KERAJAAN SAYANGKAN KONTRAKTOR TETAPI ANAKTIRIKAN PEKERJA KONTRAK!

KERAJAAN SAYANGKAN KONTRAKTOR TETAPI ANAKTIRIKAN PEKERJA KONTRAK!

12 December 2017

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan berjumpa dengan pihak Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk bincang pelbagai masalah yang dihadapi oleh pekerja kontrak di sekolah-sekolah Kerajaan. Setelah dengar semua masalah ini, KPM nasihatkan kami untuk buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK). 

Adakah ini selesaikan masalah?????

TIDAK!  Apabila pekerja kontrak berani buat aduan, masalah berlipat ganda….

  1. Majikan mangsakan pekerja

  2. Lepas penyelesaian di JTK, majikan mengulangi kesalahan yang sama.

  3. Majikan hilangkan diri lepas dapat perintah mahkamah buruh

  4. Gaji tertunggak yang tidak dituntut oleh majikan dijadikan hasil kerajaan yang tidak boleh dituntut oleh pekerja

            5. Wang ganti rugi tidak dikira atas keseluruhan perkhidmatan 

 

           Banyak kontraktor tindas pekerja dan langgar undang-undang kerja. Mereka tidak peduli akan arahan JTK. Perjanjian KPM dengan kontraktor tidak                     lindungi pekerja.  Mengapa pekerja harus jadi mangsa?

KITA PERLUKAN TINDAKAN MENTERI!

           Ada berpuluh ribu pekerja kontrak – pembersihan dan pengawal keselamatan di 10, 000 lebih sekolah kerajaan di seluruh negara kita. Semua pekerja ini             tergolong dalam kumpulan B20 iaitu kumpulan termiskin. Termiskin sebab sistem kontrak. Menjadi lebih miskin sebab diperas oleh kontraktor.

          MISKIN SEBAB SISTEM KONTRAK – JADI LEBIH MISKIN SEBAB DIPERAS KONTRAKTO


·             KPM HARUS TANGGUNGJAWAB PENUH!    

Selagi sistem kontrak wujud KPM harus bertanggungjawab  penuh keatas pekerja di semua premisnya. KPM harus memantau dan bertindak untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja kontrak dilindungi. KPM tidak harus mencuci tangan dari tanggungjawab- nya dengan merujuk aduan pekerja kepada Jabatan Tenaga Kerja.

·         KAJI BALIK SISTEM KONTRAK!

KPM harus mengkaji balik sistem kontrak sebab kerja-kerja pembersihan, kebun dan keselamatan adalah kerja tetap yang perlu dibuat sepanjang masa sesebuah sekolah berfungsi.  Sistem kontrak harus dipakai hanya untuk kerja sementara.

·         JELASKAN SEMUA TUNGGAKAN GAJI YANG TIDAK DITUNTUT OLEH KONTRAKTOR!

KPM harus memainkan peranan yang lebih proaktif dengan menyelesaikan dengan segera masalah tunggakan gaji yang belum dibayar, tunggakan gaji minima 2013 dan 2014

·         TAMATKAN KONTRAKTOR YANG MENINDAS PEKERJA!

KPM harus menamatkan kontrak syarikat-syarikat yang menipu dan menindas pekerja kontrak dengan tidak bayar  gaji, tipu OT dan tidak buat caruman kepada KWSP dan PERKESO.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan telah menghantar surat 2 kali untuk memohon temujanji dengan Menteri Pendidikan sebelum tamat tahun ini.   Kita menunggu jawapan Menteri. Pekerja kontrak diminta menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut  tentang perjumpaan ini. 

KERAJAAN SAYANGKAN KONTRAKTOR TETAPI ANAKTIRIKAN PEKERJA KONTRAK!
KERAJAAN SAYANGKAN KONTRAKTOR TETAPI ANAKTIRIKAN PEKERJA KONTRAK!