Kenyataan Akhbar PSM : 19 MAC 2015 - OKZ12: Wira-wira yang tidak didendangkan !

19 March 2015

Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5000 ke atas 12 orang rakyat biasa yang terlibat dalam demo membantah perlantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009. 

12 orang yang juga dikenali sebagai OKZ12 (Orang Kena Zalim) sebenarnya menjalankan hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. OKZ12 bukanlah penjenayah tetapi tahanan politik yang berani menegakkan keadilan dan memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun mereka bukanlah orang-¬≠orang kenamaan yang dikenali ramai, mereka adalah wira¬≠-wira yang tidak didendangkan, berjiwa tinggi dan berkorban untuk perjuangan yang mulia ini. 

 Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka adalah satu kezaliman yang cuba mematahkan perjuangan rakyat tetapi PSM yakin bahawa kezaliman ini tidak akan menghentikan rakyat Malaysia dari perjuangan serta penentangan terhadap rejim yang zalim mesti diteruskan. 

PSM menyeru kepada rakyat untuk terus bersolidariti dengan keluarga tahanan dengan memberi sokongan moral dan dana. PSM tetap bersama mereka untuk memperjuangkan pembebasan mereka. PSM masih merasakan tidaklah lambat untuk Mahkamah Persekutuan membuat semakan kehakiman kes ini dan pihak kami juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara mengutarakan pandangan kami. 

 Dikeluarkan oleh,

 Soh Sook Hwa

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM

016-2290460

Pakatan Rakyat