Sambutan memberangsangkan - 30000 risalah desak kerajaan laksanakan “Tabung Pemberhentian Kerja” berjaya diedarkan dalam 3 hari !

Sambutan memberangsangkan - 30000 risalah desak  kerajaan laksanakan “Tabung Pemberhentian Kerja” berjaya diedarkan dalam 3 hari !

10 August 2016

Kempen menuntut kerajaan melaksanakan “Tabung Pemberhentian Kerja” telah dilancarkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada khamis lalu dimana penjelajahan meliputi setiap kawasan perindustrian untuk berjumpa pekerja dan mendapat sokongan ramai untuk medesak Kerajaan mengimplementasi Tabung ini ekoran penutupan kilang dan perniagaan yang semakin kerap.

 

Negeri pertama yang menerima kunjungan kami adalah Selangor dan Zon 1 jelajah bermulah di Hulu Langat dari 4 hingga 6 Ogos 2016, menjelajah 8 kawasan perindustrian – Kawasan Industri Bukit belimbing, Cheras Jaya, Bukit Angkat, Selaman, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Bukit Serdang dalam 3 hari ini. Lebih daripada 30 aktivis parti dan penyokong telah memberi komitmen dalam jelajah berjumpa pekerja dan membawa tuntutan yang amat bermanfaat kepada pekerja pada masa kini.

 

Lebih daripada 30 000 risalah mengenai kempen diedarkan kepada pekerja. Kami juga turut mendapat tandatangan sokongan dalam kad kempen dimana ratusan kad berjayaditandatanggani oleh pekerja di jelajah Zon 1 di Selangor.

 

Pekerja mudah menerima tuntutan “Tabung Pemberhentian Kerja” kerja kerana kini tiada sebarang perlindungan kepada pekerja apabila syarikat bankrupt dan pekerja hilang kerja secara tiba-tiba. Pekerja dalam sekelip mata ditolak ke kancak kemiskinan. Hilang kerja, menjadikan mangsa tanpa dibayar gaji bulan terakhir dan pampasan tidak dibayar, tambahan menjadi pengganggur sehingga mendapat kerja baru. Jika kerajaan mewujudkan undang-undang “Tabung Pemberhentian Kerja”, masalah mereka boleh diatasi.

 

Apabila kami menjelaskan bahawa tabung ini akan membantu membayar gaji dan pampasan hilang kerja apabila syarikat bankrupt, pekerja menyambut baik idea ini. Tambahan, sumbangan pekerja 50 sen dan majikan 50sen ke dalam tabung ini setiap bulan menyakinkan mereka dan majikan bahawa ini bukan satu bebanan baru malah menjadi satu jaring keselamatan yang baik - Inilah respon yang kami dapat dari pekerja semasa berjumpa mereka di seluruh tempat perindustrian.

 

Kami juga akan teruskan jelajah ini ke Zon 2 pada 12 Ogos 2016 di kawasan perindustrian di Kuala Langat. Tahap kesedaran ini akan diteruskan di semua negeri dan selepas ini kami akan membawa semua sokongan pekerja kepada Menteri Sumber Manusia bagi menggesa kerajaan melaksanakan segera “Tabung Pemberhentian Kerja” kerana kian hari kian banyak syarikat sedang gulung tikar atas sebab bankrupt, pengurangan pekerja dan memindahkan kilang ke Negara lain.

 

Justeru, turun bersama kami dalam misi mencapai hak asas pekerja iaitu mewujudkan “Tabung Pemberhentian Kerja” di Negara Malaysia.

 

 

Oleh,

 

M. Sivaranjani

Biro Pekerja PSM

Pekerja