{"id":8570,"date":"2022-05-23T15:40:06","date_gmt":"2022-05-23T07:40:06","guid":{"rendered":"https:\/\/partisosialis.org\/?p=8570"},"modified":"2022-05-23T15:51:02","modified_gmt":"2022-05-23T07:51:02","slug":"kempen-pemulihan-nasional-peka-nasib-kami-rakyat-minta-lima","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/kempen-pemulihan-nasional-peka-nasib-kami-rakyat-minta-lima\/","title":{"rendered":"KEMPEN PEMULIHAN NASIONAL &#8211; Peka Nasib Kami! Rakyat Minta Lima!"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Media<br \/>\n22hb Mei 2022<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kelemahan struktur pentadbiran Malaysia telah didedahkan pada tahun 2020 apabila pandemik COVID-19 menyerang dan memberikan tamparan yang terdahsyat sejak merdeka kepada sosioekonomi dan politik negara. Sistem ekonomi neoliberal yang dianuti sejak lebih 40 tahun lalu oleh kedua-dua blok pemerintahan, gagal melindungi kebajikan rakyat terbanyak apabila sebuah pandemik sebegini menyerang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pemerintahan ala kapitalisme yang pro-korporat, telah melemahkan asas jaringan perlindungan sosial rakyat dan mendedahkan mereka kepada pelbagai tekanan sosioekonomi. Kegagalan tersebut perlu diatasi segera, agar kita dapat pulih dari pandemik dan sekaligus mengukuhkan asas jaringan perlindungan sosial supaya bersedia menangani cabaran pada masa akan datang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Apa yang kita pelajari dari era pandemik Covid<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selain daripada penderitaan harian yang dilalui rakyat, pandemik mengajar kita ;<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Rakyat termiskin B40 lah yang menerima kesan yang terdahsyat,\u00a0 walaupun krisis pandemik seperti COVID-19 tidak mengenal kaya mahupun miskin.\u00a0 Pengalaman menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah, perumahan, jaminan kerja dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan daya tahan sesebuah keluarga apabila krisis menyerang.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pekerjaan dan sumber rezeki kita yang dahulu dianggap berkekalan boleh hilang sekelip mata. Tanpa jaringan perlindungan sosial yang baik, kita akan terus terhumban dalam kemiskinan. Ramai keluarga M40 kini ditolak ke situasi B40 juga apabila mereka diberhentikan kerja atau hilang punca pendapatan dengan mengejut.\u00a0\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun industri swasta dan korporat diagung-agungkan sebagai entiti yang paling penting memacu pembangunan negara selama ini, apabila negara diserang krisis,\u00a0 pihak yang berjaya mendukung rakyat dalam pandemik adalah perkhidmatan hospital kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Perkembangan sektor hospital swasta dan pembangunan pelancongan kesihatan gagal memberikan sumbangan yang signifikan kepada rawatan pesakit COVID-19.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sektor ekonomi bekalan kemudahan asas terbukti menjadi (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">essential)<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> amat penting kepada rakyat pada masa krisis. Peniaga kecil, petani, pekerja penyelenggaraan, pembersihan, pemungut sampah, pemandu lori, penghantaran barangan, merekalah yang memainkan peranan paling penting. Jika petani tempatan diabaikan dan produk pertanian import tergendala, maka bekalan makanan kepada rakyat akan terputus.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Langkah pencegahan sesebuah jangkitan seperti COVID-19, hanya boleh dilaksanakan jika kita mempunyai rumah yang memadai dan persekitaran yang baik. Perlaksanaan kuarantin dan penjarakan sosial sukar dilaksanakan oleh golongan marhaen yang tinggal dalam sebuah rumah PPR berkeluasan 650 kaki persegi sahaja.\u00a0 Jauh berbeza dengan keluarga yang duduk dalam banglo mewah di Damansara. Maka perumahan selesa penting bagi rakyat yang dilanda krisis.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika rakyat tiada daya tahan untuk melawan krisis kesihatan COVID-19, bagaimana pula rakyat akan menghadapi krisis iklim yang impaknya berlipat kali ganda lebih teruk? Maka, isu pembalakan tanpa kawalan, pencemaran sungai, perlombongan mineral perlu ditangani dengan segera.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Selaras dengan pengajaran penting itu, maka PSM melancarkan sebuah\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Kempen\u00a0 Pemulihan Nasional , <\/b><b><i>Peka Nasib Kami, Rakyat Minta Lima<\/i><\/b><b> !<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kempen Pemulihan Nasional ini berasaskan kepada 5 TERAS Utama iaitu ;<\/span><\/p>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>TERAS\u00a0 1\u00a0 &#8211; MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN SOSIAL\u00a0<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>TERAS\u00a0 2 &#8211;\u00a0 SKIM JAMINAN KERJA<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>TERAS\u00a0 3 &#8211;\u00a0 PERUMAHAN HAK RAKYAT<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>TERAS\u00a0 4 &#8211;\u00a0 TINGKATKAN KHIDMAT KESIHATAN AWAM<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>TERAS\u00a0 5 \u2013 TANGANI\u00a0 KRISIS IKLIM SEGERA<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ringkasan setiap Teras adalah seperti berikut ;\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><strong>Memperkasakan Perlindungan Sosial<\/strong><\/h2>\n<ul>\n<li>Skim jaminan pendapatan asas (RM1,000 sebulan kepada mereka yang hilang punca pendapatan dan juga mereka yang tidak mendapat faedah daripada skim perlindungan sosial yang sedia ada)<\/li>\n<li>Hapuskan penyumberan luar perkhidmatan kerajaan \u2013 hapuskan sistem kontrak untuk kerja tetap<\/li>\n<li>Pinda undang-undang buruh dan PERKESO untuk perlindungan pekerja ekonomi Gig<\/li>\n<li>Reformasi Skim Insurans Pekerjaan agar semua pekerja mendapat manfaat tanpa syarat yang membebankan<\/li>\n<li>Pencen bulanan untuk warga emas<\/li>\n<li>Jawatankuasa khas COVID-19 di tempat kerja (yang terdiri daripada wakil pekerja dan wakil majikan) untuk memantau secara ketat pematuhan tatacara pengendalian piawai (SOP) pencegahan wabak.