KHAIRUL NIZAM

KHAIRUL NIZAM

AHLI JAWATANKUASA PUSAT

Khairul Nizam juga adalah seorang aktivis yang telah lama terlibat dalam dunia aktivisme. Aktivismenya bermula dengan gerakan Royalti Kelantan, dimana gerakan ini menuntut Kerajaan Persekutuan untuk membuat bayaran royalti yang sepatutnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mendapatkan minyak yang diekstrak dari perairan negeri kelantan. Beliau merupakan Pengerusi Cawangan Parti Sosialis Malaysia Kelantan, beliau lebih dikenali sebagai Aduka Taruna di kalangan aktivis-aktivis media sosial. Beliau melakukan banyak kerja di Kelantan untuk memperkenalkan idea-idea sosialis yang progresif dalam kalangan orang melayu Kelantan. Beliau juga telah menulis beberapa buku dan juga menghasilkan pelbagai cerita-cerita pendek mengenai isu-isu semasa di media sosial. Beliau dan rakan-rakannya lain di Kelantan banyak membantu golongan – golongan yang tidak kemampuan dan miskin di Kelantan dengan mengendalikan isu-isu pekerja, isu perumahan, menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada penduduk di kota bharu untuk ke hospital atau klinik dan sebagainya.

E-mel: [email protected]
Facebook: Khairul Nizam Abd Ghani
Twitter:


More Staff

KARTHIGES

KARTHIGES

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
K. KUNASEKARAN

K. KUNASEKARAN

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
DR. JEYAKUMAR DEVARAJ

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ

AHLI JAWATANKUASA PUSAT
CHOO CHON KAI

CHOO CHON KAI

AHLI JAWATANKUASA PUSAT