Kenyataan PSM - 10 Ogos 2015 - Menteri Besar Zambry Diminta Bertindak Adil dan Hargai Jasa dan Sumbangan Petani & Penternak

10 August 2015

HENTIKAN TUDUHAN TIDAK BERASAS   KE ATAS PSM
M.Sarasvathy –Timbalan Pengerusi PSM

Masalah pengusiran ratusan petani dan penternak di negeri Perak ini masih berlarutan   adalah disebabkan oleh   kegagalan pendekatan Kerajaan Negeri  yang tidak  serius  untuk menangani masalah ini dan ketiadaan polisi  yang mengutamakan  bagi menjamin   pertanian sara diri yang diwarisi turun temurun oleh petani tempatan  dan sumbangan  mereka dalam   pengeluaran tempatan dan bukannya  PSM

Baru-baru ini, kenyataan   Menteri Besar yang menuduh PSM ini telah  memperalatkan isu petani di negeri ini untuk kepentingan politik adalah satu pandangan  yang tidak bertanggungjawab,tidak professional  dan cuba menutup kelemahan Kerajaan Negeri semata-mata.

Sebenarnya ,para petani ini sebelum  merujuk masalah ini kepada PSM, mereka telah membawa kepada  pihak kerajaan. Di sebabkan tiada tindakan dan sebarang jawapan , maka mereka merujuk  kepada PSM untuk mencari jalan penyelesaian. PSM memandang serius masalah mereka ini  dan membantu menulis surat dan menyediakan memorandum kepada pihak kerajaan untuk bercampurtangan . Ada beberapa kawasan yang menghadapi tindakan mahkamah oleh Perbadanan Menteri Besar dan juga pihak syarikat swasta, PSM membantu untuk mencari peguam.

Yang peliknya, Perbadanan Menteri Besar yang  bertindak dibawah  nasihat Menteri Besar,  telah mengheretkan petani-petani Tronoh ini  ke mahkamah adalah satu tindakan yang  tidak adil. Seharusnya, anak syarikat Kerajaan Negeri ini, memakai  amalan  perundingan untuk mencari penyelesaian  dan bukannya  melalui tindakan mahkamah.

Pada masa yang sama ,sejak Oktober 2014, mereka sudah hantar  8 memorandum kepada Kerajaan Negeri,namun  tiada sebarang jawapan. Jelas ,Kerajaan Negeri tidak begitu serius dalam petani dan penternak  yang melibatkan kawasan seluas  10ribu ekar dari 24 kawasan dan kehidupan 900 petani .Maka para petani   membawa isu ini kepada Kementerian Pertanian dan juga kepada Perdana Menteri untuk bercampurtangan dengan bantuan PSM .  Sedangkan ,di Parlimen, Ahli Parlimen PSM Dr.Jeyakumar pernah berbincang  dengan bekas Menteri Pertanian Datuk Ismail Sabri dan beliau juga bersetuju untuk berjumpa 5 wakil petani perak ini. Walaupun beliau kini ditukarkan ,ke Kementerian lain,  usaha ini akan diteruskan dengan Menteri Pertanian Baru.

Mengapa Kerajaan Negeri tidak memberikan respon dan bertindak ke atas surat  pejabat Perdana Menteri yang ditujukan kepada Menteri Besar Perak ?.Sebab itu, mereka datang pada 5-8-2015 untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk berjumpa Menteri Besar,Tetapi,jawapan Menteri Besar,  tidak mahu berjumpa kumpulan petani ini adalah satu pendekatan yang  tidak wajar. Seorang Menteri Besar perlu membantu semua rakyat negeri ini  tanpa mengira faham politik , kaum dan kumpulan .

Nampaknya ,Menteri Besar Zambry juga tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni- Ahli Parlimen Tambun untuk mengekalkan kebun buah limau Ampang yang begitu unik dan tanah gantian lain diberikan kepada syarikat tuan tanah itu.

