{"id":6790,"date":"2020-03-27T13:37:03","date_gmt":"2020-03-27T05:37:03","guid":{"rendered":"https:\/\/partisosialis.org\/?p=6790"},"modified":"2020-03-27T13:37:03","modified_gmt":"2020-03-27T05:37:03","slug":"mengapa-bilangan-kes-baru-covid-19-masih-meningkat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/mengapa-bilangan-kes-baru-covid-19-masih-meningkat\/","title":{"rendered":"Mengapa bilangan kes baru COVID-19 masih meningkat?"},"content":{"rendered":"<p><strong><b>oleh Dr. Jeyakumar Devaraj<\/b><\/strong><\/p>\n<p>Rakyat Malaysia dikejutkan pada 23 Mac 2020\u00a0dengan berita bahawa bilangan kes baru COVID-19 di Malaysia telah bertambah\u00a0seramai\u00a0212 orang pesakit. Ini telah membawa kepada jumlah kes keseluruhannya 1518 orang\u00a0pada 23 Mac 2020.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklum bahawa 212 kes baru telah dikenalpasti dalam dua puluh jam yang tamat pada 12 tengah hari 23 Mac 2020. Jadual di bawah merumuskan bilangan kes baru yang didiagnosis di Malaysia setiap hari sejak 14 Mac 2020.<\/p>\n<p><strong><b>Series 1: Bilangan kes baru\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>C<\/b><\/strong><strong><b>OVID<\/b><\/strong><strong><b>\u2013<\/b><\/strong><strong><b>19\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>d<\/b><\/strong><strong><b>i Malaysia<\/b><\/strong><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\" size-full wp-image-4653 aligncenter\" src=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png?w=712\" sizes=\"(max-width: 535px) 100vw, 535px\" srcset=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png 535w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png?w=150 150w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png?w=300 300w\" alt=\"20200325 - series1\" data-attachment-id=\"4653\" data-permalink=\"https:\/\/sosialis.net\/2020\/03\/25\/mengapa-bilangan-kes-baru-covid-19-masih-meningkat\/20200325-series1\/\" data-orig-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png\" data-orig-size=\"535,284\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"20200325 \u2013 series1\" data-image-description=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png?w=300\" data-large-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-series1.png?w=535\" \/><\/p>\n<h2><strong><b>Adakah strategi Perintah Kawalan Pergerakan kurang tepat?<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0<\/b><\/strong><\/h2>\n<p>Bilangan kes keseluruhan pesakit COVID-19 adalah 238 orang pada 14 Mac 2020. Ianya telah naik secara mendadak kepada 1518 kes dalam tempoh 8 hari. Ada orang awam yang menyoal mengapa begitu banyak kes baru COVID-19 masih berlaku walhal negara kita telah mula melaksanakan\u00a0<strong><b>Perintah Kawalan Pergerakan\u00a0<\/b><\/strong>sejak 18\u00a0Mac 2020.<\/p>\n<p>Jawapannya adalah,\u00a0<strong><b>Perintah Kawalan Pergerakan\u00a0<\/b><\/strong>hanya akan mengurangkan\u00a0<strong><em><b><i>jangkitan baru<\/i><\/b><\/em><\/strong>\u00a0selepas tarikh dikuatkuasakan secara berkesan (iaitu 18 Mac 2020). Namun,\u00a0oleh kerana tempoh inkubasi untuk COVID-19 adalah 3 hingga 12 hari, seorang yang dijangkiti hanya akan mula menunjukkan\u00a0gejala-gejala COVID-19\u00a0seperti demam, batuk dan sakit badan antara 3 hingga\u00a012 hari selepas dia dijangkiti virus itu (tempoh masa purata inkubasi adalah 6 hari). Jadi,\u00a0walaupun\u00a0<strong><b>Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)\u00a0<\/b><\/strong>telah\u00a0mula\u00a0dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, mereka yang sudahpun\u00a0dijangkiti virus sebelum tarikh tersebut\u00a0akan mengalami gejala penyakit COVID-19\u00a0selepas tarikh itu. Kita hanya boleh melihat pengurangan dalam kadar kes baru 6 hingga 10 hari selepas tarikh penguatkuasaan PKP,\u00a0iaitu antara 25\u00a0Mac 2020 hingga\u00a029\u00a0Mac 2020.<\/p>\n<h2><strong><b>Adakah kadar kematian akan menurun selepas 30<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0Mac\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>2020?