{"id":9147,"date":"2023-12-19T17:49:37","date_gmt":"2023-12-19T09:49:37","guid":{"rendered":"https:\/\/partisosialis.org\/?p=9147"},"modified":"2023-12-19T18:26:00","modified_gmt":"2023-12-19T10:26:00","slug":"situasi-pekebun-sayur-di-hulu-kinta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/situasi-pekebun-sayur-di-hulu-kinta\/","title":{"rendered":"Situasi pekebun sayur di Hulu Kinta"},"content":{"rendered":"\n<p>Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan oleh&nbsp;<a href=\"https:\/\/partisosialis.org\/\"><u>Parti Sosialis Malaysia (PSM)<\/u><\/a>&nbsp;bersama dengan petani-petani dari Hulu Kinta, Perak, pada 11 Disember 2023, kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>oleh Dr. Jeyakumar Devaraj<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Memorandum&nbsp;ini adalah untuk menyatakan bagaimana sebuah&nbsp;kawasan utama yang menghasilkan bahan-bahan makanan untuk rakyat Malaysia telah dan sedang dimusnahkan&nbsp;oleh tindakan&nbsp;Kerajaan&nbsp;Negeri Perak yang tidak arif terhadap kepentingannya keterjaminan makanan dalam memperkukuhkan keselamatan negara. Pada masa&nbsp;ini, 98% kawasan tanah pertanian di Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak,&nbsp;yang ditanam sayur-sayuran telah diluluskan untuk \u201cpembangunan\u201d&nbsp;pada tahun 2010. Sampai takat ini lebih 13%&nbsp;daripada kawasan Kanthan&nbsp;\u2013&nbsp;Kuala Kuang&nbsp;\u2013Tanah Hitam \u2013 Changkat Kinding yang digunakan&nbsp;untuk menanam sayur telah dimusnahkan&nbsp;untuk mewujudkan taman-taman perumahan ataupun projek perindustrian&nbsp;sejak&nbsp;tahun 2010.&nbsp;Jika proses pengusiran pekebun kecil tidak dihentikan, sebuah&nbsp;kawasan yang sedang membekalkan lebih kurang 80 tan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan air tawar setiap hari akan dimusnah habis dalam 15 tahun yang akan datang. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Sejarah&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>etani&nbsp;<\/strong><strong>s<\/strong><strong>ayur-<\/strong><strong>s<\/strong><strong>ayuran<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Perkembangan ekonomi zaman penjajah telah membawa masuk beribu-ribu orang pekerja dari negara China, India dan Indonesia untuk bekerja di lombong-lombong, ladang-ladang&nbsp;dan projek-projek membangunkan sistem kereta api dan jalan-jalan antara bandar, dan sebagainya. Kehadiran ramai orang pekerja telah menjana pemintaan untuk makanan dan beribu-ribu orang pekebun kecil telah membuka tanah di sekitar bandar-bandar yang wujud pada masa itu. Ubi kayu merupakan jenis tanaman yang utama pada masa itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1950-1951, pihak penjajah telah mengumpulkan semua pekebun-pekebun kecil ke dalam 540 buah kampung baru untuk mengurangkan bekalan makanan kepada tentera komunis. Di kawasan Hulu Kinta, 4 buah kampung baru telah diwujudkan&nbsp;\u2013 Kanthan, Kuala Kuang, Tanah Hitam dan Changkat Kinding \u2013 dengan jumlah rumah sebanyak 3000 buah. Namun, pihak&nbsp;penjajah&nbsp;British telah mengizinkan petani-petani&nbsp;kecil ini untuk meneruskan dengan aktiviti pertanian kerana populasi Malaya memerlukan hasil penanaman mereka. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Petani-petani kecil ini juga dibiarkan untuk meneruskan aktiviti pertanian mereka selepas Merdeka. Walaupun ramai petani telah mencuba untuk memohon geran hak milik ataupun perjanjian pajakan bagi&nbsp;tanah yang diusahakan&nbsp;oleh mereka, biasanya mereka tidak dilayan oleh pihak pentadbir&nbsp;tanah. Pada masa yang sama, pihak pentadbir tanah tidak memanggil mereka untuk mengosongkan tanah yang diusahakan&nbsp;oleh mereka, kerana pada masa itu, tiada mana-mana pihak yang mahu menggunakan&nbsp;tanah tersebut dan tanah itu tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1973, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, telah melancarkan Rancangan&nbsp;Buku Hijau di mana beliau mengatakan bahawa pemilikan tanah tidak penting, selagi tanah itu digunakan untuk mengeluarkan makanan bagi&nbsp;rakyat kita. &nbsp;Pada pertengahan dekad 1980-an, Pejabat Tanah telah menjemput petani-petani&nbsp;kecil di kawasan Tanah Hitam dan Changkat Kinding untuk menyertai Projek Tanaman Persayuran Hulu Kinta. Ramai petani berminat dan menghadiri temuduga, tetapi skim ini tidak pernah dilancarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hujung dekad 2000-an, Kerajaan Negeri Perak telah menganugerahkan 3,355 ekar tanah di kawasan Kanthan-Kuala Kuang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Pada tahun 2011, pihak PKNP telah menawarkan pajakan 30 tahun kepada 132 orang petani yang bercucuk tanam di tanah seluas 1,200 ekar di kawasan itu. Hampir kesemua petani di kawasan Kanthan-Kuala Kuang berminat dan telah mengisikan borang dan menghadiri&nbsp;temuduga. Namun, tawaran ini tidak dilaksanakan. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi,&nbsp;hujah-hujah pihak yang menyalahkan petani kecil kerana menggunakan&nbsp;tanah kerajaan tanpa membayar cukai tanah ataupun sewa pajakan adalah tidak berasas. Situasi ini wujud kerana, sejak kemerdekaan negara&nbsp;kita, Kerajaan Negeri Perak enggan menjadikan petani kecil \u201csah di sisi undang-undang\u201d melalui pemberian geran ataupun memeteraikan pajakan tanah dengan mereka. Dasar Kerajaan Negeri Perak yang telah menyebabkan situasi di mana petani-petani&nbsp;kecil tidak didaftarkan&nbsp;dan diminta untuk membayar cukai\/sewa, bukannya&nbsp;kerana keengganan petani-petani&nbsp;kecil.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Perkembangan&nbsp;<\/strong><strong>s<\/strong><strong>ektor&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>embinaan&nbsp;<\/strong><strong>r<\/strong><strong>umah<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Pembangunan Ipoh sebagai sebuah&nbsp;bandar raya, dan dasar&nbsp;Kerajaan Negeri Perak untuk menganugerahkan hampir semua tanah kerajaan yang bukan diwartakan&nbsp;sebagai hutan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan (GLC seperti PKNP, SSI, MBInc dan PPPNP) telah mencetuskan permintaan untuk rumah yang dibina oleh pemaju. Pemaju-pemaju kaya telah mencari-cari tanah untuk membina rumah. Ada yang mengadakan usaha bersama dengan Kerajaan Negeri ataupun GLC tertentu. Ada juga yang membeli tanah yang diperlukan&nbsp;mereka&nbsp;daripada GLC.<\/p>\n\n\n\n<p>Di banyak kawasan di Perak, kawasan-kawasan&nbsp;persayuran telah menjadi mangsa proses ini, kerana walaupun kawasan-kawasan<sub>&nbsp;<\/sub>ini telah diusahakan oleh pekebun kecil sejak&nbsp;zaman&nbsp;sebelum Perang Dunia Kedua, hampir kesemua mereka tidak memegang geran tanah ataupun sijil pajakan untuk&nbsp;tanah&nbsp;berkenaan. Berdasarkan peta Google &nbsp;(yang telah merakam imej-imej tanah sejak tahun 2010), boleh dilihat bahawa daripada 4,627 ekar tanah diusahakan oleh pekebun kecil persayuran pada tahun 2010 di kawasan Kanthan \u2013 Kuala Kuang \u2013 Tanah Hitam \u2013 Changkat Kinding,&nbsp;tanah seluas 4,548 ekar, ataupun 98% keseluruhan kawasan pertanian sayur, telah&nbsp;pun dilupuskan kepada pihak pemaju ataupun PKNP. Daripada jumlah ini, dari tahun 2010 hingga ke 2023, 593 ekar tanah pertanian (ataupun 13% daripada keluasan keseluruhannya) telah dimusnahkan untuk projek-projek&nbsp;perumahan atau perindustrian. 180 orang petani lain yang mengusahakan 1,460 ekar tanah juga telah menerima notis pengusiran daripada PKNP ataupun pemaju tertentu.