<\/li>\n<\/ul>\n<h2><strong>Skim Jaminan Kerja<\/strong><\/h2>\n<ul>\n<li>Penjanaan pekerjaan hijau (peralihan daripada tenaga fosil ke tenaga hijau)<\/li>\n<li>Penambahan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian yang mengeluarkan makanan<\/li>\n<li>Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur kesihatan<\/li>\n<li>Pemulihan infrastruktur dan warisan negara<\/li>\n<li>Kajian perubatan dan farmakologi<\/li>\n<li>Penambahan pekerja sosial<\/li>\n<li>Pekerjaan dalam sektor pengasuhan kanak-kanak dan pendidikan awal<\/li>\n<li>Sosialisasikan kerja rumah<\/li>\n<li>Pengubahsuaian waktu kerja<\/li>\n<li>Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan dalam penjanaan kerja<\/li>\n<li>Tubuhkan agensi pemantauan pelaksanaan skim ini<\/li>\n<li>Gubal Akta Anti-Diskriminisasi Pekerja<\/li>\n<\/ul>\n<h2><strong>Perumahan Hak Rakyat<\/strong><\/h2>\n<ul>\n<li>Bina rumah sewa PPR yang mencukupi untuk golongan B20<\/li>\n<li>Keluarkan perumahan rakyat dari pasaran<\/li>\n<li>Hentikan pengusiran paksa \u2013 tawarkan rumah dan lot ganti<\/li>\n<li>Tubuh sebuah amanah (tanpa motif untung) untuk bina perumahan rakyat<\/li>\n<li>Kerajaan ambil alih penyelengaraan rumah pangsa kos rendah<\/li>\n<\/ul>\n<h2><strong>Tingkatkan Khidmat Kesihatan Awam<\/strong><\/h2>\n<ul>\n<li>Perkasakan khidmat kesihatan awam<\/li>\n<li>Libatkan doktor pengamal am (GP) dalam pengendalian penyakit kronik<\/li>\n<li>Gunakan levi untuk bayar kos perubatan migran<\/li>\n<li>Peralatan pembedahan dibiayai oleh kerajaan<\/li>\n<li>Bendung penghijrahan doktor pakar dari hospital awam ke hospital swasta<\/li>\n<li>Tubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan yang khas untuk kakitangan kesihatan<\/li>\n<li>Tambahkan peruntukan bajet kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 6 billion setiap tahun untuk 5 tahun akan datang<\/li>\n<li>Perkhidmatan kesihatan berkualiti yang disubsidi oleh kerajaan sebagai \u201cupah sosial\u201d kepada rakyat<\/li>\n<\/ul>\n<h2><strong>Tangani Krisis Iklim Segera<\/strong><\/h2>\n<ul>\n<li>Penggunaan 100% tenaga boleh baharu sebelum tahun 2035<\/li>\n<li>Kawal pencemaran daripada industri petroleum<\/li>\n<li>Tingkatkan pengangkutan awam<\/li>\n<li>Moratorium kekal terhadap pembalakan dan perlombongan di hutan primer<\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Maka, Parti Sosialis Malaysia pada hari ini, melancarkan suatu Kempen Pemulihan Nasional secara serentak di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur , Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada 22hb. Mei, 2022.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">PSM akan menjelajah keseluruh negara membawa mesej kempen ini dengan tujuan mengembeling sokongan dan fokus perjuangan rakyat kearah isu-isu asas kehidupan dan bukan isu-isu perkauman yang sering memecahbelahkan rakyat. Diantara aksi \u2013aksi yang akan dijalankan ialah;\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Konvoi dari bandar ke bandar\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Penyebaran maklumat kepada umum.\u00a0\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mengembeling sokongan &#8211; Pengendosan 5 Teras oleh penduduk kawasan perjuangan<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Banner dilokasi awam\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ceramah kelompok\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Lawatan ke kawasan perjuangan\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Perjumpaan dan pengendosan dengan NGO lokal\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Nantikan pemberitahuan jelajah Kempen Pemulihan Nasional Rakyat Minta Lima nanti.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">Sila baca dokumen lengkap dipautan :\u00a0<\/span><\/i><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/event\/pemulihan-nasional\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/partisosialis.org\/ms\/event\/pemulihan-nasional\/<\/span><\/a><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk maklumat lanjut sila hubungi:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b><i>Sivarajan A,<\/i><\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia<br \/>\npusat@partisosialis.org<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Media 22hb Mei 2022 Kelemahan struktur pentadbiran Malaysia telah didedahkan pada tahun 2020 apabila pandemik COVID-19 menyerang dan memberikan tamparan yang terdahsyat sejak merdeka kepada sosioekonomi dan politik negara. Sistem ekonomi neoliberal yang dianuti sejak lebih 40 tahun lalu oleh kedua-dua blok pemerintahan, gagal melindungi kebajikan rakyat terbanyak apabila sebuah pandemik sebegini menyerang. Pemerintahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10,"featured_media":8554,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[],"class_list":["post-8570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570\/"}],"collection":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/"}],"about":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post\/"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10\/"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments\/?post=8570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570\/revisions\/"}],"predecessor-version":[{"id":8572,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570\/revisions\/8572\/"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8554\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/?parent=8570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories\/?post=8570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags\/?post=8570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}