lebih rumah mampu milik dapat dibina, menolak penswastaan pendidikan yang dikendalikan oleh GLC yang bermotifkan keuntungan dan isu gaji minimum, di mana semua isu ini dan kritikan PSM terhadap Kerajaan PH memang mendapat respon yang baik daripada rakyat secara umumnya.

Calon PSM Nik Aziz Afiq berharap pada pengundi Semenyih supaya keluar mengundi secara beramai-ramai dan mengundi calon yang terbaik untuk membawa suara rakyat biasa ke dalam DUN Selangor.

Nik Aziz Afiq telah berjaya menunjukkan dirinya sebagai calon yang terbaik antara 4 calon yang bertanding dalam PRK Semenyih. Walaupun merupakan calon yang paling muda dari segi usia, tetapi pengalamannya melibatkan diri dalam aktivisme dan kebolehannya dalam menyampaikan penghujahan dengan jelas untuk membincangkan isu-isu rakyat, nampaknya jauh lebih menyerlah berbanding calon yang lain. PSM berkeyakinan bahawa Nik Aziz Afiq ialah calon yang terbaik dan bakal menjadi wakil rakyat yang dapat membawa suara rakyat secara lantang dalam DUN Selangor jika dipilih.

Proses pengundian untuk PRK Semenyih akan berlangsung pada hari esok, 2 Mac 2019, dengan masa pengundian dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

PSM accuses Dr M of BN-like threat against voters

PSM accuses Dr M of BN-like threat against voters

Source: Malaysiakini

SEMENYIH POLLS | PSM has described Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s statement that voters should not waste their ballots on the opposition as a BN era threat.
The party’s central committee member S Arutchelvan also criticised the Pakatan Harapan chairperson for resorting to cheap political stunts.
He noted how during the BN administration, voters were warned that supporting the opposition would be at the expense of development in their constituency.
“This is gutter politics and cheap politics,” he told a press conference in Semenyih this afternoon.
“Are they (saying) no health clinic will be constructed if BN or PSM wins?” he asked, referring to the pledge to build the clinic by Harapan candidate Muhammad Aiman Zainali.
Speaking at a ceramah in Semenyih yesterday, Mahathir said votes should not be wasted on BN candidate Zakaria Hanafi since he would not be able to fulfil his election pledges because the coalition no longer controls the federal government.
Met later, Zakaria disagreed with Mahathir.
He said voting for BN would be a referendum against Harapan for not fulfilling the promises in its election manifesto for the 14th general election.

“Their votes will not be squandered. This is a democracy and this is the time for them to (demonstrate) people power,” he said.
He pointed out that Harapan has failed to fulfil many of its promises stated in its manifesto.
As such, he said the people should not be afraid to cast their ballots.
Meanwhile, PSM candidate Nik Aziz Afiq Abdul urged Mahathir to refrain from saying that the opposition will not be able to fulfil its promises.
It is Harapan that is unable to fulfil its pledges, even making U-turns (on some policies), he said.

Aktivis, peguam sokong calon PSM di Semenyih

Aktivis, peguam sokong calon PSM di Semenyih

Source: Free Malaysia Today

SEMENYIH: Seramai 52 aktivis daripada badan bukan kerajaan dan peguam menyatakan sokongan terhadap calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul bagi pilihan raya kecil DUN Semenyih.

Aktivis sosial, Kua Kia Soong yang mewakili kumpulan itu berkata, pengundi di Semenyih perlu mengundi calon PSM kerana PPBM dan Umno yang turut bertanding dalam PRK Semenyih adalah parti berdasarkan bangsa.

“PPBM dan Umno adalah parti berdasarkan bangsa yang tidak mempunyai tempat dalam Malaysia Baru,” katanya pada sidang di Bilk Gerakan PSM, hari ini, yang turut dihadiri Nik Aziz.

Bekas ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan mengapa calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi dan calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali tidak mahu menyertai debat yang dianjurkan Bersih 2.0.