Petani Bukan Anti Pembangunan

Para petani, tidak membantah pembangunan  di bawah yang  oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan negeri ini.. Isunya timbul  apabila pembangunan yang dilaksanakan  adalah ,melibatkan kawasan pertanian mereka  yang diusahakan sejak berpuluh-puluh tahun ,tiada perbincangan dan tiada tanah gantian diberikan!

Pembangunan bukan sekadar mendirikan bangunan-bangunan tinggi dan pembinaan Bandar-bandar baru di merata-rata tempat tanpa mengambil kira penghuni kawasan itu. Pengeluaran makanan bagi  keperluan tempatan juga merupakan pembangunan dan Kerajaan Negeri tidak mengabaikan sumbangan  mereka .

Kalau kita lihat , import makanan  bagi tempoh 2010 hingga 2013 bagi 4 jenis barangan makanan iaitu ikan , sayur-sayuran, daging lembu/kerbau dan daging ayak/itik adalah sebanyak RM 24.64 billion.   Hasil ini boleh dikeluarkan dari kawasan ini,jika kawasan mereka dikekalkan.

PSM Serius Bela Petani dan Jaminan Makanan- Usul di  Parlimen

PSM tidak perlu dan tidak berniat untuk  mencari publisiti murahan dalam isu pertanian ini . Tetapi PSM memandang serius kehancuran kawasan pertanian dan mendengar rungutan petani  untuk menyelamatkan pertanian sara diri dan masa depan pengeluaran tempatan. Sebab itu, untuk menjamin kawasan pertanian dan penternakan ini secara undang-undang, Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Dr.Jeyakumar telah mengusulkan satu pindahan baru seksyen 214B dibawah Sekyen 214A dalam Kanun Tanah Negara bagi  menubuhkan untuk Lembaga Tanah Pertanian untuk  mengawal pelupusan tanah kerajaan ( sila rujuk  bawah pindahan yang diusulkan di Parlimen Oleh Dr.Jeyakumar ). Namun, Parlimen telah menolak kerana ianya di adalah di bawah senerai Kerajaan Negeri Perlembagaan Persekutuan.

Seorang Menteri Besar harus menggunakan kedudukanya untuk kepentingan rakyat dan menggunakan  kuasa yang diberikan dibawah Kanun Tanah Negara secara hemah dan bertanggungjawab untuk kepentingan awam.  Selain daripada tanggungjawab social dan menguruskan pentadbiran negeri dan juga mempunyai tugas undang-undang untuk berjumpa rakyat yang mahukan bantuan.

Justeru, PSM  menyeru kepada Kerajaan Negeri Perak  supaya menggunakan amalan perbincangan  untuk mencari penyelesaian  dan  menghentikan segala bentuk pengusiran dan tindakan mahkamah  ke atas petani-petani yang menyumbangkan makanan untuk keperluan tempatan dan Negara.

Di keluarkan Oleh  M.Sarasvathy 016-5587144








Pejabat Ahli Parlimen
20 Tmn Orkid
31100 Sg Siput
17hb April 2015
 
 
Kepada
Yang Berbahagia Datuk Roosme binte Hamzah
Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen
Malaysia.
 
Per: Pemberitahu Usul Mencadangkan Pindaan pada Kanun
Tanah Negara 1965 (Akta 56)
 
Saya ingin mengusulkan kepada Dewan Rakyat seperti berikut:
 
“Bahawa Dewan ini memberi kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada YB Ahli Parlimen bagi kawasan Sg Siput U untuk mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2015
 
Tujuan Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2015 adalah untuk menangani fenomena pengusiran petani-petani kecil yang bercucuk tanam di atas tanah kerajaan. Fenomena ini sedang berleluasa di seluruh negara kita dan membawa beberapa impak negatif antaranya -
 
1. Kehilangan punca rezeki beratus-ratus petani kecil tiap tahun;
 
2. Mengurangkan tahap sara diri negara kita dalam penghasilan sayur-sayuran, buah-buahan, dan hasil ternakan kambing, lembu dan ikan;
 
3. Menyekatkan semangat petani kecil melabur demi meningkatkan pengeluaran mereka kerana mereka tidak yakin terhadap tanah yang mereka sedang usahakan;
 
4. Meningkatkan risiko banjir kilat di kawasan hilir pada kawasan pertanian yang dibangunkan sebagai kawasan perkilangan ataupun perumahan.
 
