Pada tahun 1960-an dan 1970-an, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf sistem kesihatan Malaysia sebagai model unggul.

Akan tetapi, selepas 1990-an, sistem pemikiran neoliberal telah terserap ke dalam pembekal kesihatan. Kini, perkembangan idea ini merisaukan;

  1. Pelbagai polisi penswastaan telah menyebabkan ‘brain drain’ doktor pakar dari sektor
    perubatan awan kepada sektor swasta yang lebih lumayan.
  2. Sektor perubatan awam hanya mempunyai 30% doktor pakar tetapi merawat 70% pesakit di Malaysia
  3. Penubuhan sayap swasta dalam hospital awam telah menjadikan keadaan ini lebih teruk sebab 30% doktor-doktor pakar ini dapat memilih untuk berkhidmat di sayap swasta tersebut. Ini menyebabkan kekurangan kemudahan awam kepada majoriti golongan pekerja sebab golongan berada yang dapat membayar penuh akan mengambil kemudahan itu.
  4. Penswastaan kedai perubatan kerajaan telah meningkatkan kos ubat untuk hospital dan mereka terpaksa kurangkan bekalan untuk mengurus peruntukkan mereka.
  5. Penswastaan perkhidmatan penting hospital seperti pencucian, dobi, penyelenggaraan dan sekuriti kepada subkontraktor telah menindas hak pekerja serta tukang cuci dan juga menyebabkan kos operasi hospital melambung tinggi.
  6. Kekurangan kemudahan dan tempat dalam hospital kerajaan tidak dapat merawat bilangan pesakit yang meningkat. Ini juga menyebabkan kualiti rawatan menurun, masa menunggu untuk rawatan serta risiko mendapat jangkitan penyakit meningkat.
  7. Walaupun rawatan kecil di hospital kerajaan berkos rendah, kos aksesori-aksesori serta ubatan lain terpaksa ditanggung oleh para pesakit dan keluarga mereka. Senarai prostetik dan implan bersubsidi tidak dikemas kini buat begitu lama dan pesakit terpaksa menanggung kosnya.
  8. Belanjawan kesihatan telah dikurangkan yang mengakibatkan kemerosotan perkhidmatan kesihatan awam.

PSM mencadangkan program kesihatan yang mengutamakan rakyat. Kita mencadangkan:

  1. Penjagaan kesihatan sebagai hak supaya kesemua rakyat Malaysia boleh mendapat rawatan percuma berkualiti dalam sektor awam.
  2. Meningkat belanjawan kerajaan dalam sektor kesihatan kepada 4% daripada KDNK
  3. Menambah baik skema saraan doktor kerajaan, gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja lebih baik untuk doktor, jururawat dan pekerja perkhidmatan kesihatan lain. Menubuhkan suruhanjaya perkhidmatan lain untuk pekerja perkhidmatan kesihatan awam.
  4. Membeku perkembangan hospital swasta, pusat perkhidmatan untuk membanteras ‘brain drain’ doktor pakar ke sektor swasta.
  5. Mencegah ketirisan dalam kos operasi yang diakibatkan oleh penswastaan farmasi, mensubkontrak perkhidmatan penting hospital yang boleh diambil alih oleh pengurusan kerajaan seperti dulu.
  6. Bina lebih banyak Hospital Besar berkemudahan lengkap di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur serta negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang untuk menampung permintaan yang meningkat daripada populasi bandar yang semakin bertambah serta di seluruh negara untuk membanteras masalah kesesakan.
  7. Tingkatkan pelaburan dan penyelidikan untuk kemudahan kesihatan mental.
  8. Pastikan tiada diskriminasi dalam bayaran serta perkhidmatan untuk pelarian dan migran.