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>T<\/strong><strong>i<\/strong><strong>n<\/strong><strong>jauan&nbsp;<\/strong><strong>s<\/strong><strong>tatus&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>ertanian&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>ersayuran&nbsp;<\/strong><strong>d<\/strong><strong>i Tanah Hitam \u2013 Changkat Kinding<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Pihak kami telah menggunakan&nbsp;rekod peta satelit tahun 2010 untuk mengenal&nbsp;pasti kawasan-kawasan<sub>&nbsp;&nbsp;<\/sub>penanaman sayur yang wujud pada tahun 2010. Lokasi kawasan-kawasan terlibat ditunjukkan&nbsp;dalam Peta 1, dan dinomborkan&nbsp;\u201c1\u201d hingga \u201c12\u201d dan diwarnakan seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>hijau jika tiada rekod daripada carian kami bahawa tanah itu telah dilupuskan kepada pihak swasta ataupun kepada syarikat milikan kerajaan (GLC);<\/li>\n\n\n\n<li>kuning jika tanah telah dilupuskan tetapi pemaju belum mengeluarkan notis mengosongkan tanah kepada petani;<\/li>\n\n\n\n<li>oren, jika pemaju\/PKNP telah memulakan&nbsp;usaha-usaha untuk mengusir keluar petani;<\/li>\n\n\n\n<li>merah untuk kawasan di mana petani telah diusir dan kebun-kebun&nbsp;telah dimusnahkan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/sosialis.net\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/20231211-Map1b.jpeg?resize=694%2C468&amp;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-18937\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Peta 1: Status tanah pada tahun 2023 bagi kawasan-kawasan&nbsp;penanaman sayur yang wujud pada tahun 2010<\/strong><br><strong><br><\/strong>Kunci:<br>Kawasan 7, 8, 10 dan 11 \u2013 Petani telah diusir. Kebun-kebun telah dimusnahkan.<br>Kawasan 2 dan 4 \u2013 Kes Pengusiran sedang berlangsung di mahkamah.<br>Kawasan 3, 5, 6, 9 dan 12 \u2013 Tanah telah dilupuskan kepada Pemaju. Pemaju belum bertindak untuk mengusir petani.<br>Kawasan 1 \u2013 Tiada bukti pelupusan tanah.&nbsp;<strong>&nbsp;<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Butiran&nbsp;berkaitan 12 kawasan ini adalah disimpulkan dalam Jadual&nbsp;1.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jadual<\/strong><strong>&nbsp;<\/strong><strong>1<\/strong><strong>: Status&nbsp;<\/strong><strong>k<\/strong><strong>awasan&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>enanaman&nbsp;<\/strong><strong>s<\/strong><strong>ayur di Tanah Hitam \u2013 Changkat Kinding&nbsp;<\/strong><strong>dari tahun&nbsp;<\/strong><strong>2010 hingga 2023<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table><tbody><tr><td>Lokasi dalam Peta Dua<\/td><td>Anggaran Keluasan<\/td><td>Pemilikan<\/td><td>Status<\/td><\/tr><tr><td>1<\/td><td>&nbsp;76 ekar<\/td><td>&nbsp;Milikan Kerajaan<\/td><td>Masih diusahakan sebagai kebun sayur<\/td><\/tr><tr><td>2&nbsp;\u2013 Belakang&nbsp;Chemor<\/td><td>&nbsp;80 ekar<\/td><td>Dilupuskan kepada anak syarikat Liew Yin Yin Land pada tahun 2020<\/td><td>LYY telah menghadapkan 18 orang&nbsp;pekebun ke mahkamah<\/td><\/tr><tr><td>3<\/td><td>&nbsp;28 ekar<\/td><td>Telah dilupuskan kepada pemaju&nbsp;<\/td><td>Masih diusahakan sebagai kebun sayur<\/td><\/tr><tr><td>4<\/td><td>&nbsp;200 ekar<\/td><td>Dilupuskan kepada anak syarikat LBS Bina Holdings &nbsp;<\/td><td>27 orang&nbsp;petani telah diusir keluar. 9 orang&nbsp;dihadap ke mahkamah<\/td><\/tr><tr><td>5<\/td><td>&nbsp;45 ekar<\/td><td>Telah dilupuskan kepada&nbsp;Desacity Development Sdn Bhd &nbsp;<\/td><td>Masih diusahakan sebagai kebun sayur<\/td><\/tr><tr><td>6<\/td><td>&nbsp;163<\/td><td>Telah dilupuskan kepada&nbsp;PPPNP<\/td><td>Masih diusahakan sebagai kebun sayur<\/td><\/tr><tr><td>7<\/td><td>&nbsp;260 ekar<\/td><td>Telah dilupuskan kepada&nbsp;pemaju&nbsp;<\/td><td>Kebun telah dimusnahkan<\/td><\/tr><tr><td>8<\/td><td>&nbsp;110 ekar<\/td><td>Anak Syarikat LBS Bina Holdings&nbsp;<\/td><td>Taman perumahan telah dibangunkan<\/td><\/tr><tr><td>9<\/td><td>&nbsp;40 