{"id":7483,"date":"2021-06-08T12:07:35","date_gmt":"2021-06-08T04:07:35","guid":{"rendered":"https:\/\/partisosialis.org\/?p=7483"},"modified":"2021-06-08T12:09:20","modified_gmt":"2021-06-08T04:09:20","slug":"petisyen-hentikan-operasi-penangkapan-warga-asing-tanpa-dokumen-fokus-kepada-matlamat-mengawal-penularan-wabak-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/petisyen-hentikan-operasi-penangkapan-warga-asing-tanpa-dokumen-fokus-kepada-matlamat-mengawal-penularan-wabak-covid-19\/","title":{"rendered":"HENTIKAN OPERASI PENANGKAPAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN, FOKUS KEPADA MATLAMAT MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19"},"content":{"rendered":"\n<p>Kenyataan akhbar oleh YB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 29\/5\/2021 dan 3\/6\/2021 telah mewujudkan persepsi di kalangan ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen (ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lingo kerajaan) pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.<br \/><br \/>Kami dari pelbagai organisasi yang menandatangani petisyen ini berpendapat bahawa pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan merumitkan lagi usaha melawan pandemik di kalangan rakyat Malaysia, kerana:<br \/><br \/>1. Operasi sebegini akan menakutkan kaum pekerja asing sama ada antara mereka yang berdokumen ataupun tidak berdokumen. Malahan, tindakan sedemikian akan menyebabkan mereka menjauhi mana-mana wakil pentadbiran kerajaan. Justeru, ini akan mengalahkan usaha kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia. Imuniti kelompok memerlukan penyuntikan vaksin bagi 80% penduduk Malaysia, termasuk komuniti warga asing. Kegagalan mencapai tahap vaksinasi 80% penduduk akan melewatkan pemulihan ekonomi negara dan melanjutkan penderitaan rakyat kita. <br \/><br \/>2. Ada kemungkinan besar bahawa penangkapan dan penahanan PATI pada masa ini akan menyebabkan kluster-kluster baru Covid 19 di pusat-pusat tahanan imigresen. Ini akan meningkatkan penularan wabak Covid 19 di kalangan PATI dan juga akan menjangkiti pegawai imigresen, anggota polis dan kakitangan mahkamah (yang terlibat dalam pengendalian reman) serta ahli-ahli keluarga mereka. Kebarangkalian ini boleh dan harus dielakkan.<br \/><br \/>3. Jabatan imigresen tiada kapasiti untuk menangkap dan menghantar balik 2 hingga 3 juta PATI yang berada di Malaysia. Menurut Suhakam, anggaran pada 1 Julai 2020 menunjukkan bahawa pusat-pusat tahanan imigresen yang hanya boleh menanggung 12,530 orang tahanan sahaja telah melebihi kemampuannya dengan dipenuhi seramai 15,163 orang tahanan. Selain itu, lebih daripada 95% orang PATI sedang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Bahkan, aktiviti ekonomi negara kita juga memerlukan perkhidmatan mereka.<br \/><br \/>Mungkin YB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin percaya ketegasan beliau dalam hal ini akan membantu dalam mengatasi masalah wabak Covid. Tetapi beliau harus mengingati bahawa setiap pelan tindakan yang diambil mestilah berasaskan analisa saintifik yang jelas, objektif dan munasabah. Pada masa ini pendekatan menangkap dan menahan PATI akan memudaratkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.<br \/><br \/>Kami amat berharap YAB akan membawa isu ini ke persidangan Majlis Keselamatan Negara supaya satu pendekatan yang lebih sesuai dan bersepadu dapat digubal bagi pengendalian warga asing tanpa dokumen semasa wabak Covid-19 merebak. Pada ketika ini, kita harus fokus kepada matlamat mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita. Matlamat-matlamat lain adalah sekunder dan harus ditangguhkan jika ia bercanggah dengan matlamat utama iaitu mengawal dan mengatasi penularan wabak Covid-19.<br \/><br \/>Terima kasih.<br \/><br \/>Yang benar,<br \/><br \/><br \/>Ditandatangani oleh:<br \/>Forum Kesihatan Rakyat (People\u2019s Health Forum)<br \/>Citizens\u2019 Health Initiative<br \/>Third World Network<br \/>Agora Society Malaysia<br \/>Health Equity Initiatives<br \/>Parti Sosialis Malaysia<br \/>Pertubuhan IKRAM Malaysia<br \/>Projek Wawasan Rakyat (POWR)<br \/>Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)<br \/>Aliran<br \/>Centre for Independent Journalism (CIJ)<br \/>Pusat Komas<br \/>Sahabat Alam Malaysia<br \/>Family Frontiers<br \/>Tindak Malaysia<br \/>IMAN Research<br \/>Jaringan kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia<br \/>North South Initiative<br \/>PERTUBUHAN JARINGAN ORANG ASLI JOHOR (JPOAJ)<br \/>Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)<br \/>Consumers Association of Penang (CAP)<br \/>Geutanyoe Foundation<br \/>ALTSEAN-Burma<br \/>Islamic Renaissance Front<br \/>Our Journey<br \/>Malaysia Hindu Sangam<br \/>NESA<br \/>Persatuan Kebajikan Komuniti Dan Dialog<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"Kenyataan akhbar oleh YB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 29\/5\/2021 dan 3\/6\/2021 telah mewujudkan persepsi di kalangan ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen (ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lingo kerajaan) pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.Kami dari pelbagai organisasi [...]","protected":false},"author":10,"featured_media":7484,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[],"class_list":["post-7483","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7483\/"}],"collection":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/"}],"about":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post\/"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10\/"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments\/?post=7483"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7483\/revisions\/"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7484\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/?parent=7483"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories\/?post=7483"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags\/?post=7483"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}