Pindaan yang dicadangkan meminjam kaedah yang digunapakai dalam seksyen 214A dengan pengubahsuaian tertentu untuk mewujudkan satu sistem semak dan imbang (check and balance) dalam proses pelupusan tanah kerajaan jika tanah itu diusahakan oleh petani ataupun penternak kecil.
 
Saya cukup sedar terhadap Schedule 9, Perlembagaan Persekutuan di mana tanah adalah di senaraikan di bawah senarai negeri. Kuasa negeri atas hal tanah tidak dicerobohi oleh pindaan yang disyorkan kerana Lembaga Tanah Pertanian yang akan diwujudkan oleh RUU ini adalah di perengkat tiap negeri seperti Lembaga Ladang yang diwujudkan dalam pindaan 1969.
 
Pada kefahaman saya, selepas Pindaan ini dibaca pada kali pertama di Dewan Rakyat, ia akan dirujuk kepada seorang Menteri seperti di peruntukkan dalam Fasal 49(4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk tindakan susulan termasuk mendapatkan pandangan Lembaga Tanah Negara (yang dianggotai antara lain, oleh wakil-wakil tiap negeri) dan Peguam Negara. Menteri yang dilantik dikehendaki memberi laporan kepada Dewan rakyat tentang RUU Pindaan ini selepas mendapatkan maklumbalas daripada kedua-dua pihak ini (Fasal 49(4) Peraturan Mesyuarat).
  
Oleh yang demikian, saya selaku Ahli Parlimen Sg Siput U menyerahkan bersama-sama surat ini naskah Draf Undang-Undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2015 dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris selaras dengan Peraturan Mesyuarat 49(2) untuk dikemukakan di dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 18hb Mei 2015. Saya sudah mengenalpasti beberapa orang Ahli Dewan Rakyat yang rela menyokong Usul ini seperti diwajibkan di bawah peraturan 31(1).
 
Saya harap RUU Pindaan ini akan disenaraikan dalam agenda Dewan Rakyat sesi kedua untuk tahun 2015.  Terima kasih.
 
Yang benar,
 
 
Jeyakumar Devaraj
                                                                                    SK Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
 
D.R.    /2015
RANG UNDANG-UNDANG
bernama
 
Suatu Akta untuk meminda Kanan Tanah Negara 1965
 
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:
 
Tajuk ringkas dan pemulaan kuatkuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2015.
(2) Akta ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
 