ekar<\/td><td>Telah dilupuskan kepada pemaju&nbsp;<\/td><td>Masih diusahakan sebagai kebun sayur<\/td><\/tr><tr><td>10&nbsp;\u2013 &nbsp;Taman Kinding Perdana<\/td><td>&nbsp;30 ekar&nbsp;<\/td><td>Telah dilupuskan pada tahun 2010<\/td><td>Taman perumahan telah dibangunkan&nbsp;<\/td><\/tr><tr><td>11&nbsp;\u2013 Opps Kurk Orchard<\/td><td>&nbsp;90 ekar<\/td><td>Dilupuskan kpd LBS Holding Sdn Bhd<\/td><td>Petani telah diusir selepas tahun 2017<\/td><\/tr><tr><td>12<\/td><td>&nbsp;56 ekar<\/td><td>Telah dilupuskan<\/td><td>Kebun masih ada tetapi pelan taman perumahan boleh dilihat dalam laman web Pejabat Tanah&nbsp;<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p>Adalah jelas&nbsp;bahawa daripada 1,180 ekar tanah yang ditanam sayur-sayuran, buah-buahan ataupun digunakan&nbsp;untuk menternak&nbsp;ikan pada tahun 2010, 490 ekar (ataupun 42%) telah dimusnahkan dalam jangka masa 13 tahun yang lalu (berwarna merah dalam Peta 2). 280 ekar (24%) sedang diancam oleh pengusiran pada masa ini (warna oren). Mereka telah dihadapkan ke mahkamah oleh pemaju. 332 ekar (28%) telah dilupuskan kepada pemaju tetapi usaha mengusir petani belum bermula (berwarna kuning). Nampaknya&nbsp;hanya 76 ekar ataupun 6% daripada keluasan asal pada tahun 2010 masih&nbsp;belum dilupuskan pada masa ini&nbsp;(diwarnakan hijau). Ini bermakna bahawa jika tindakan tegas tidak diambil, ada kemungkinan besar bahawa menjelang tahun 2030, 94% daripada kawasan pertanian sayur yang wujud di kawasan Chemor \u2013 Tanah Hitam \u2013 Changkat Kinding pada tahun 2010 akan dimusnahkan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Situasi&nbsp;<\/strong><strong>t<\/strong><strong>anah&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>ertanian&nbsp;<\/strong><strong>p<\/strong><strong>ersayuran Kanthan \u2013 Kuala Kuang<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Pada dekad 1990-an, sebidang&nbsp;tanah pertanian seluas kira-kira 350 ekar telah dipindah kegunaannya&nbsp;daripada kawasan pertanian kepada kawasan perindustrian dan dijualkan&nbsp;(kawasan ini ditanda \u201c1990-an\u201d dan diwarna merah dalam Peta 2). Petani di kawasan itu diusir keluar. Sehingga kini, 25 tahun selepas pengusiran petani, 135 ekar (ataupun 39%) daripada kawasan pertanian yang dimusnahkan pada dekad 1990-an, masih kosong ataupun ditanam dengan kelapa sawit. Ertinya, ramai pembeli tanah adalah golongan&nbsp;kaya yang berspekulasi dalam tanah. Mereka berhasrat untuk mengaut keuntungan&nbsp;daripada kenaikan harga tanah. Mereka tidak membeli tanah untuk membina kilang di tapak yang dibeli oleh mereka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/sosialis.net\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/20231211-Map2b.jpeg?resize=716%2C772&amp;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-18938\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Peta 2: Status tanah pada tahun 2023 bagi kawasan Kanthan \u2013 Kuala Kuang<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebuah&nbsp;kawasaan tanah lagi di Kanthan-Kuala Kuang yang seluas 3,355 ekar telah dianugerahkan kepada PKNP pada lebih kurang 18 tahun dahulu. (Menteri Besar Perak yang merupakan pihak yang melupuskan tanah juga memegang jawatan Pengerusi PKNP, pihak yang menerima tanah ini.) Kawasan ini diwarnakan&nbsp;kuning dan oren&nbsp;dalam Peta 2. Pada tahun 2012,&nbsp;PKNP telah menawarkan pajakan selama 30 tahun kepada 132 orang petani kecil yang mengusahakan kawasan tanah di dalam kawasan berukuran 1,200 ekar yang merupakan sebahagian daripada kawasan yang ditandakan oren&nbsp;dalam Peta B. Walaupun para petani berminat, menghadiri temuduga dan menyerahkan borang-borang kepada PKNP, PKNP tidak meneruskan dengan cadangan ini tetapi beralih kepada cadangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai