Kenyataan PSM - 2 September 2015 - PSM desak potong gaji Menteri pendidikan ! Kementerian Gagal Bayar Gaji Bulan Julai!

Kenyataan PSM - 2 September 2015 - PSM desak potong gaji Menteri pendidikan ! Kementerian Gagal Bayar Gaji Bulan Julai!

2 September 2015

PSM mengutuk tindakan kurang bertanggungjawab Kementerian pendidikan kerana gagal bayar gaji pekerja untuk bulan Julai. Jika Pekerja Kementerian sendiri tidak boleh dibayar gaji dan dilayan begitu teruk, bayangkanlah nasib kaum pekerja di sektor swasta. PSM menyarankan gaji Menteri berkenaan disekat supaya beliau faham rintihan kaum pekerja 
 
Lebih kurang 50 pekerja dan keluarga mereka menderita 1 bulan sebab Kementerian Pendidikan Negara masih belum keluarkan cek untuk gaji bulan Julai.  Menurut  undang-undang kerja seorang pekerja harus dibayar gaji sebelum 7hb setiap bulan. 
 
Pekerja-pekerja kontrak ini yang bekerja sebagai ‘cleaner’ di beberapa sekolah di Ipoh dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah pekerja  Double Click Enterprise,  salah satu kontraktor perkhidmatan yang telah dipilih dan dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
 
Parti Sosialis Malaysia rasa amat kecewa dengan sikap tidak prihatin KPM terhadap nasib golongan miskin ini serta melanggar undang-undang kerja.  Pekerja berpendapatan rendah ini  bergantung penuh pada gaji mereka (RM900 setiap bulan) untuk memperolehi  keperluan asas untuk hidup, buat bayaran bas sekolah, menjelaskan bil-bil, dan hutang. Tanpa satu bulan gaji,  sudah tentu keluarga pekerja banyak menderita.
 
Sejak bulan Februari 2015, Parti Sosialis Malaysia telah membangkitkan isu lewat bayar gaji untuk pekerja kontrak ini dengan Bahagian Perolehan tetapi  KPM tidak mengambil berat.  Surat juga telah dihantar baru-baru ini kepada S/U Bahagian Perolehan tetapi masih tidak ada maklumbalas.  Kalau hak asasi pekerja kontrak di pejabat kerajaan sendiri tidak terjaga, macam mana dengan pekerja kontrak di swasta? 
 
Kami menuntut supaya KPM mengeluarkan cek untuk gaji bulan Julai dengan serta merta, dan memastikan gaji bulan Ogos tidak dilewatkan.  Langkah-langkah harus diambil untuk mengurangkan ‘red tape’ supaya pekerja dibayar gaji mengikut undang-undang. 
 
 
Dikeluarkan oleh:
R. Mohana Rani
Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Sosialis Malaysia
0195638464
 
 
Pekerja