Pindaan Bahagian Empat Belas
2. Akta ibu dipinda dalam Bahagian Empat Belas dengan memasukkan seksyen baru, 214B selepas seksyen 214A seperti berikut –
Seksyen 214B. Kawalan pelupusan tanah kerajaan yang diusahakan oleh petani kecil.
(1) Walau apa jua pun yang terkandung dalam Akta ini, tiada tanah kerajaan yang sedang diusahakan untuk tujuan pertanian berupaya dilupuskan ataupun dipajak dengan apa-apa cara sekali pun, melainkan kelulusan untuk pelupusan atau pemberian pajakan sedemikian telah terlebih dahulu diperolehi dari Lembaga Tanah Pertanian yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3).
(2) Pendaftar hendaklah tidak mendaftar apa-apa instrument hakmilik tanah melainkan instrumen sedemikian disertai dengan satu sijil kelulusan yang diberi oleh Lembaga Tanah Pertanian.
(3) Untuk maksud seksyen ini, maka hendaklah ditubuhkan di tiap Negeri dalam Persekutuan Malaysia, suatu Lembaga Tanah Pertanian yang terdiri dari –
                a) Setiausaha Negeri yang hendaklah menjadi Pengerusi;
                aa) Pengarah Tanah dan Galian Negeri yang hendaklah jadi Setiausaha;
                b) Seorang yang dilantik oleh Menteri Pertanian Persekutuan;
                c) Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pihak kerajaan;
                d) Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh pihak pembangkang;
e) Dua orang wakil dipilih oleh persatuan-persatuan petani dan penternak di negeri itu.
                                Ahli Lembaga yang dinyatakan dalam (b) hingga (e) boleh ditukar setiap tahun.
(4) Lembaga Tanah Pertanian harus bermesyuarat sekali setiap bulan dan semua ahlinya harus dimaklum tarikh dan tempat mesyuarat bulanan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh itu. Kuoram untuk bermesyuarat adalah sekurangnya tiga orang ahli, termasuk Pengerusi Lembaga.
(5) Pentadbir Tanah yang menguruskan pelupusan tanah kerajaan kepada mana-mana pihak dikehendaki memohon kelulusan Lembaga Tanah Pertanian dengan mengemukakan butir-butir seperti berikut
a) Bilangan petani dan penternak yang sedang menjalankan aktiviti pertanian ataupun penternakan di atas tanah itu.
b) Bilangan petani dan penternak yang telah menjalankan aktiviti pertanian ataupun penternakan di atas tanah itu dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh permohonan.
c) Keluasan kawasan yang dipakai oleh setiap petani dan penternak, dan jenis dan jumlah hasil mereka dalam dua tahun yang lalu.
d) Cadangan Pentadbir Tanah terhadap tanah gantian ataupun pampasan untuk petani dan penternak yang terlibat.
(5) Jika langsung tiada petani dan penternak di atas tanah itu, fakta ini harus dimaklumkan kepada Lembaga Tanah Pertanian oleh Pentadbir Tanah yang menguruskan pelupusan tanah itu.
(6) Lembaga Tanah Pertanian boleh, jika difikirkan sesuai, memanggil mana-mana orang untuk memberi apa-apa kenyataan di hadapannya atau mengemukakan apa-apa dokumen untuk diperiksa olehnya.
(7) Lembaga Tanah Pertanian boleh melulus permohonan Pentadbir Tanah dengan mengenakan syarat-syarat berkaitan pengendalian petani atau penternak yang mengusahakan tanah itu.
(8) Lembaga Tanah Pertanian boleh menolak apa-apa permohonan untuk pelupusan tanah kerajaan ataupun pemberian lease terhadapnya jika –
a) ia berpuas hati bahawa apa-apa kenyataan yang dibuat dalam permohonan itu adalah palsu atau salah; atau
b) pentadbir tanah belum mematuhi apa-apa syarat yang disyorkan oleh Lembaga Tanah Pertanian terhadap pengendalian petani dan penternak yang mengusahakan tanah itu; atau
c) ia didapati olehnya bahawa kelulusan permohonan itu bukan bagi kepentingan awam kerana akan menjejaskan tahap sara diri bekalan pemakanan negara dan/atau kerana petani dan penternak terlibat tidak ditawarkan tanah gantian yang sesuai untuk aktiviti pertanian atau penternakan mereka.
(9)Keputusan Lembaga Tanah Pertanian hendaklan mengikut undi majoriti; dan dalam keadaan kesamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(10) Lembaga Tanah Pertanian harus, dalam  Persidangan Dewan Undangan Negeri yang kedua untuk tiap tahun, membentangkan laporan terhadap permohonan-permohonan pelupusan tanah yang diterimanya dalam tahun lalu,  keputusan-keputusan yang telah diambil dengan memberi butiran bilangan petani dan penternak yang terlibat dan caranya mereka dikendalikan.
 
 
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) untuk memberi perlindungan untuk petani dan penternak kecil yang mengusahakan tanah kerajaan untuk pertanian atau penternakan dan juga untuk memperkasakan tahap sara diri Negara Malaysia dalam bekalan barangan makanan.
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan mewujudkan satu lembaga baru untuk memantau pelupusan tanah kerajaan supaya  kepentingan petani kecil, penternak kecil dan jaminan keselamatan pemakanan negara (food security) dipelihara.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
 
 
 
 
 
D. R.     /2015
A BILL
intituled
 
An Act to amend the National land Code 1965.
 
