Kenali Calon- Calon Parti Sosialis Malaysia Untuk GE-14

Kenali Calon- Calon Parti Sosialis Malaysia Untuk GE-14

Kenali calon-calon PSM

1. Sivarajan Arumugam, DUN Kota Damansara

  • Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).
  • Salah seorang pengasas PSM tahun 1998, dan juga perintis PSM Cawangan Subang yang ditubuhkan pada tahun 1998. Pernah menyandang jawatan Bendahari Nasional PSM dari tahun 1998 hingga 2015.
  • Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Kimia.
  • Merupakan aktivis pelajar semasa mengaji di UKM pada tahun 1991-1994, dan menganggotai Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI).
  • Salah seorang pengasas Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) pada tahun 1992 dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada tahun 2002. Pernah menjadi penyelaras Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan JERIT.
  • Setiausaha kepada Dr. Nasir Hashim semasa beliau menyandang jawatan ADUN Kota Damandara.
  • Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis untuk Majlis Bandaraya Shah Alam, 2008-2013. Mengisytihar harta setiap tahun semasa menjadi Ahli Majlis.
  • Penyelaras Gabungan Membantah TPPA. Memainkan peranan penting dalam kempen menentang perjanjian perdagangan bebas yang mengancam kepentingan rakyat.
  • Berjuang bersama pekerja Ladang Brooklands selama 13 tahun sehingga berjaya mendapatkan rumah teres untuk pekerja ladang.

2. S. Arutchelvan, DUN Semenyih

  • Lebih dikenali sebagai Arul.
  • Seorang pejuang rakyat yang giat berjuang bersama rakyat, tanpa mengira agama dan kaum, sejak tahun 1980-an.
  • Graduan jurusan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Pengasas Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i di UKM, yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) di Kajang.
  • Memainkan peranan penting dalam pembentukan Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang ( JSML) yang telah berjaya dalam perjuangan gaji bulanan pekerja ladang.
  • Penggerak utama dalam pembentukan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang memperjuangkan hak rakyat tertindas dari semua lapisan masyarakat. JERIT telah berjaya dalam beberapa kempen penting seperti Kempen Gaji Minimum, Tabung Pemberhentian Pekerja dan Kempen Perumahan untuk Peneroka Bandar.
  • Pernah bergiat dalam kempen hak asasi manusia, terutamanya dalam Gerakan Mansuh ISA yang dimulakan pada tahun 2001, Kempen Bantah Kematian dalam Tahanan Polis, Penyelaras Kempen Anti-Empangan Bakun, Kempen Anti-Insinerator Broga dan Kempen Bantah Akta Hasutan.
  • Salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia pada tahun 1998.
  • Bertanding dua kali di kawasan DUN Semenyih, iaitu pada tahun 2008 dan 2013. Walaupun kalah dalam kedua-dua kali pilihanraya, Pusat Khidmat PSM di Semenyih yang dipimpin Arul masih sangat aktif dan mengendalikan serta menyelesaikan banyak kes.
  • Pada tahun 2017, berjaya menyelesaikan perjuangan perumahan 3 ladang di Semenyih dengan rumah percuma bagi pekerja ladang.
  • Memainkan peranan penting dalam perjuangan perumahan Kampung Berembang di Ampang, di mana semua peneroka yang berjuang akhirnya mendapat rumah percuma.

3. Kunasekaran Krishnan, Parlimen Batu Gajah

  • Lebih dikenali dengan panggilan nama Segar.
  • Ketua Biro Undang-undang PSM.
  • Giat melibatkan diri dalam aktivisme sejak tahun 1985 lagi.
  • Seorang aktivis yang sentiasa bersama masyarakat, membantu dalam isu petani, pekerja ladang, pekerja kilang dan pelbagai isu kebajikan rakyat.
  • Demi menolong rakyat yang kurang pengetahuan dalam hal ehwal undang-undang, Segar melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya sambal meneruskan kerja-kerja sosial. Beliau lulus dalam Sijil Amalan Undang-undang (CLP) dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Guaman di Firma Lek Choy & Co, Ipoh.
  • Pernah bertanding di kawasan DUN Calon sebagai calon PSM yang meminjam logo PKR dalam Pilihanraya Umum 2004.

4. Bawani KS, DUN Malim Nawar

  • Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).
  • Menjadi popular di kalangan pelajar dan anak muda kerana video viral “Listen, Listen, Listen” yang disebar luas pada tahun 2013.
  • Graduan Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sains Sosial (Psikologi), selepas itu mendapat ijazah Sarjana Muda kedua di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan undang-undang.
  • Berkhidmat sebagai peguam di bandar Kampar, mengedalikan kebanyakan kes yang melibatkan rakyat biasa, termasuk kes-kes petani dan penternak dari Malim Nawar, Kuala Kampar, Tanjung Tualang, Mambang Di Awan yang menghadapi masalah pengusiran paksa.
  • Mula terlibat dalam aktivisme semasa belajar di UKM, apabila menyertai Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI).
  • Pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda PSM.