“Dua lagi calon ini tidak mahu berdebat dengannya. Apa maksud Malaysia Baru yang kita katakan ini? Malaysia Baru ialah pilihan raya di mana calon tampil dan berdebat tentang isu-isu semasa.

“Mereka ini tidak mempertahankan logo dan bendera yang diwakili. Mereka ini hanya berdiri mewakili diri mereka,” katanya.

Kua turut memberi penjelasan mengapa beliau tidak menyokong calon bebas, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang.

“Saya tak kenal dia. Saya kenal PSM, saya kenal Nik Aziz, saya kenal PH, BN semua, tapi Uncle Kentang saya tak kenal dia.

“Apa rekod dia, siapa dia, apa yang dia akan buat, manifesto dia, dia mewakili siapa? Persendirian atau apa? Apakah pendirian dia terhadap hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan sosial,” katanya.

Sementara itu, Nik Aziz memberi penjelasan siapa individu yang terlibat dan membiayainya pada PRK Semenyih.

“Saya tak ada tauke, tokoh-tokoh korporat, tak ada pemodal-pemodal bersama perjuangan saya.

“Tetapi yang bersama-sama memberikan sokongan adalah kawan-kawan aktivis, NGO, aktivis hak asasi yang selama ini bekerja untuk membawa masyarakat kita ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Sistem belum ubah selepas 9 bulan perintah, pengundi muda mungkin alih sokongan

Sistem belum ubah selepas 9 bulan perintah, pengundi muda mungkin alih sokongan

Source: Free Malaysia Today

SHAH ALAM: Golongan pengundi muda berpotensi bertukar haluan atau sokongan parti politik kerana jaminan kerajaan untuk mengubah sistem belum terlaksana, kata calon Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Nik Aziz Afiq, 25, calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih berkata, masalah yang dihadapi negara perlu dibetulkan pada puncanya, iaitu sistem.

“Sudah 9 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah tetapi anak muda dan pengundi yang beri undi kepada PH tidak nampak sistem berubah,” katanya dalam satu forum hari ini.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizudin Mohd Sani berkata, mengubah sistem bukan sesuatu yang mudah dilakukan.

“Saya sendiri, sebagai pemerhati politik, lihat banyak perubahan yang hendak dilakukan seperti sistem pilihan raya dan isu dana politik,” katanya.

Jelasnya, kerajaan masih memerlukan sokongan 2/3 di Parlimen untuk merubah sesuatu dasar dan sistem dalam pemerintahan. Atas sebab itu, kerajaan mampu untuk mengubah beberapa elemen yang dibenarkan sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan, jumlah pengundi muda bagi PRK Semenyih merangkumi 45% dengan selebihnya berumur 40 tahun ke atas.

Namun, kata Azizudin, 10% daripada 45% pengundi muda itu penentu kepada sentimen golongan muda pada pilihan raya itu.

Jelasnya, 10% itu anggaran pengundi muda yang keluar membuang undi Sabtu ini kerana dijangka peratus keluar mengundi akan jatuh.

“Tidak macam pilihan raya umum ke-14. Mungkin sebab banyak pengundi muda berada di luar kawasan, bekerja dan sebagainya,” katanya.

PSM: Putrajaya’s position on healthcare for B40 contradictory

PSM: Putrajaya’s position on healthcare for B40 contradictory

Source: Free Malaysia Today

Putrajaya’s healthcare policies for the bottom B40 income group are contradictory because it was allowing the private medical services providers to expand and recruit specialists from the public sector, said PSM’s Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

In a statement today, Jeyakumar (photo, above) said although Putrajaya, on the one hand, had arranged for the MySalam insurance scheme for the underprivileged, the Finance Minister Lim Guan Eng was a major proponent of “health tourism” which only concerned the private sector.

“In Penang itself, Lim approved the expansion of Island Hospital by granting them 6.4 acres of government land to develop ‘Island Medical City’.

“Does he not see that expansion of existing private hospitals undermines the government health sector by siphoning off even more specialist doctors from government hospitals?