ENACTED  by the Parliament of Malaysia as follows:
 
Short Title and commencement
1. (1) This Act may be cited as the National Land Code (Amendment) Act 2015.
(2) This Act comes into operation on a date to be appointed by the Minister by notification in the Gazette.
 
Amendment to Part Fourteen
2. The principal Act is amended in part fourteen with the addition of a new section, 214B immediately after section 214A as follows -
Section 214B. Control of alienation of state land that is being utilized by small farmers.
(1) Notwithstanding anything contained in this Act, no government land that is being utilized for agriculture can be alienated or leased out in any manner whatsoever, unless approval to alienate or to lease out that land has been obtained from the Agricultural Land Board as established under subsection (3).
(2) The Registrar shall not register any instrument of transfer of such land unless such instrument is accompanied by a certificate of approval granted by the Agricultural Land Board.
(3) For the purpose of this section there shall be established in each of the States in the Federation of Malaysia, an Agricultural Land Board consisting of –
                a) the State Secretary, who shall be the Chairman; and
                aa) the State Director of Lands and Mines, who shall be the Secretary;
                b) A person nominated by the Federal Minister of Agriculture;
                c) A State Assemblyman nominated by the government;
                d) A State Assemblyman nominated by the opposition in the State Assembly;
e) Two representative chosen by the Farmers and Lifestock Associations in the state.
The members of the Agricultural Land Board specified under clauses (b) till (e) can be replaced each year.
(4) The Agricultural Land Board should hold a meeting every month and all members of the Board should be informed of the date and venue of the meeting at least one month in advance. The quorum for the Board is at least three members including the Chairman.
(5) The Land Administrator handling the alienation of State land to any party has to seek the approval of the Agricultural Land Board through submitting the following particulars -
a) The number of farmers and livestock breeders who are utilizing that particular plot of land.
b) The number of farmers and livestock breeders who utilized that particular plot of land in the previous twelve months.
c) The acreage of the land utilized by each farmer and livestock breeder as well as the type and amount of produce they issued over the past two years.
d) The proposal of the Land Administrator regarding provision of alternative sites or compensation for the affected farmers and livestock breeders.
(5) If the land to be alienation had not been utilized by any farmers or livestock breeders, this fact should be conveyed to the Agricultural Land.
(6) The Agricultural Land Board may as it thinks fit call any person to give any statement before it or produce any document to be examined by it.
(7) The Agricultural Land Board can grant approval to the Land Administrator that is conditional upon dealing with the farmers and livestock breeders as directed by the Agricultural Land Board.
(8) The Agricultural Land Board has the power to refuse or cancel an application to alienate or lease out government land if -
a) it is satisfied that any statement or representation made in the application is false or incorrect; or
b) the Land Administrator fails to comply with any of the directions or conditions imposed by the Agricultural Land Board ; or
c) it appears to the Board that the approval of the application will not be in public interest as it would adversely affect the nation’s self-sufficiency in food and/or because the farmers and livestock rearers are not being offered alternative land suitable to their farming activities.
 (9) The decision of the Agricultural Land Board shall be by a majority of votes; and in the case of equality of votes the Chairman shall have a casting vote.
(10) The Agricultural Land Board shall, in the second sitting of the State Assembly each year, table its report detailing the applications received by the Board in the preceding calendar year, the decisions taken by the Board as well as the numbers of farmers and livestock breeders affected and the manner their interests were protected.
 
EXPLANATORY STATEMENT
This Bill seeks to amend the National Land Code 1965 to protect the interests of small farmers and livestock breeders utilizing government land as well as to enhance Malaysia’s self sufficiency in food products.
2. Clause 1 contains the short title and provision on the commencement of the proposed Act.
3. Clause 2 seeks to create a new Board to oversee the alienation and leasing of government land and safeguard the interests of small farmers and livestock breeders and to ensure food security for the nation.
FINANCIAL IMPLICATIONS
This Bill will not involve the Government in any extra financial expenditure.
 
Tanah & Perumahan