sebuah&nbsp;kawasan perindustrian teknologi tinggi. Pada awalnya projek perindustrian ini digelar \u201c<em>High Tech Park<\/em>\u201d, tetapi sekarang ia dinamakan&nbsp;<em>\u201cSilver Valley High Tech Park<\/em>\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>132 orang petani di kawasan ini telah diberi notis peguam pada bulan Disember 2021 untuk mengosongkan tanah dalam jangka masa tujuh hari. Pada bulan April 2022, sebuah syarikat pemaju pembinaan&nbsp;rumah, KM Majubina Sdn Bhd, telah mengerahkan&nbsp;sekumpulan lelaki untuk memusnahkan kawasan tanah pertanian berukuran 48 ekar yang terletak di selatan bidang tanah yang dianugerahkan kepada PKNP, kononnya untuk mewujudkan projek perindustrian. Para petani telah menghalang usaha itu, dan telah mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pengusiran. Perkara ini masih dalam mahkamah di mana pemaju memohon Perintah 89&nbsp;di bawah Kaedah-kaedah&nbsp;Mahkamah 2012.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada bulan Mei 2022, pihak PKNP telah menawarkan tanah gantian di kawasan Kampung&nbsp;Kolam, yang terletak antara Kampung&nbsp;Baru Changkat Kinding dan Tanjung Rambutan. Beberapa orang petani telah dibawa&nbsp;untuk&nbsp;melawat kawasan yang ditawarkan. Masalahnya adalah, tanah itu berbukit-bukit&nbsp;dan tiada sumber air yang mencukupi untuk menanam sayur. Tanah&nbsp;sebegini lebih sesuai untuk penanaman dusun ataupun kelapa sawit.&nbsp;Ianya juga akan memerlukan banyak modal untuk menyediakan teres dan sistem pengairan jika hendak membangunkannya&nbsp;sebagai sebuah kawasan pertanian dusun. Persatuan Petani Moden Chemor telah menghantar surat (dengan tangan) kepada PKNP dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)&nbsp;pada hujung bulan Mei 2022 berkaitan isu-isu ini, dan memohon sesi perbincangan, tetapi sampai sekarang sesi dialog belum diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2020,&nbsp;Banjaran Barat Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan&nbsp;rumah yang telah membeli 8 ekar tanah di Kuala Kuang daripada PKNP, telah menfailkan tindakan mahkamah untuk memohon Perintah 89 supaya&nbsp;mengusir petani.&nbsp;Para petani telah membantah tindakan ini dan pada 22&nbsp;November 2023,&nbsp;Hakim Mahkamah Tinggi&nbsp;Ipoh&nbsp;telah menolak permohonan pemaju kerana wujudnya bukti&nbsp;yang mencukupi&nbsp;bahawa petani-petani yang&nbsp;terlibat bukannya&nbsp;setinggan haram tetapi merupakan penghuni tanah itu sejak 80 tahun&nbsp;dahulu, dan mereka pernah dijanjikan&nbsp;tanah gantian oleh PKNP dan PTG.<\/p>\n\n\n\n<p>Adalah pelik bahawa PKNP sedang menjual bidang-bidang&nbsp;tanah kepada pemaju swasta untuk projek perumahan di sebuah&nbsp;kawasan yang diberikan&nbsp;kepadanya untuk membangunkan industri berteknologi tinggi. Adalah juga lebih pelik bahawa dalam&nbsp;kes KM Majubina, tanah seluas 48 ekar dijual kepada pemaju dengan harga RM5.8 juta. Jumlah ini jauh kurang berbanding&nbsp;harga pasarannya pada masa itu, iaitu RM15 juta. Perkara ini telah&nbsp;<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2022\/04\/21\/siasat-skandal-penyelewengan-tanah-kerajaan-perak-seruan-kepada-sprm\/\"><u>diadu<\/u><\/a>&nbsp;kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM)&nbsp;pada bulan April 2022 melalui&nbsp;<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2022\/04\/21\/siasat-skandal-penyelewengan-tanah-kerajaan-perak-seruan-kepada-sprm\/\"><u>memorandum<\/u><\/a>&nbsp;yang disampaikan dengan tangan, tetapi pihak petani tidak menerima sebarang maklum&nbsp;balas daripada pihak SPRM walaupun tiga surat peringatan telah dihantar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada bulan Oktober 2022,&nbsp;PKNP telah menggunakan notis di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara untuk mengusir 4&nbsp;orang