{"id":6667,"date":"2019-12-13T17:17:36","date_gmt":"2019-12-13T09:17:36","guid":{"rendered":"https:\/\/partisosialis.org\/?p=6667"},"modified":"2019-12-13T17:17:36","modified_gmt":"2019-12-13T09:17:36","slug":"5-isu-pekerja-kontrak-di-sekolah-kerajaan-dibangkitkan-dalam-pertemuan-dengan-kpm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/5-isu-pekerja-kontrak-di-sekolah-kerajaan-dibangkitkan-dalam-pertemuan-dengan-kpm\/","title":{"rendered":"5 isu pekerja kontrak di sekolah kerajaan dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPM"},"content":{"rendered":"<p>Mesyuarat antara\u00a0<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/Jaringan-Pekerja-Kontrak-Kerajaan-JPKK-953464014854826\/\">Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)<\/a>\u00a0dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan nada serius apabila semua talefon\u00a0bimbit telah dilarang untuk dibawa masuk\u00a0ke\u00a0dalam\u00a0bilik\u00a0mesyuarat. Setelah wakil JPKK mengadu, dua telefon\u00a0dibenarkan\u00a0untuk\u00a0dibawa masuk. Selain itu, semua beg diperiksa oleh pihak keselamatan. Walaupun wujudnya\u00a0ketegangan di\u00a0luar bilik mesyuarat, namun ia tidak berpanjangan apabila Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan, Dato\u2019\u00a0Azizan\u00a0bin Mohamad Sidin,\u00a0berkata\u00a0bahawa\u00a0beliau bersedia untuk mendengar keluhan JPKK.<\/p>\n<p>Wakil daripada Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan\u00a0<a href=\"https:\/\/partisosialis.org\/\">Parti Sosialis Malaysia (PSM)<\/a>\u00a0telah bertemu\u00a0dengan Dato\u2019\u00a0Azizan\u00a0selaku Timbalan Ketua Setiausaha KPM\u00a0pada 12 Disember 2019,\u00a0untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja kontrak di premis sekolah,\u00a0terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Turut hadir bersama dengan Timbalan Ketua Setiausaha KPM, adalah pegawai-pegawai KPM daripada\u00a0Bahagian Perolehan\u00a0dan\u00a0Bahagian perundangan, serta pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Ini merupakan\u00a0mesyuarat susulan setelah JPKK\u00a0<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2019\/03\/29\/menteri-pendidikan-berjanji-untuk-hentikan-penindasan-terhadap-pekerja-kontrak-sekolah\/\">berjumpa<\/a>\u00a0dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik pada 27 Mac 2019.<\/p>\n<p>JPKK telah mengutarakan beberapa isu kritikal yang melibatkan hak dan kebajikan pekerja kontrak di premis sekolah yang semakin hari ditindas oleh kontraktor. Pihak\u00a0KPM turut memberi maklumbalas terhadap isu-isu tersebut.<\/p>\n<h3><strong><b>Time Medi \u2013\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>gaji\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>5 bulan<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0pada tahun 2015 masih\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>tidak dibayar\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>sehingga kini<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Dalam mesyuarat tersebut, isu utama yang diutarakan oleh Rani\u00a0Rasiah selaku Penyelaras Nasional JPKK, adalah mengenai pekerja pembersihan di sekolah sekitar Kinta Utara, Ipoh, Perak,\u00a0yang dimangsakan oleh kontraktor Time Medi tanpa membayar gaji dari bulan Ogos hingga Disember 2015. Kontraktor tersebut mengisytihar\u00a0muflis pada bulan April 2015 dan pekerja terus bekerja di sekolah-sekolah tanpa gaji untuk 9 bulan.\u00a0Setelah usaha oleh\u00a0Jabatan Tenaga Kerja, tunggakan gaji sehingga bulan Julai 2015 dapat diselesaikan dan bakinya masih belum diterima oleh pekerja-pekerja. Pengarah Jabatan Perolehan memberikan satu penerangan yang panjang lebar di\u00a0mana kebanyakannya berkaitan dengan\u00a0isu birokrasi, perundangan dan lain-lain lagi.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha KPM\u00a0berjanji akan menubuhkan satu \u201cpasukan petugas\u201d (<em><i>taskforce<\/i><\/em>)\u00a0untuk mengumpulkan maklumat tentang kes ini dan berkomunikasi dengan JPKK. Mengulas\u00a0tentang perkara\u00a0ini, S.\u00a0Arutchelvan\u00a0selaku Timbalan Pengerusi PSM berkata,\u00a0\u201cPerkara yang terutama\u00a0adalah pekerja telah berkhidmat,\u00a0tetapi gaji belum dibayar, wang kontraktor masih di Kementerian Kewangan dan kerajaan perlu menggunakan kesungguhan\u00a0politik untuk mengambil wang\u00a0itu supaya\u00a0menyelesaikan isu ini\u201d.