Cerita Orang Muda Episod 21: Sosialisme politik masa depan malaysia?

Rakyat Times, 13 May 2015

Cerita Orang Muda hari ini akan 'membedah' ideologi dan pergerakan sosialisme di negara ini bersama pengasas Parti Sosialis Malaysia, Dr Jeyakumar Devaraj. Di samping mengulas beberapa topik yang dibincangkan dalam buku terbaru beliau 'An Alternative Vision for Malaysia', Dr Jeyakumar juga akan berkongsi pengalaman beliau berkecimpung dalam dunia politik di samping menjawab soalan-soalan umum berkenaan sosialisme seperti kaitannya dengan ideologi komunisme dan survival di Malaysia.