RCEP: SATU LAGI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS SULIT!

RCEP: SATU LAGI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS SULIT!

10 August 2016

 

Walaupun rakyat telah menyuarakan bantahan kepada apajua perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan secara sulit, semasa Perjanjian Perdagangan bebas TPPA dirundingkan, kini PSM amat kecewa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekali lagi merundingkan satu lagi perjanjian perdagangan bebas secara sulit ! Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Menteri MITI dijangka akan menghadiri mesyuarat ini pada 5hb.Ogos, 2016 di Vientiane, Laos.

 

Perjanjian perdagangan bebas yang dimaksudkan ialah perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership atau ringkasnya dikenali sebagai RCEP. Perjanjian ini melibatkan 16 buah Negara iaitu, 10 Negara ASEAN (Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam) bersama dengan Japan, Korea, China, India, New Zealand, Australia. 

 

Siri rundingan diantara wakil Negara perjanjian RCEP kurang menerima perhatian kerana perjanjian TPPA telah menjadi isu fokal yang diketengahkan oleh masyarakat sival yang membantah perjanjian itu dua tahun lepas. Kini siri rundingan RCEP telah mencapai pusingan yang ke -13. TPPA dibuktikan sebagai perjanjian yang mendahului agenda korporat Amerika dan membelakangkan kepentingan rakyat.  Malangnya RCEP juga masih mengekalkan kepentingan korporat walaupun ianya tidak melibatkan Amerika?

 

Sebelum ini perjanjian RCEP tidak dianggap akan merangkumi isu-isu yang dibantah dalam TPPA, tetapi  beberapa teks  rundingan RCEP yang dibocorkan membuktikan sebaliknya. Pada bulan Oktober, 2015 yang lalu bab pelaburan (Investment) , bab Hakmilik Intelek(Intellectual Property) dan bab barangan ( Goods) telah dibocorkan . 

 

Daripada maklumat bab-bab yang dibocorkan ini, kita amat terkejut ianya mengandungi klausa dan terma-terma yang bermasalah seperti;

a.       Mengekalkan mekanisma tribunal antarabangsa ISDS yang membolehkan syarikat swasta dari mana-mana Negara RCEP menyaman Malaysia jika, kita dianggap menyekat keuntungan atau pelaburan mereka , walaupun  untuk menjaga kepentingan awam.

b.      Peningkatan tempoh hakmilik intelek (dengan memberikan 5 tahun untuk penyimpanan data secara ekslusif), maka rakyat dinafikan hak memperolehi ubat generic murah dari India .

c.       Penyingkiran tariff (cukai) import dan cukai ekspot yang menjejaskan pendapatan Negara.

d.      Liberalisasi ekonomi yang mendalam, peningkatan peranan swasta sebagai pembekal khidmat asas seperti  Kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Kemerosostan fungsi Kerajaan sebagai pembekal perkhidmatan asas rakyat. Khidmat yang menuju kepada  keuntungan bukan tanggungjawab social.

e.       Pengaliran data rahsia individu ke Negara lain, boleh disalahgunakan sebagai sumber perniagaan – E Commerce.

f.       Petani dalam jangka masa panjang akan kehilangan hak untuk menyimpan benih tanamannya , dan akan dipaksa beli dari syarikat yang memiliki hakmilik cipta benih tersebut .

Jelas bahawa , RCEP tidak kurang bisanya dan ianya mengekalkan kebanyakkan kepentingan pihak korporat untuk membelakangkan kepentingan awam demi mengaut keuntungan. TPPA atau RCEP perlu dibantah, kerana ketamakkan korporat untuk mengaut keuntungan bersifat serupa tanpa mengira bangsa dan warna kulit, samaada ianya didalangi Amerika atau kuasa korporat Asia.

 

PSM amat kecewa MITI sekali lagi melakukan pengkhianatan kepada rakyat dengan bersetuju kepada RCEP yang jelas mengekalkan segala terma TPPA yang dibantah dengan begitu hebat oleh pelbagai sector rakyat Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

 

Tambahan pula ianya dilakukan dengan rahsia ! Justeru itu PSM menyeru MITI dan Putrajaya membongkarkan segala perkara yang telah dipersetujui dibelakang bilik tertutup kepada rakyat Malaysia dengan segera. 

 

Kami mendesak Menteri MITI yang  akan menghadiri mesyuarat menteri-menteri RCEP di Vientiane , Laos bermula 5hb.Ogos, 2016(Jumaat ini) ini untuk menjelaskan kandungan perjanjian ini kepada rakyat jelata. 

 

 

Hentikan Rundingan Rahsia ! Tolak RCEP yang Utamakan Korporat Mengenepikan Rakyat!

 

Sivarajan (0102580455)

Setiausaha Agung PSM

3hb.Ogos, 2016

economy