<\/p>\n<h3><strong><b>Pembuangan kerja secara mengejut terhadap pekerja pembersihan<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Perkara\u00a0kedua yang dibangkitkan\u00a0oleh JPKK adalah tentang isu pembuangan pekerja pembersihan di sekolah seluruh Malaysia pada 31 Mei 2019 kesan daripada pemotongan belanjawan\u00a0secara tiba-tiba. JPKK turut menyatakan bahawa pekerja dikurangkan lebih 70% di\u00a0kebanyakan sekolah,\u00a0iaitu daripada 13 orang pekerja kepada 3 orang pekerja,\u00a0dan 3 orang pekerja ini\u00a0terpaksa\u00a0menanggung beban kerja yang tinggi. Pihak JPKK menegaskan bahawa pihak sekolah sebenarnya meletakkan tekanan ke\u00a0atas pekerja. Ada juga sekolah\u00a0tidak membenarkan pelajar untuk menggunakan tandas\u00a0selepas waktu rehat dan mengunci tandas kerana tiada pekerja untuk membersihkannya, kata seorang ahli JPKK dalam mesyuarat tersebut.<\/p>\n<p>Setelah mendengar keluhan ini, KPM menyatakan bahawa baru-baru ini ada keputusan di peringkat Kementerian untuk meningkatkan pekerja pembersihan di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat,\u00a0tetapi akan menggunakan sistem yang sama iaitu jumlah pekerja ditentukan berdasarkan keluasan sesebuah sekolah. Selain itu, pekerja boleh mengadu tentang isu beban ini kepada KPM untuk tindakan.<strong><b>\u00a0<\/b><\/strong><\/p>\n<h3><strong><b>Kerja\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>s<\/b><\/strong><strong><b>y<\/b><\/strong><strong><b>if pengawal keselamatan sekolah<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Isu ketiga adalah berkenaan dengan mengembalikan sistem kerja 2 syif untuk pengawal keselamatan di sekolah. Pada\u00a0pertengahan tahun 2019, sebahagian kontraktor telah menukar sistem di\u00a0mana pengawal keselamatan 2 syif ditukar\u00a0menjadi 3 syif. Ekoran daripada itu, JPKK mendapat banyak aduan daripada pekerja kawalan\u00a0keselamatan bahawa penukaran ini telah mengurangkan pendapatan mereka dan meletakkan seorang pengawal sahaja pada waktu malam turut menimbulkan kerisauan tentang\u00a0keselamatan dan kesihatan pekerja tersebut.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha KPM mengmumkan berita baik bahawa selepas ini akan kembali kepada 2 syif. Beliau mengumumkan bahawa semua kontraktor baru yang mengambilalih pada bulan Januari 2020 akan mula mengamalkan sistem kerja 12 jam.<\/p>\n<p>Walaupun\u00a0begitu, JPKK dan PSM menyatakan bahawa\u00a0kami menyokong sistem 2 syif ini\u00a0dengan hati yang berat kerana pekerja pilih\u00a0untuk kerja\u00a02 syif\u00a0(12 jam) oleh kerana gaji untuk kerja 8 jam\u00a0tidak mencukupi. Dalam keadaan gaji rendah, apakah pilihan yang ada pada pekerja?\u00a0Oleh itu,\u00a0wakil pekerja menuntut peningkatan gaji minimum\u00a0kepada RM1800\u00a0sebulan. Kami juga mengingatkan KPM mengenai cadangan Bank Negara bahawa\u00a0seseorang pekerja harus mendapat gaji sebanyak RM2700 sebulan untuk hidup di bandar sekarang.<\/p>\n<h3><strong><b>Senarai<\/b><\/strong><strong><b>h<\/b><\/strong><strong><b>itamkan\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>k<\/b><\/strong><strong><b>ontraktor<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0yang mangsakan pekerja<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Pada 27 Mac 2019, salah satu isu kritikal yang dibawa kepada perhatian Menteri Pendidikan Dr. Maszlee adalah mengenai syarikat-syarikat kontraktor yang sering melanggar undang-undang buruh dan memangsakan pekerja. Dalam mesyuarat tersebut, Menteri berjanji akan menyenaraihitamkan kontraktor yang berbuat demikian. Pihak JPKK bertanyakan tentang status mengenai janji tersebut dalam mesyuarat kelmarin. Pihak KPM berkata bahawa mereka telah menghantar lebih 20 nama syarikat kontraktor pada 28 November 2019 kepada Kementerian Kewangan dan menyarankan untuk menyenaraihitamkan syarikat-syarikat tersebut. Kini keputusan di Kementerian Kewangan, kata pegawai daripada Bahagian Perolehan KPM dalam mesyuarat ini. Pihak JPKK juga diberitahu supaya meneruskan usaha menghantar aduan terhadap syarikat yang memangsakan pekerja kepada pihak JTKSM dan KPM.<strong><b>\u00a0<\/b><\/strong><\/p>\n<h3><strong><b>Kerja 7<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>hari seminggu, 365 hari setahun<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Wakil JPKK Batu Arang, Cecilia, telah membangkitkan\u00a0isu pekerja kawalan keselamatan yang bekerja 7 hari seminggu, 30 hari sebulan tanpa cuti rehat. Ini adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh negara. Mengapa pihak KPM mahupun KSM tidak memberi sebarang garisp\u00a0anduan kepada kontraktor-kontraktor untuk menepati cuti rehat?