Ucapan Belanjawan 2015 - Tersepit Antara Dua Undang-undang

10 November 2014

Terima kasih Dato Pengerusi memberi peluang pada saya untuk berbahas Belanjawan Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin mengemukakan empat perkara.

 

Yang pertama adalah masalah pertindihan antara 2 sistem undang-undang yang menyusahkan keluarga di mana seorang dalam pasangan suami-isteri bertukar agama ke Islam.

 

Akta Membaharui Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Law Reform Act 1976) dalam seksyen 3(3) menyatakan bahawa Akta ini hanya untuk orang yang beragama bukan Islam. Oleh itu ada pihak yang mendakwa suami Hindu itu yang bertukar agama ke Islam tidak dapat pergi ke Mahkamah Sivil untuk mengendalikan penceraiannya.

 

Pada masa yang sama , Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan di bawah seksyen 46(2) bahawa Mahkamah Syariah boleh mengendalikan pembubaran perkahwinan yang diwujudkan di kerangka sivil. Ini bererti Mahkamah Syariah diberi kuasa di bawah seksyen 47 (1) (f) berkaitan penentuan penjagaan kanak-kanak (custody) pasangan itu.

 

Beberapa keluarga telah tersepit di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

 

Saya mahu Jakim dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri mengkaji balik situasi yang wujud sekarang. Bolehkah kita melaksanakan prinsip bahawa sesuatu perkahwinan harus dibubarkan di kerangka di mana ianya diwujudkan. Untuk melaksanakan ini, Akta Marriage Reform Act harus diubahsuaikan untuk membolehkan suami Hindu yang telah bertukar agama ke Islam diberi ruang untuk membawa masalah penceraiannya ke Mahkamah Sivil untuk diputuskan. Pada masa yang sama Akta Undang-Undang Keuarga Islam harus pindah untuk menutup ruang yang memberi sempatan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah.     

 

Isu kedua yang saya ingin membawa juga berkaitan JAKIM dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

 

Isu ini adalah Enakmen yang digubal di Negeri Selangor pada tahun 1988 untuk mencegah pengembangan Agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Saya faham Enakmen ini adalah berdasarkan pada peruntukan 11(4) di Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “State law may control or restrict the propagation of any religion among Muslims.”

 

Tetapi saya percaya perlaksanaan peruntukan 11(4) ini haruslah selaras dengan Fasa 11(1) Perlembagaan Persekutuan  yang menyatakan  “Every subject has the right to profess and practice his religion, and subject to clause 4, to propagate it”. Fasa 3(1) juga mengatakan “other religions may be practised in peace and harmony”.

 

Fasa 9 (c) dalam Enakmen Mencegah Pengembangan Ugama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam, Selangor menyatakan bahawa sesiapa yang memakai “mana-mana perkataan (termasuk Kalimah Allah) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang” melakukan satu kesalahan.

 

Saya mahu JAKIM dan Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri mengkaji samada Fasa 9 ini bercanggah dengan Fasal Perlembagaan 3(1) dan 11(1)? Pada saya Enakmen Selangor adalah keterlaluan dan ianya mencabuli hak masyarakat bukan Islam kerana mencampur tangan dalam urusan dalaman agama bukan Islam. Ikut Perlembagaan kita tiada sesiapa yang boleh mengarah agama bukan Islam cara mereka sembah pada tuhan di premis mereka dan di kalangan ahli-ahli mereka.

 

Isu ini telah menyebabkan salah fahaman dan ketegangan antara rakyat kita yang berbilang agama dan ada orang yang menyalahkan Pengarah JAIS. Pada saya ini bukan kesalahan Pengarah JAIS atau MAIS. Mereka pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang. Mereka bukan penggubal undang-undang ini. Mereka tidak boleh menafsirkan undang-undang dan buat keputusan undang-undang mana yang mereka harus melaksanakan. Punca masalah ini adalah Dewan Undangan Negeri dan kita kena balik ke legislature untuk menyelesaikan masalah ini.

Manusia boleh lakukan kesilapan dalam menggubal undang-undang. Itu boleh berlaku. Dan boleh dimaafkan. Tetapi kelambatan untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Ini yang susah untuk difaham. Dan ia timbul persepsi di kalangan beberapa orang bahawa ada pihak yang mahu masalah yang menimbulkan ketegangan antara kaum untuk dipanjangkan     

 

Isu ketiga yang saya ingin membawa adalah berkaitan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD. Isu muatan lori yang melebehi had. Ini berlaku kerana syarikat-syarikat lori sedang bersaing untk kontrak mengangkut barangan kilang. Persaingan ini membawa ke sebutharga yang sangat rendah dan oleh itu syarikat lori terpaksa melebehi had muatan untuk mendapatkan untung. Kadangkala muatan melebehi had sebanyak 2 kali ganda. Ini membawa pada kemalangan kerana lori yang terlalu berat sukar dikawal dan juga membawa pada kerosakan jalan raya.

 

Bolehkah SPAD mengkaji perkara ini. Bolehkah satu harga lantai diwujudkan supaya tawaran harga kontrak muatan tidak diturunkan ke paras yang terlalu rendah. Jika ini dapat ditentukan, masalah melebehi muatan mungkin dapat dikawal.

 

Isu terakhir saya ingin membawa adalah untuk Jabatan Perangkaan dan EPU, Unit Perancang Ekonomi. Isu garis kemiskinan. Minggu lalu kita diberitahu bahawa garis miskinan untuk Semenanjung Malaysia adalah RM 907 sebulan untuk sebuah keluarga. Ini langsung tidak realistic. Bolehkah sebuah keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 orang anak hidup dengan pendapatan RM 907 di Kuala Lumpur? Apakah kos sewa rumah? Apakah kos pengangkutan ke sekolah?

 

Apakah erti kemiskinan? Jika satu keluarga duduk di bawah jambatan tetapi ada cukup makanan adakah mereka bukan miskin?

 

Saya rasa satu keluarga yang tidak boleh membekalkan kemudahan asas untuk anak-anak mereka adalah miskin. Kemudahan seperti penginapan, persekolahan, yuran bas, fi kelas bimbingan dan sebagainya. Saya rasa sekurang-kurangnya ini memerlukan RM 2500 untuk satu keluarga di Kuala Lumpur.

 

Di Negara Eropah mereka menetapkan garis kemiskinan sebagai 60% pada pendapatan median. Jika kita pakai formula ini di Malaysia , pendapatan median kita adalah RM 4200 sebulan. 60% daripada ini adalah lebij kurang RM 2500.

 

Saya harap EPU akan mengkaji isu ini. Sekarang garis kemiskinan terlalu rendah dan oleh itu statistic rasmi kemiskinan kita begitu rendah. Hanya 1.6% Tetapi ianya bukan realistic.

 

Terima kasih Dato Pengerusi.      

 

Agama, Pengangkutan