DR. JEYAKUMAR DEVARAJ

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ

AHLI JAWATANKUASA PUSAT

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj atau lebih dikenali oleh  sebagai Dr. Kumar . Beliau juga lebih dikenali sebagai “Giant Killer”, “Red Doctor” dan juga dikenali sebagai Ahli Parlimen Sosialis yang solo. Dr kumar telah berkhidmat selama 2 penggal sebagai MP di Parlimen Sungai Siput sejak tahun 2008 hingga 2018, beliau merupakan ahli parlimen sosialis yang pertama selepas lebih daripada 40 tahun kemerdekaan. Beliau telah dipilih di kalangan tiga Ahli Parlimen Tertinggi oleh Speaker Dewan kerana mengutamakan perbincangan yang sihat dan banyak memberi tumpuan kepada keutamaan dan kepentingan masyarakat. Beliau juga adalah salah seorang Ahli JawatanKuasa Pusat PSM. Beliau telah menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Malaya pada tahun 1981. Beliau adalah pengasas kepada kumpulan yang bernama Kalvi Kuzhu dimana kumpulan ini akan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar  miskin di persekitaran Ipoh pada tahun 1986, beliau juga salah seorang pengasas kumpulan Alaigal yang banyak memperjuangkan isu-isu pekerja di Sungai Siput. Selain itu, beliau juga salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia pada tahun 1998 dan juga Ahli Jawatankuasa Pusat PSM sejak tahun 1998. Beliau telah menerima anugerah untuk karyanya sebagai seorang doctor yang prihatin daripada MMA(  Persatuan  Perubatan Malaysia). Beliau juga telah menulis tujuh buah buku berdasarkan analisis sosial, seperti Ezhutci (Kebangkitan), Malaysia at the Crossroads, Visi Alternatif Untuk Malaysia, dan sebagainya. Dr Kumar adalah seorang penggerak utama dalam Gabungan Bantah Penswastaan Penjagaan  Kesihatan. Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah Hak Asasi Manusia bagi pihak Gabungan Bantah Penswastaan Penjagaan Kesihatan dari SUARAM. Beliau juga telah menolak penganugerahan/promosi daripada sultan pada tahun 1998.

E-mel: [email protected]
Facebook: Jeyakumar Devaraj PSM
Twitter:


More Staff

K. KUNASEKARAN

K. KUNASEKARAN

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
MOHD AFANDI

MOHD AFANDI

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
V. SELVAM

V. SELVAM

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
DR. MOHD NASIR HASHIM

DR. MOHD NASIR HASHIM

PENGERUSI