\u00a0Ini adalah sesuatu yang wajib diperuntukkan mengikut\u00a0Akta Kerja 1955,\u00a0tetapi semua pihak membiarkan kontraktor untuk terus melanggar perkara\u00a0ini dengan selesanya.<\/p>\n<p>Munir\u00a0selaku wakil JPKK Negeri Sembilan berkata\u00a0bahawa\u00a0gaji yang dibayar oleh kontraktor-kontraktor juga adalah berbeza. Adakah KPM mempunyai standard yang berbeza dalam memberi kontrak? Pihak KPM berkata bukan sebegitu, malah pihak JTKSM\u00a0turut menjawab\u00a0bahawa\u00a0ini hanya perlu ikut pengiraan gaji minimum. Timbalan Ketua Setiausaha KPM berkata\u00a0bahawa pihak KPM\u00a0akan cuba memperbaiki keadaan ini.<\/p>\n<h3><strong><b>Hapuskan\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>sistem kontrak<\/b><\/strong><\/h3>\n<p>Kebanyakan tuntutan JPKK yang dikemukakan semasa pwrjumpaan dengan Menteri Pendidikan pada Mac 2019, berjaya dicapai\u00a0dalam\u00a0mesyuarat susulan ini. Namun, JPKK berpendirian bahawa harus terus berjuang untuk membawa perubahan dalam isu-isu asas seperti sambungan perkhidmatan.<\/p>\n<p>Sentimen tersebut turut dilihat apabila Thina\u00a0selaku wakil JPKK Negeri Sembilan dengan suara lantang meminta pada pihak KPM supaya jangan mencuci tangan. Beliau berkata bahawa semua penindasan yang berlaku kepada pekerja kontrak di premis sekolah adalah kerana sistem kontrak yang diamalkan oleh Kerajaan. Penyelesaian untuk semua masalah adalah menghapuskan sistem kontrak. Adakah KPM komited untuk berbuat demikian?\u00a0Pegawai Khas Menteri\u00a0Pendidikan, Puan Shaza,\u00a0berkata bahawa KPM tidak cuci tangan dan memang sedang berusaha untuk menyelesaiakan masalah ini dengan kekangan kewangan yang terhad.<\/p>\n<p>Bagi pihak JPKK dan PSM, selagi wujudnya\u00a0sistem kontrak, selagi itu akan terus wujudnya orang tengah yang akan mengambil sebahagian wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat B20.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, JPKK mengucapkan terima\u00a0kasih kepada pihak KPM atas usaha ini dan juga memanggil pelbagai agensi lain untuk turut serta dalam mesyuarat ini. Namun,\u00a0kakitangan yang hadir mesyauarat ini tidak boleh melakukan banyak perkara jika tiada\u00a0pembaharuan dasar di peringkat atasan. JPKK berharap\u00a0bahawa ibu kepada segala permasalahan, iaitu sistem kontrak yang diwujudkan\u00a0untuk membela kroni politik, dapat ditangani sepenuhnya. Kerajaan sekarang ini harus mengembalikan dasar yang pernah diamalkan sebelum tahun 1980-an, di mana gaji untuk pekerja di sekolah dibayar terus kepada pekerja melalui sekolah.\u00a0Ini dapat menjimat wang selain daripada memberi jaminan pekerjaan kepada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang berkhidmat di sekolah-sekolah seluruh negara.<\/p>\n<p>==========<\/p>\n<p><em><i>M. Sivaranjani<\/i><\/em><em><i>ialah Setiausaha\u00a0<\/i><\/em><em><i>Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)<\/i><\/em><em><i>yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).<\/i><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mesyuarat antara\u00a0Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)\u00a0dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan nada serius apabila semua talefon\u00a0bimbit telah dilarang untuk dibawa masuk\u00a0ke\u00a0dalam\u00a0bilik\u00a0mesyuarat. Setelah wakil JPKK mengadu, dua telefon\u00a0dibenarkan\u00a0untuk\u00a0dibawa masuk. Selain itu, semua beg diperiksa oleh pihak keselamatan. Walaupun wujudnya\u00a0ketegangan di\u00a0luar bilik mesyuarat, namun ia tidak berpanjangan apabila Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan, Dato\u2019\u00a0Azizan\u00a0bin Mohamad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":6668,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[],"class_list":["post-6667","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6667\/"}],"collection":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/"}],"about":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post\/"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13\/"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments\/?post=6667"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6667\/revisions\/"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6668\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/?parent=6667"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories\/?post=6667"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags\/?post=6667"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}