“Does he not know that only 10 percent of the specialists with more than 10 years of experience post-specialisation are currently still in government service?” asked Jeyakumar.

When contacted for more details today, Jeyakumar said the right policy was for Putrajaya to expand the capacity of public healthcare to make it the first choice of the B40 and M40 group.

“There should be a moratorium on the expansion of private health care and hospitals, especially in the west coast,” he said.

This was PSM’s response to Lim’s latest explanations regarding the MySalam insurance scheme arranged by the Finance Ministry.

Insurance giant Great Eastern had contributed RM2 billion to the fund which would entitle eligible policyholders to an RM8,000 one-off payment should they contract 36 critical illnesses.

Policyholders will also be able to claim RM50 for each day they are hospitalised, up to RM700 a year. However, the policy was only applicable if treatment was sought from public hospitals.

Lim had explained that this was a form of safety net for vulnerable groups.

 

Kerajaan tiada aspirasi perkasa institusi awam

Kerajaan tiada aspirasi perkasa institusi awam

HULU LANGAT 25 Feb. – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai aspirasi untuk membina lebih banyak institut pengajian tinggi awam dan meningkatkan kapasiti pengambilan ke dalam universiti itu.

Ketua Biro Pendidikan Pemuda PSM, N. G. Gandipan berkata, hal berkenaan membuatkan ramai pelajar terpaksa memilih melanjutkan pengajian ke universiti swasta yang kebanyakannya menawarkan kursus dengan harga mahal.

Katanya, pelajar kemudiannya terpaksa berhutang untuk membayar semula kos pengajian walaupun belum lagi mendapat pekerjaan.

“Kalau kita lihat pelajar yang tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semakin bertambah setiap tahun, namun adakah universiti awam dapat meningkatkan kapasiti pelajar?

“Malah, ada beberapa institusi pendidikan tinggi yang dimiliki kerajaan menerusi syarikat milik kerajaan (GLC) pula dilihat masih berfungsi dan bermotif keuntungan dengan menawarkan kursus sehingga ribuan ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat PSM Semenyih, di sini hari ini. Yang turut hadir, calon PSM bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul. – UTUSAN ONLINE

 

PBT perlu ambilalih penyelenggaraan rumah pangsa untuk kurangkan beban penghuni

PBT perlu ambilalih penyelenggaraan rumah pangsa untuk kurangkan beban penghuni

SEMENYIH, SELANGOR – 24 FEBRUARI 2019: Penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah di kawasan Semenyih mengulang tuntutan mereka yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mengurangkan beban penghuni rumah pangsa kos rendah dengan mengambilalih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah. Seruan ini dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini di rumah pangsa Bangi Jaya bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih.

Wakil daripada rumah pangsa Bangi Jaya, Sri Haneco, Bukit Semenyih dan Taman Sri Mawar telah meluahkan kekeluhan mereka terhadap masalah yang dihadapi mereka, khususnya kutipan bayaran penyelenggaraan yang membebankan dan masalah penyelenggaraan disebabkan kesukaran mengutip yuran penyelenggaraan.

Turut hadir dalam sidang akhbar hari ini ialah Nik Aziz Afiq (calon PSM untuk PRK Semenyih) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang juga merupakan bekas calon pilihanraya PSM untuk Semenyih).

Menurut Rogaya dari Rumah Pangsa Bangi Jaya, badan pengurusan bersama (JMB) sebelum ini mengutip yuran penyelenggaraan RM 33 sebulan, tetapi selepas Majlis Perbandaran Kajang melantik satu ejen untuk mengambilalih penyelenggaraan dengan kutipan sebanyak RM 66 sebulan, tetapi penyelenggaraannya lebih teruk walaupun kutipan sudah berganda dan lebih membebankan penghuni.