petani keluar dari kawasan di utara&nbsp;tanah&nbsp;1,200 ekar ini. Pada 24&nbsp;Oktober 2023, pihak PKNP dan PTG telah menggunakan&nbsp;Notis 425 untuk&nbsp;<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2023\/10\/24\/4-orang-ditahan-kerana-pertahankan-tanah-pertanian-daripada-dimusnahkan\/\"><u>mengusir<\/u><\/a>&nbsp;6 orang petani keluar dari sebidang tanah berukuran 50 ekar di kawasan sebelah dengan menggunakan&nbsp;kekerasan. Seorang wanita&nbsp;<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2023\/10\/24\/aktivis-psm-dikasari-penguatkuasa-tanah-perak-di-kawasan-parlimen-pmx\/\"><u>tercedera<\/u><\/a>&nbsp;dan 4 orang ditahan polis. Para petani telah menfailkan&nbsp;permohonan&nbsp;semakan hakiman&nbsp;terhadap penggunaan Notis 425 terhadap petani dan telah&nbsp;<a href=\"https:\/\/sosialis.net\/2023\/10\/26\/petani-kanthan-dapat-perintah-mahkamah-untuk-halang-pengusiran-buat-sementara\/\"><u>memperolehi<\/u><\/a>&nbsp;satu perintah \u201cpenggantungan\u201d (yang diingkari oleh pihak PKNP).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 12&nbsp;Julai 2021, Kerajaan Negeri Perak telah menukar status guna&nbsp;tanah untuk satu kawasan sebesar 470 ekar dari pertanian kepada perindustrian walaupun dibantah oleh penduduk-penduduk&nbsp;taman yang tinggal di&nbsp;kawasan hilir Sungai&nbsp;Pari yang sedang mengalami banjir dari semasa ke semasa.&nbsp;Kawasan 470 ekar ini adalah terletak bersebelahan dengan kawasan 1,200 ekar tanah yang disebut&nbsp;tadi. Penjualan tanah ini secara dalam&nbsp;talian sudah bermula.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jadual<\/strong><strong>&nbsp;<\/strong><strong>2<\/strong><strong>: Status Tanah Kanthan \u2013 Kuala Kuang<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table><tbody><tr><td>Lokasi<\/td><td>Status<\/td><td>Keluasan<\/td><td>Bilangan Petani<\/td><\/tr><tr><td>Ditanda \u201cNotis 425\u201d dalam Peta 2<\/td><td>Petani telah diusir secara paksa<\/td><td>62 ekar<\/td><td>10 orang<\/td><\/tr><tr><td>Ditanda \u201c<em>Order 89<\/em>\u201d di Peta 2<\/td><td>Pemaju telah menfailkan kes untuk mengusir petani.<\/td><td>56 ekar<\/td><td>15 orang<\/td><\/tr><tr><td>Diwarnakan oren&nbsp;di Peta 2<\/td><td>Telah diberi surat peguam untuk pengosongan&nbsp;tanah<\/td><td>1,182 ekar<\/td><td>107 orang<\/td><\/tr><tr><td>Ditanda kuning<\/td><td>Guna&nbsp;tanah telah ditukar. Bidang-bidang tanah sedang dijual dalam&nbsp;talian<\/td><td>470 ekar<\/td><td>50 orang<\/td><\/tr><tr><td>Kami tidak pasti sempadan<\/td><td>PKNP berkata tanah ini telah dianugerahkan kepada mereka. Kami belum kenal pasti lokasi.<\/td><td>1,680 ekar<\/td><td>??<\/td><\/tr><tr><td>Ditanda \u201c1990an\u201d<\/td><td>Petani diusir keluar pada dekad 1990-an<\/td><td>350 ekar<\/td><td>80 orang<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p>Pada kami, cadangan \u201cPerindustrian Berteknologi Tinggi\u201d hanya satu alasan untuk membolehkan pihak pemerintah mencairkan aset tanah kerajaan dengan jualan tanah kepada pemaju perumahan dan juga peniaga yang berspekulasi dalam tanah. Masalahnya untuk rakyat dan negara adalah sebuah kawasan yang mengeluarkan 60 tan sayur-sayuran setiap hari akan dimusnahkan. Jika tidak dihentikan melalui tindakan tegas kerajaan, kesemua kebun-kebun&nbsp;persayuran di kawasan berukuran 3,355 ekar ini akan dimusnahkan&nbsp;sepenuhnya sebelum tahun 2040 oleh pihak yang tidak begitu bijak ataupun tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Status Projek<\/strong><strong>-projek<\/strong><strong>&nbsp;T<\/strong><strong>aman<\/strong><strong>&nbsp;Kekal Pengeluaran Makanan<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<p>Kerajaan Negeri Perak telah mewujudkan 6 buah kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)&nbsp;sejak tahun 2010. Butiranberkaitan lokasi dan keluasan projek-projek&nbsp;TKPM&nbsp;ini adalah disenaraikan dalam Jadual&nbsp;3.