Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PSM Bagan Serai, Perak!

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PSM Bagan Serai, Perak!

2 January 2017

31 DISEMBER 2016

BAGAN SERAI- Sejarah dilakar lagi! Parti Sosialis Malaysia (PSM) terus melangkah maju memasuki 2017 dengan perasmian sebuah lagi Pusat Khidmat Masyarakat bertempat di Bagan Serai, Perak.

Dalam perasmian tersebut juga buat julung kalinya sebuah koperasi pekerja ladang berjaya ditubuhkan. PSM Bagan Serai telah mula menawarkan khidmat buat masyarakat sejak 2012 lagi. Malah pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ini walaupun baru dirasmikan namun ia sebenarnya telah beroperasi sejak 6 bulan lalu. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan diserikan lagi melalui kehadiran pekerja-pekerja ladang setempat yang memberikan sokongan.

Pusat Khidmat Masyarakat merupakan sebuah identiti penting bagi PSM. Pembukaan sesebuah Pusat Khidmat Masyarakat melambangkan betapa seriusnya aktivis-aktivis PSM dalam fokus memberikan bakti terhadap perjuangan rakyat. Setiap tahun di dalam Kongres Nasional semua Pusat Khidmat Masyarakat akan menyampaikan laporan khidmat yang telah dijalankan. Purata kes yang diterima mencecah puluhan kes bagi tempoh satu bulan.

Syabas dan tahniah buat PSM Bagan Serai! Semoga terus maju dalam memperkasakan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik!

Bagan Serai
Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PSM Bagan Serai, Perak!
Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PSM Bagan Serai, Perak!
Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PSM Bagan Serai, Perak!