S. Arutchelvan berkata, “masalah utama yang dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah pangsa ialah pendapatan mereka yang sudah rendah menjadikan mereka dibebani oleh bayaran penyelenggaraan”

“Penduduk di rumah teres kos rendah hanya bayar dua jenis cukai, iaitu cukai tanah dan cukai taksiran. Penghuni rumah pangsa kos rendah pula perlu membayar yuran penyelenggaraan selain dua jenis cukai. . Walaupun Kerajaan Selangor mengecualikan cukai taksiran yang dibayar dua kali setahun untuk penghuni rumah kos rendah sejak tahun 2016 sesuatu yang baik, tetapi mereka masih mengalami kesukaran untuk membayar yuran penyelenggaraan yang dikutip berbulan-bulan dan kadarnya lebih tinggi. Penghuni-penghuni rumah kos rendah lebih rela membayar cukai taksiran dua kali setahun supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambilalih penyelenggaraan dan bayaran penyelenggaraan dihapuskan.”

Penduduk-penduduk rumah-rumah kos rendah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Jadi, adalah tidak wajar untuk golongan ini dikenakan bayaran yang lebih tinggi dan tidak mendapat perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk rumah teres kos rendah. Keadaan ini amat membebankan JMB di rumah-rumah kos rendah. Akibatnya keadaan di rumah kos rendah adalah rata-rata tidak terurus, kotor dan tidak sesuai untuk dihuni.   

g01.jpg

Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri-pangsapuri Kos Rendah Hulu Langat yang ditubuhkan oleh PSM Semenyih telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 14 April 2017 dengan tuntutan kepada pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Jawatankuasa Bertindak tersebut mewakili penduduk dari lebih 30 buah perumahan pangsapuri di kawasan Hulu Langat, termasuk Semenyih. Namun, sehingga sekarang, Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberi apa-apa respon terhadap tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum tersebut.

52713816_321430565171070_6143441909332312064_n.jpg

Tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri-pangsapuri Kos Rendah Hulu Langat termasuk:

1. Penghuni rumah pangsa kos rendah hanya perlu membayar dua jenis cukai, iaitu cukai tanah (setahun sekali) dan cukai pintu ( 6 bulan sekali) sepertimana rumah teres kos rendah.

  • Bayaran harus dibuat terus kepada Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah.
  • Bayaran harus meliputi kutipan sampah, pembersihan koridor, pembersihan longkang, taman permainan, lampu jalan dalam kawasan rumah pangsa dan jalanraya dalam kawasan rumah pangsa.

2. Kutipan untuk bayaran bil bagi pengunaan lampu koridor rumah pangsa dan air yang digunakan secara bersama harus dimasukkan dalam bil eletrik dan air secara purata dalam bil masing-masing (semua penghuni).

3. Satu peruntukan tahunan seperti yang diterima Rukun Tetangga diberikan kepada JMB untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti sosial dan kebajikan untuk semua penghuni rumah pangsa demi untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu. JMB juga harus dibuka kepada semua penghuni termasuk mereka yang menyewa unit rumah, untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang penting dan menyumbang kepada pembangunan rumah pangsa tersebut.

4. Setiap rumah pangsa kos rendah wajib mempunyai kawasan dewan serbaguna atau bilik aktiviti untuk masyarakat di mana dewan itu boleh diuruskan oleh JMB. Jika tiada, maka kerajaan perlu membina kemudahan tersebut.

5. Mewujudkan tempat perniagaan dan peluang perniagaan di kawasan rumah pangsa secara tersusun untuk membolehkan masyakarat di rumah pangsa tersebut terlibat dalam aktiviti mikro-ekonomi. Sewa boleh dibayar kepada JMB dan wang ini boleh digunakan untuk menyelenggarakan pejabat dan mengupah kakitangan sepenuh masa.

6. Insurans tahunan dan audit tahunan adalah terlalu tinggi dan pihak JMB tidak boleh membiayainya. Maka dicadangkan proses audit dilakukan melalui satu syarikat audit yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan bayaran yuran yang terendah. Syarikat insurans juga diletak di bawah pengawasan COB agar perkhidmatan mereka adalah baik dengan bayaran yang munasabah.