PSM Menyeru Menteri Sumber Manusia Implementasi Skim Insuran Pekerja Segera

PSM Menyeru Menteri Sumber Manusia Implementasi Skim Insuran Pekerja Segera

29 March 2017

MENTERI SUMBER MANUSIA BERI JAMINAN RUU SKIM INSURANS PEKERJA DIBENTANG DALAM SESI PARLIMEN TAHUN INI,2017.

 

Pagi ini seramai 200 lebih para pekerja dan komrad Parti Sosialis Malaysia telah ke parlimen untuk menyerahkan kad sokongan Skim Insurance Pekerja (SIP) yang akan menjamin satu tabung pemberhentian pekerja apabila syarikat bankrap dan gulung tikar.

Aksi hari ini merupakan kemuncak kempen bersungguh-sungguh selama dua tahun oleh PSM menjelajah ke seluruh negara membawa mesej menuntut Kerajaan melaksanakan SIP ini .

Akhirnya pada perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia sendiri, Dato'Seri Richard Riot, Menteri sendiri memberikan jaminan bahawa RUU untuk SIP akan dibawa ke Parlimen pada sesi Parlimen pertengahan tahun ini (2017) dan akan mula diimplementasi pada 1hb.Januari, 2018 .

Beliau juga memberitahu bahawa sebanyak 60juta ringgit telah disumbangkan oleh Kerajaan untuk memulakan tabung ini yang akan dikendalikan oleh SOCSO.

PSM melihatkan maklumbalas ini sebagai suatu kejayaan kempen PSM dan juga perjuangan kelas pekerja .