5. Rani Rasiah, DUN Buntong

  • Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.
  • Salah seorang pengasas PSM.
  • Salah seorang pengasas Alaigal.
  • Menganjurkan pusat bimbingan percuma di ladang-ladang sekitar kawasan Sungai Siput pada awal 1990-an.
  • Berperanan penting dalam perjuangan penduduk Kampung Chekkadi, Kampung DBI Buntong dan sebagainya.
  • Merupakan Penyelaras Meja Migran PSM dan terlibat secara langsung dalam usaha membela hak pekerja migran melalui penubuhan Gabungan Menuntut Hak Pembelaan.
  • Terlibat dalam usaha memperjuangkan hak pekerja kontrak yang berkhidmat di sekolah kerajaan.
  • Berperanan dalam mengorganisasi Gabungan Pemandu Lori Perak.

6. Khairul Nizam Bin Abd Ghani, DUN Kota Lama

  • Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, dan juga Pengerusi PSM Kelantan.
  • Dilahirkan dengan pelbagai bakat. Pernah jadi wakil dalam Mini Parlimen Malaysia ketika berusia hanya 10 tahun.
  • Sentiasa lantang bersuara menyoal mereka yang berkuasa.
  • Pernah mengasaskan gerakan PAS Reform, satu usaha pembaharuan untuk parti islamik tersebut seawal sebelum penubuhan Parti Amanah oleh pemimpin daripada serpihan PAS.
  • Bergiat aktif dalam ROYALTI, gerakan menuntut royalti minyak petroleum untuk Kelantan.

7. Suresh Kumar, Parlimen Cameron Highlands

  • Ahli Jawatankuasa Pusat PSM dan Setiausaha Cawangan Cameron Highlands.
  • Graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik).
  • Menguruskan perniagaan menjual dan membaiki komputer di Cameron Highlands.
  • Menjalankan kelas tuisyen untuk pelajar sekolah menengah di Cameron Highlands sehingga sekarang.
  • Mula bergiat sebagai aktivis PSM dan memberi khidmat kepada rakyat di Cameron Highlands sejak tahun 2004.
  • Telah menangani lebih 400 kes di Cameron Highlands sepanjang 14 tahun lepas.
  • Pernah terlibat dalam kempen tempatan, seperti Bantahan terhadap jalan sehala di Brinchang (mengumpul tandatangan daripada 500 orang penduduk dan menyerah memorandum kepada pihak berkuasa), mengumpul 1000 tandatangan penduduk Ringlet dan Lembah Bertam untuk mendesak Menteri Kerja Raya supaya menurap semula Jalan Tapah-Ringlet.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Tanah, Rumah dan Gerai (JTRG) untuk memperjuangkan hak untuk rakyat biasa di Cameron Hihglands. JTRG berjaya mendapatkan hakmilik tanah pertanian selama 20 tahun untuk 4 pekebun di Blue Valley, hakmilik tanah perumahan 99 tahun untuk seorang penduduk di Ringlet, sementara 12 buah keluarga lagi sedang menunggu kelulusan untuk hakmilik tanah kecil daripada Kerajaan Pahang seperti yang dijanjikan selepas JTRG mengadakan aksi protes.
  • Berjaya memberhentikan perobohan beberapa kebun kecil di Blue Valley semasa berlakunya Ops Gading pada tahun 2015.
  • Bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli (OA) Pos Lanai dalam usaha mempertahankan tanah adat mereka daripada ancaman pembinaan Empangan Telom.
  • Pernah terlibat dalam perjuangan nasional seperti Gerakan Mansuh ISA, kempen Bantah GST dan sebagainya.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Rumah Mampu (JRM) berjaya mendesak Jabatan Perdana Menteri bersetuju untuk membina 100 buah rumah mampu di Ringlet dan Tanah Rata.
  • Bersuara lantang dalam mengkritik pihak berkuasa atas kegagalan mereka melindungi kepentingan rakyat biasa.

8.Chin Kwai Leong, DUN Menglembu

  • Bendahari PSM Cawangan Menglembu.
  • Peniaga yang berasal dari Batu Gajah.
  • Garudan dari National Taipei Institute of Technology (sekarang dikenali sebagai National Taipei University of Technology), Taiwan, dalam Jurusan Kejuruteraan Elektronik.
  • Salah seorang pengasas Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak.