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jadual&nbsp;<\/strong><strong>3: Butir<\/strong><strong>an b<\/strong><strong>erkaitan&nbsp;<\/strong><strong>k<\/strong><strong>awasan<\/strong><strong>-kawasan<\/strong><strong>&nbsp;Ta<\/strong><strong>man<\/strong><strong>&nbsp;Kekal Pengeluaran Makanan<\/strong><strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table\"><table><tbody><tr><td>Kawasan<\/td><td>Dilancarkan<\/td><td>Keluasan (ha)<\/td><\/tr><tr><td>Sungkai<\/td><td>2001<\/td><td>420<\/td><\/tr><tr><td>Lekir<\/td><td>2001<\/td><td>149<\/td><\/tr><tr><td>Slim &nbsp;(Tanjung Malim)<\/td><td>2004<\/td><td>225<\/td><\/tr><tr><td>Gua Tempurung<\/td><td>&nbsp;2006<\/td><td>91<\/td><\/tr><tr><td>Parit (Titi Gantung)<\/td><td>&nbsp;2006<\/td><td>52<\/td><\/tr><tr><td>Bukit Sapi (Lenggong)<\/td><td>&nbsp;Belum<\/td><td>884 dicadangkan<\/td><\/tr><tr><td>&nbsp;<\/td><td>&nbsp;<\/td><td>937 ha &nbsp;+ &nbsp;884 ha<\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<p>Pihak kami, Gabungan Petani Perak, telah melawat ke&nbsp;tapak-tapak&nbsp;projek TKPM ini pada bulan September 2022. Penemuan kami adalah<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Lebih daripada 50% kawasan TKPM yang telah diancarkan&nbsp;(937 ha itu) tidak diusahakan. Terbiar sahja.<\/li>\n\n\n\n<li>Lebih daripada 50% kawasan yang diusahakan&nbsp;adalah ditanam kelapa sawit.<\/li>\n\n\n\n<li>Hanya 25% daripada kawasan TKPM ditanam sayur, dan ada banyak kawasan di mana sayur tidak begitu segar.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Ini bererti bahawa kawasan-kawasan<sub>&nbsp;<\/sub>TKPM bukan merupakan usaha yang boleh menggantikan&nbsp;kebun-kebun&nbsp;di kawasan Hulu Kinta sebagai pembekal sayur-sayuran untuk rakyat Malaysia. Mungkin kawasan yang dipilih tidak begitu sesuai untuk penanaman sayur. Ataupun ada kemungkinannya bahawa pengusaha yang diberi tanah di tapak projek<sub>&nbsp;<\/sub>TKPM tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan kebun-kebun&nbsp;sayur.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\"><strong>Permohonan Gabungan Petani Perak<\/strong><strong><\/strong><\/h2>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" type=\"1\">\n<li>Hentikan segala usaha mengusir keluar petani yang sedang mengusahakan kebun-kebun&nbsp;sayur di Hulu Kinta.<\/li>\n\n\n\n<li>Menubuhkan sebuah&nbsp;Suruhanjaya Di-Raja di peringkat negeri Perak untuk mengkaji sama&nbsp;ada keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk melupuskan hampir 94% tanah yang sedang mengeluarkan sayur di Hulu Kinta \u2013 sebuah&nbsp;kawasan seluas 4600 ekar, yang menghasilkan 80 tan sayur dan buah setiap hari \u2013 kepada pemaju, adalah keputusan yang bertanggungjawab.<\/li>\n\n\n\n<li>Jika keputusan itu diambil tanpa mengambil&nbsp;kira kepentingan negara untuk memelihara pengeluaran bahan-bahan&nbsp;makanan untuk rakyat kita, Kerajaan Persekutuan harus mencampur tangan dengan menyediakan dana untuk membolehkan Kerajaan Negeri Perak supaya mengambil balik tanah daripada pemaju (dengan menggunakan&nbsp;kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah) dan membayar pampasan yang sewajarnya kepada pemaju yang terlibat. &nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/li>\n\n\n\n<li>Tanah yang diambil balik harus diwartakan&nbsp;sebagai kawasan kekal pertanian sayur dan buah, dan diberi pajakan&nbsp;10-20 tahun kepada petani yang sedia ada di atas tanah itu dengan syarat mereka tidak boleh menanam kelapa sawit. Kumpulan pekebun ini mempunyai pengalaman\/kemahiran dalam perkara ini dan telah berjaya mengeluarkan bahan-bahan makanan untuk negara selama 80 tahun tanpa bantuan\/subsidi kerajaan. Mereka harus digalakkan untuk&nbsp;meneruskan aktiviti mereka.