<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0<\/b><\/strong><\/h2>\n<p>Kadar kemasukan kes ke Unit Jagaan Rapi (ICU)\u00a0dan kadar kematian tidak akan menurun serentak dengan penurunan kadar kes baru. Sebelum kita ke situ, saya ingin menerangkan bahawa bukan semua kes Covid-19 perlu rawatan ICU. Statistik daripada negera China menunjukkan bahawa 80% kes COVID-19\u00a0boleh dirawat di wad biasa dengan ubat batuk dan ubat tahan demam, dan mereka akan sembuh dalam jangka masa 2 minggu. 15% daripada semua kes COVID-19 mengalami\u00a0kesusahan dalam bernafas dan memerlukan rawatan oksigen yang boleh diberi melalui tiub\u00a0hidung di wad biasa. Hanya 5% pesakit akan mengalami kesesakan nafas teruk dan memerlukan rawatan di ICU. Jika 5% ini menerima rawatan\u00a0yang\u00a0sesuai, 4 daripada 5 orang antara mereka\u00a0ini\u00a0akan pulih. Hanya seorang antara setiap 5\u00a0orang\u00a0yang memerlukan rawatan ICU akan meninggal dunia walaupun rawatan yang sesuai diberikan padanya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\" size-full wp-image-4658 aligncenter\" src=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=712\" sizes=\"(max-width: 712px) 100vw, 712px\" srcset=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=712 712w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=150 150w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=300 300w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=768 768w, https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png 974w\" alt=\"20200325 - timeline\" data-attachment-id=\"4658\" data-permalink=\"https:\/\/sosialis.net\/2020\/03\/25\/mengapa-bilangan-kes-baru-covid-19-masih-meningkat\/20200325-timeline\/\" data-orig-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png\" data-orig-size=\"974,251\" data-comments-opened=\"1\" data-image-meta=\"{&quot;aperture&quot;:&quot;0&quot;,&quot;credit&quot;:&quot;&quot;,&quot;camera&quot;:&quot;&quot;,&quot;caption&quot;:&quot;&quot;,&quot;created_timestamp&quot;:&quot;0&quot;,&quot;copyright&quot;:&quot;&quot;,&quot;focal_length&quot;:&quot;0&quot;,&quot;iso&quot;:&quot;0&quot;,&quot;shutter_speed&quot;:&quot;0&quot;,&quot;title&quot;:&quot;&quot;,&quot;orientation&quot;:&quot;0&quot;}\" data-image-title=\"20200325 \u2013 timeline\" data-image-description=\"\" data-medium-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=300\" data-large-file=\"https:\/\/sosialisnet.files.wordpress.com\/2020\/03\/20200325-timeline-1.png?w=712\" \/><\/p>\n<p>Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana pengenalpastian kes COVID-19 biasanya berlaku 7 hari selepas pesakit itu dijangiti virus, dan kemasukan ke ICU pula berlaku sepuluh hari selepas diagnosis untuk 5% antara keseluruhan yang didiagnosis. Dan daripada itu, untuk 1% pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, secara puratanya mereka meninggal dunia 14 hari selepas kemasukan ke ICU.<\/p>\n<p>Jadi bilangan kemasukan kes ke ICU hanya akan berkurang mulai 10 hari selepas kemuncak bilangan kes baru COVID-19. Dan bilangan kematian setiap hari akan berkurang 24 hari selepas kemuncak kes baru COVID-19.<\/p>\n<h2><strong><b>Bolehkah Perintah Kawalan Pergerakan dapat ditamatkan pada 31<\/b><\/strong><strong><b>\u00a0Mac\u00a0<\/b><\/strong><strong><b>2020?<\/b><\/strong><\/h2>\n<p>Saya rasa tidak boleh.\u00a0<strong><b>Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)\u00a0<\/b><\/strong>dikuatkuasakan kerana sistem kesihatan negara kita tidak dapat mengawal dan mengurangkan penularan penyakit COVID-19\u00a0di kalangan rakyat pada takat itu. Apabila terlalu ramai orang dijangkiti pada tempoh masa yang sama, sistem kita tidak mampu mengenalpasti semua kontak dan kuarantin mereka dengan selamat. Jika kita dapat mengasingkan semua kes penyakit COVID-19\u00a0di dalam hospital, dan mengasingkan semua kontaknya, ia tidak membawa kepada\u00a0situasi seperti\u00a0yang\u00a0kita perhatikan\u00a0di negara Itali. Di Itali, bilangan kes baru adalah 3,000 sehari dan sistem kesihatan Itali tidak mampu memberi kesemua pesakit rawatan yang sepatutnya\u00a0diberi. Itulah sebabnya kadar kematian di Itali sudah mencapai\u00a09% daripada semua kes yang dikenalpasti. (Kadar kematian di China\u00a0di luar Wilayah\u00a0Hubei adalah hanya 1%.)