Kes Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (AUKU): Soh Sook Hwa Lwn Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

7 June 2016

Bekas pelajar USM, saudari Soh Sook Hwa disabit kesalahan oleh pihak USM dibawah AUKU Seksyen 15 pada tahun 2004, dengan sebab melibatkan diri dalam kempen parti semasa pilihanraya umum. Ia menyebabkan saudari Soh dikenakan denda RM200 oleh pihak USM. Setelah ini, Soh telah memfailkan rayuan kepada Menteri Pengajian Tinggi tetapi Menteri menolak permohonannya.
 
Soh terus membawa kes ini ke mahkamah:
 
1)      Memohon supaya pihak mahkamah mengadakan penelitian semula kehakiman (judicial review) ke atas kes AUKU ini.
 
2)      Mendakwa bahawa AUKU Seksyen 15 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak penglibatan politik bagi semua warganegara yang berumur 21 dan ke atas. 
 
Kedua-dua permohonan dan dakwaan terhadap AUKU telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi (tahun 2010), dan Mahkamah Rayuan Putrajaya (16 April 2013). 
 
Seterusnya, kes yang telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan ini berakhir pada 27hb Nov 2013 kerana gagal peroleh kebenaran merayu. 
 
Soh Sook Hwa kini merupakan bandahari kehormat PSM. 
Legal Battles