9.Dr. Jeyakumar Devaraj, Parlimen Sungai Siput

  • Lebih dikenali sebagai Dr. Kumar,
  • Ahli Parlimen Sungai Siput sejak tahun 2008 apabila menang dalam PRU-12 dan kemudiannya PRU-13.
  • Bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput sejak tahun 1999.
  • Doktor pakar paru-paru graduan Universiti Malaya.
  • Mula melibatkan diri dalam perkhidmatan komuniti semasa belajar di Universiti Malaya. Setiap cuti semester, beliau akan melawat ke ladang di Sungai Siput untuk mendekati diri dengan masyarakat tempatan, dan melakukan aktiviti seperti memberi tuisyen percuma kepada anak-anak pekerja ladang di situ.
  • Pengasas bersama kumpulan Alaigal.
  • Salah seorang pengasas PSM.
  • Ahli Parlimen yang pertama dalam mengisytihar harta, dan beliau telah mengisytihar harta 10 tahun berturut-turut, sesuatu yang belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana ahli parlimen yang lain.
  • Ahli Parlimen yang pertama memfailkan kes di mahkamah untuk semakan kehakiman berkenaan dengan peruntukan khas untuk kawasan Parlimen yang tidak pernah diperoleh ahli parlimen dari parti pembangkang.

10. Teh Yee Cheu, Dun Sungai Pinang

11.Shanmugasundram a/l Veerappan, DUN Port Klang

  • Pengerusi PSM Cawangan Klang.
  • Seorang pemandu Grab.
  • Menyertai PSM sejak tahun 2012, selepas beliau dibela PSM apabila dibuang kerja tanpa sah akibat daripada pemangsaan oleh majikan.
  • Telah mengendalikan pelbagai kes rakyat biasa. Membantu rakyat marhaen dalam menangani isu-isu rumah, pekerja dan permohonan bantuan kebajikan.

12. Sarasvathy, DUN Jelapang

  • Lebih dikenali sebagai Saras.
  • Graduan kursus juruteknologi makmal perubatan dari Institute for Medical Reserch (IMR) di Kuala Lumpur.
  • Melibatkan diri dalam kerja-kerja komuniti sejak berumur 16 tahun lagi.
  • Pernah aktif dalam gerakan Young Christian Workers (YCW) yang memainkan peranan penting dalam organisasi komuniti dan gerakan pekerja, terutamatnya mengorganisasi pekerja tekstil di Perak.
  • Salah seorang pengasas Alaigal, sebuah organisasi yang memperjuangkan hak untuk masyarakat tertindas.
  • Salah seorang pengasas Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada tahun 1998. Menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Nasional PSM sejak parti ditubuhkan.
  • Bertanding untuk kerusi DUN Jelapang dalam Pilihanraya 2008 dan 2013. Walaupun beliau tidak menang dalam pilihanraya, beliau terus berkhidmat secara konsisten untuk masyarakat tanpa apa-apa jawatan, di kawasan DUN Jelapang mahupun seluruh Malaysia.
  • Bergiat aktif dalam Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia untuk menggerakkan kempen menghapuskan sistem kerja kontrak yang memiskinkan pekerja di seluruh Malaysia.
  • Pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bersama dengan 5 orang ahli PSM yang lain pada tahun 2011. Mereka dikenali sebagai EO6. Hasil daripada kebangkitan rakyat, keenam-enam tahanan termasuk Saras telah dibebaskan tidak lama kemudian.
  • Sentiasa berada di barisan hadapan dalam organisasi masyarakat tertindas seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang dan memperjuangkan pelbagai isu kebajikan rakyat jelata.
  • Mendapat anugerah “Pejuang Wanita Terbaik” oleh Semparuthi Publications pada tahun 2011.
  • Mendapat Anugerah Hak Asasi Antarabangsa “Yayori Award”, satu pengiktirafan antarabangsa yang dianugerahkan dari Jepun, atas penglibatan beliau dalam kerja-kerja sosial selama ini dan berikutan penahanannya di bawah Ordinan Darurat pada tahun 2011.

13. Abdul Razak Bin Ismail, Dun Kota Kemuning 

14. Chin Kwai Heng, DUN Tronoh

  • Garduan jurusan Pengajian Perniagaan (Perakaunan) di La Trobe University, Australia.
  • Salah seorang pengasas Gabungan Selamatkan Petani dan Penterk Perak.
  • Melibatkan diri dalam perjuangan PSM Batu Gajah sejak tahun 2015.

15. Mat Nor Ayat, Dun Jelai