<\/li>\n\n\n\n<li>Mengubah&nbsp;suai Peraturan Tanah Negeri Perak untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam proses pelupusan tanah. Syor kami adalah sebuah&nbsp;Jemaah Khas yang dianggotai oleh beberapa individu yang dilantik oleh Sultan Perak atas nasihat Dewan Undangan Negeri,&nbsp;termasuk seorang ADUN pihak kerajaan, seorang ADUN daripada pihak pembangkang, seorang wakil daripada Kesatuan Petani Persayuran di Perak dan seorang wakil daripada NGO yang bertapak di Perak. Jemaah ini harus mempunyai kuasa untuk menghentikan sebarang pelupusan tanah kerajaan dan merujuknya kepada persidangan DUN untuk kelulusan selepas penjelasan oleh pihak pentadbir, jika Jemaah berpendapat bahawa&nbsp;pelupusan tersebut akan menjejaskan&nbsp;keterjaminan makanan negara.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p>Kami mahu Yang Berhormat&nbsp;Menteri Pertanian meneliti memorandum ini dan melawat ke kawasan Hulu Kinta untuk menyaksikan&nbsp;sendiri apa yang sedang dialami oleh para pengeluar makanan di kawasan&nbsp;Hulu Kinta. Kami sangat berharap Yang Berhormat akan, selepas melawat kawasan untuk mendapat tahu lebih mendalam, membawa isu ini ke Jemaah Menteri&nbsp;untuk mencari penyelesaian yang baik bagi&nbsp;negara kita. Kami sedar bahawa isu tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri. Tetapi keterjaminan makanan adalah sebahagian daripada keselamatan negara, dan Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Perkara 91 yang mewujudkan Majlis&nbsp;Tanah Negara di mana isu-isu seperti yang dihuraikan dalam memorandum ini boleh dibincangkan. &nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kami amat berharap bahawa Kerajaan Madani akan bersikap berani dan berprinsip, dan bertindak tegas untuk menangani satu perkara yang sangat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan anak&nbsp;cucu kita semua.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/i0.wp.com\/sosialis.net\/wp-content\/uploads\/2023\/12\/20231211-Kem04.jpeg?resize=883%2C627&amp;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-18945\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>==========<\/p>\n\n\n\n<p><em>Dr. Jeyakumar Devaraj ialah Pengerusi Nasional&nbsp;<\/em><a href=\"https:\/\/partisosialis.org\/\"><em><u><em>Parti Sosialis Malaysia (PSM)<\/em><\/u><\/em><\/a><em>.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada tahun 1973, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, telah melancarkan Rancangan\u00a0Buku Hijau di mana beliau mengatakan bahawa pemilikan tanah tidak penting, selagi tanah itu digunakan untuk mengeluarkan makanan bagi\u00a0rakyat kita.<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":9148,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[385,386,384],"class_list":["post-9147","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms","tag-hulu-kinta","tag-keterjaminan-makanan","tag-petani"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9147\/"}],"collection":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/"}],"about":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post\/"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12\/"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments\/?post=9147"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9147\/revisions\/"}],"predecessor-version":[{"id":9150,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9147\/revisions\/9150\/"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9148\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/?parent=9147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories\/?post=9147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/partisosialis.org\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags\/?post=9147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}