Rang Undang-Undang Pengurusan Strata

1 October 2012

Terima kasih Dato Speaker memberi saya peluang mengambil bahagian dalam debat terhadap Rang Undang-Undang Pengurusan Strata.

Saya telah meneliti buku ini malam tadi Yang Berhormat Menteri. Amat tebal dan mengandungi banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta strata, dan dapati ianya komprehensif dan juga konsisten. Saya ingin mengucap tahniah pada kakitangan Kementerian yang menyediakan rang undang ini.

Tetapi, malangnya Menteri, Rang Undang ini tidak akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rumah-rumah pangsa kos rendah. Saya telah membawa isu Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Pertama, Ipoh, sebelum ini. Management Corporationnya (Jawatankuasa Pengurusan) telah ditubuhkan oleh pemaju pada tahun 2000. Tetapi Jawatankuasa ini tidak dapat mengutip fi pengurusan dan telah menjadi bankrap dalam tempoh masa beberapa bulan sahja. Untuk 12 tahun yang lalu Rumah Pangsa Tmn Pertama tidak ada pengurusan langsung. Tiada ada pembersihan dan telah merosot.

Pada takat ini, bil air dan lektrik bertunggakan besar. Lampu-lampu di corridor dan di kawasan tangga tidak menyala untuk beberapa tahun. Cukai tanah tidak dibayar untuk 12 tahun, dan tunggakannya berjumlah lebih daripada RM 45 ribu! Kerosakan pada bumbung tidak dibaiki dan air hujan sedang masuk kedalam unit-unit tingkat teratas. Oleh itu, hampir semua unit di tingkat atas telah berpindah keluar. Wiring lektrik di kawasan umum seperti corridor dan tangga telah dicuri oleh penagih dadah.

Rumah pangsa seperti ini tidak dibantu oleh rang undang ini.

Rumah pangsa Tmn Pertama bukan kes terperinci. Ada berpuluh-puluh rumah pangsa kos rendah di Bandar-bandar kita yang menghadapi masalah yang sama, yang merupakan ghetto . .

YB Teo (Serdang) – mencelah dan menceritakan masalah di dua buah rumah pangsa di kawasan beliau di mana pemaju sekarang sedang meminta penghuni membayar tunggakan fi pengurusan sebanyak antara RM 2000 dan RM 8000 seorang. YB Teo menamatkan pencelaan beliau dengan bertanya bagaimana penghuni ini dapat dibantu.

Jeyakumar (SgSiput):  Malangnya YB Serdang, payah untuk kerajaan membantu mereka kerana kerangka undang-undang yang kita ada sekarang mewajibkan pemilik unit rumah pangsa menjaga pengurusan dan pembersihan mereka sendiri. Oleh itu pegawai-pegawai seperti COB – Commissioner of Buildings – menghadapi masalah untuk melibatkan diri secara langsung.

Kita memerlukan satu pendekatan yang baru. Kita perlu fikir di luar kotak yang sedia ada – we have to think out of the box. Pada saya syor yang dikemukakan oleh YB Rasah tadi untuk mengecualikan rumah-rumah pangsa kos rendah daripada rang undang-undang ini dan mempertanggungjawabkan satu badan baru di bawah Majlis Tempatan untuk mengendalikannya.

Kita juga harus ambil kira latar belakang penghuni rumah-rumah pangsa kos rendah ini. Ramai antara mereka merupakan peneroka Bandar yang diusir keluar daripada rumah-rumah mereka di kawasan-kawasan yang kita gelar setinggan di bawah program setingan sifar yang dilaksanakan oleh kerajaan BN beberapa tahun dahulu. Pada masa itu, mereka memiliki rumah-rumah tetapi tidak mempunyai geran tanah. Pada takat itu kita ada pilihan untuk menghalalkan mereka dengan memberi geran tanah pada mereka. Memang kemudahan asas berkurangan di kampong-kampung peneroka Bandar, tetapi tidak satu masalah yang besar sangat untuk membekalkan mereka jalan, longkang dan sebagainya.

Tetapi pendekatan yang diambil oleh kerajaan kita adalah untuk memaksa mereka keluar. Beri mereka notis Pejabat Tanah – jika tak keluar dalam 2 minggu, rumah anda akan diroboh, dan kamu akan didakwa dan didenda atau dipenjarakan .  Kita heret mereka kerumah-rumah pangsa yang kecil, yang sempit. Kita paksa mereka mengambil pinjaman bank yang amat sukar untuk mereka bayar balik, dan kita bertanggungjawabkan mereka dengan kerja-kerja menguruskanrumah pangsa mereka.

Tuan Speaker, jika kita negara seperti Hong Kong, atau Singapura atau Macau di mana mereka menghadapi kekurangan tanah, saya boleh menerima pendekatan memindahkan peneroka Bandar ke rumah-rumah pangsa. Tetapi ini Malaysia Tuan Speaker, dan pendekatan kita yang mengheret keluarga-keluarga miskin ini kesatu suasana yang sempit, yang sesak telah menjejaskan generasi muda di kumpulan ini. Kita sekarang mengadu terhadap masalah-masalah social seperti keciciran daripada sekolah, penaggih dan jenayah di Bandar-bandar kita. Inilah antara puncanya.

YB Zuraidah (Ampang): Beliau mencela dan kongsi bahawa kawasan beliau sendiri ada 700 rumah pangsa dan sebahagian besar daripada mereka menghadapi masalah pengurusan. Dia tanya apakah cara mengatasinya.

Jeyakumar : Kita kena tukar pendekatan kita. Satu agensi baru di bawah PBT harus dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan isu ini.Mungkin syor YB Rasah untuk pakai kaedah ini terhadap semua rumah pangsa dengan kos unit di bawah RM 150,000 boleh diterima. Tanggungjawab menguruskan rumah-rumah pangsa ini harus dipindahkan ke bahu kerajaan.

Pada masa yang sama, kerajaan pusat harus sedia menyuntikkan dana untuk memulihkan rumah-rumah pangsa ini. Kaedah mencuba mengutip dana daripada mereka sendiri tidak akan Berjaya! Suntikan wang ini tidak harus dipandang sebagai satu pembasiran.Mereka ini adalah rakyat kita. Kita perlu melabur untuk membina kapasiti mereka. We should invest in our future.

Kita memerlukan satu pendekatan yang baru Yang Berhormat Menteri. Saya harap Kerajaan akan ambilkira poin-poin ini.

Terima kasih.

Jeyakumar Devaraj

27hb Sept 2012