<\/p>\n<p>Kerajaan kita telah mengambil keputusan yang bijak dalam mengumumkan PKP supaya kami dapat memasang tembok\u00a0pertahanan terhadap wabak COVID-19\u00a0ini. Pada saya, kita perlu mengurangkan kes baru di Malaysia ke bawah 50 sehari sebelum kita melepaskan tembok pertahanan\u00a0ini. Barulah\u00a0sistem kesihatan kita akan dapat mengasingkan kes-kes baru itu, dan juga mencari dan mengkuarantin semua kontak-kontak mereka. Matlamat kita\u00a0adalah untuk membawa bilangan jangkitan dalam negara\u00a0kita\u00a0ke angka sifar seperti telah dilakukan di wilayah\u00a0Hubei di negara China. Tetapi jika berjaya mencapai itu pun, kita perlu terus berjaga-jaga kerana wujudnya risiko tinggi kes-kes COVID-19\u00a0akan diimport semula\u00a0ke Malaysia oleh pelawat ataupun warga Malaysia yang melawat ke luar negara.<\/p>\n<p>Saya juga berpandangan bahawa\u00a0bilangan kes baru tidak akan turun kepada\u00a050 sehari pada 31\u00a0Mac 2020 dan tempoh PKP harus dilanjutkan untuk sekurang-kurangnya satu minggu lagi. Saya sedar bahawa PKP ini menyusahkan rakyat kerana ramai sudah menghadapi masalah kewangan untuk membeli keperluan harian. Tetapi jikalau kita menghentikan PKP terlalu cepat, wabak COVID-19\u00a0akan meletup semula dan ianya akan membawa masalah yang lebih besar kepada kita semua. Kerajaan harus menangani situasi kekangan wang dengan melaksanakan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)\u00a0secepat mungkin supaya sebahagian besar keluarga B40 mendapat sedikit wang untuk menguruskan keluarga mereka buat masa ini. \u00a0(Nota: Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pada 25 Mac 2020 bahawa PKP akan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020.)<\/p>\n<p>Tulisan saya sampai setakat ini dahulu. \u00a0Tolong mematuhi\u00a0<strong><b>Perintah Kawalan Pergerakan<\/b><\/strong>. Ianya dilaksanakan untuk kebaikan umum. Dan pada masa yang sama,\u00a0hulurkanlah bantuan kepada jiran-jiran yang menghadapi masalah dalam memperolehi makanan untuk keluarga. Cuba menganjurkan bantuan di peringkat komuniti saudara-saudari\u00a0masing-masing, tetapi jika tidak dapat memberi bantuan secukupnya,\u00a0hubungilah pihak kerajaan. Kita boleh mengatasi masalah wabak COVID-19\u00a0ini jika kita semua bekerjasama dan bertindak atas prinsip solidariti\u00a0sesama\u00a0manusia.<\/p>\n<p>==========<em><i>\u00a0<\/i><\/em><\/p>\n<p><em><i>Dr\u00a0<\/i><\/em><em><i>Jeyak<\/i><\/em><em><i>umar Devaraj<\/i><\/em><em><i>\u00a0ialah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM). Beliau juga merupakan seorang doktor pakar pernafasan dan anggota kepada Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK).<\/i><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Rakyat Malaysia dikejutkan pada 23 Mac 2020\u00a0dengan berita bahawa bilangan kes baru COVID-19 di Malaysia telah bertambah\u00a0seramai\u00a0212 orang pesakit. Ini telah membawa kepada jumlah kes keseluruhannya 1518 orang\u00a0pada 23 Mac 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklum bahawa 212 kes baru telah dikenalpasti dalam dua puluh jam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":6787,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[],"class_list":["post-6790","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6790\/"}],"collection":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/"}],"about":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post\/"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13\/"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments\/?post=6790"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6790\/revisions\/"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6787\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/?parent=6790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories\/?post=6790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags\/?post=6790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}