Saman EO6 Terhadap KPN

3 August 2016

 

Pada 25/06/2011, 30 orang ahli PSM telah ditangkap di Tol Sungai Dua Seberang Perai ketika sedang menjalankan kempen "Udahlah tu... bersaralah!" - suatu kempen mendesak para pengundi untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.

Pihak Polis telah mendapatkan reman selama 1 minggu dengan menuduh bahawa kami terlibat dalam suatu perancangan untuk menjatuhkan Yang Dipertuan Agong dan di akhir jangka masa seminggu itu, telah menahan 6 orang ahli PSM di bawah Ordinan Darurat. Keenam-enamnya telah ditahan dalam kurungan berasingan di satu pusat tahanan di Kuala Lumpur dan disoal siasat hampir setiap hari oleh Cawangan Khas yang bertungkus-lumus mengaitkan dengan Parti Komunis Malaya (yang telah dibubarkan) dan kumpulan-kumpulan kiri yang lain. 

PSM bersama beberapa pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani telah menggerakkan kempen besar-besaran mendesak pembebasan tahanan-tahanan EO6, dan pada 29/07/2011, selepas 35 hari dalam tahanan, kesemua enam orang telah dibebaskan. Enam orang tersebut kemudiannya bertindak menfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara untuk penangkapan dan penahanan tidak sah. Saman ini telah diselesaikan di luar mahkamah dengan bayaran RM 200,000 yang mana jumlah keseluruhan ini telah diserahkan kepada parti.

 

Legal Battles