Pejuang Pekerja Ladang Dr Nasir, V Selvam dan Arulchelvan dihargai

Pejuang Pekerja Ladang Dr Nasir, V Selvam dan Arulchelvan dihargai

2 February 2013

Sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri membina bangunan asrama untuk menempatkan anak golongan berkenaan.

Bertempat di Ijok, bangunan dua blok, tiga tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi menjamin pembelajaran lebih selesa itu dijangka siap dibina sebelum hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM 5 juta melalui peruntukkan dari Geran Selangorku.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memaklumkan asrama terbabit menyediakan pelbagai kemudahan antaranya dewan makan, rumah warden, pejabat warden, bilik rekreasi, bilik sakit, perpustakaan dan makmal komputer yang berkeluasan lapan ekar.

Katanya, asrama itu akan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima.

Tambahnya, Pakatan Rakyat benar-benar berhasrat untuk menolong masyarakat ladang agar berjaya dalam bidang pelajaran dan bebas daripada masalah sosial dan kemiskinan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Selain daripada pelancaran asrama untuk anak pekerja ladang , para pejuang Pekerja Ladang , Sdr Dr Nasir Hashim , Sdr V Selvam dan juga Sdr Arul dari PSM turut diberikan penghargaan dalam majlis ini sebagai pejuang untuk perumahan pekerja sejak 30 tahun yang lalu . 

Dr. Nasir Hashim
ADUN Kota Damansara
No.A-12-1, Blok A , Bistari D'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota Damansara.
47810 Petaling Jaya . 
03-6142 1225