BEKAS PEKERJA LADANG PADANG MEHA,PADANG SERAI, KEDAH MENUNTUT YAB PERDANA MENTERI CAMPURTANGAN DAN MENDAPATKAN PAMPASAN HENTI KERJA

BEKAS PEKERJA LADANG PADANG MEHA,PADANG SERAI, KEDAH MENUNTUT YAB PERDANA MENTERI CAMPURTANGAN DAN MENDAPATKAN PAMPASAN HENTI KERJA

19 December 2017

Bekas Pekerja Ladang Padang Meha, Padang Serai, Kedah

Salam perjuangan.

Kami ingin menjemput semua wartawan dan media untuk hadir memberikan liputan berkenaan protes 207 orang bekas pekerja Ladang Padang Meha yang menuntut YAB Perdana Menteri Malaysia untuk campurtangan dan mendapatkan pampasan henti kerja yang dimenangi oleh di mahkamah.

Seramai 212 orang bekas pekerja telah dihentikan kerja pada 12/3/1995 tanpa sebarang pampasan apabila ladang kami ini dijual kepada MBF Country Homes & Resort Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Syarikat Alamanda Development Sdn Bhd). Perjuangan untuk tuntutan pampasan akhirnya berjaya melalui tindakan mahkamah di mana pada tahun 2011, kami telah mendapat keputusan untuk menerima pampasan berserta tambahan RM 22,500 setiap pekerja untuk tujuan ganti rumah.

Namun, sehingga hari ini, kami tidak menerima wang tersebut kerana syarikat induk diisytiharkan muflis. Kami telah banyak kali berbincang untuk mendapatkan pampasan tersebut melalui pihak liquidator tetapi gagal namun yang menjadi kehairanan ialah banyak tanah milik ladang telah berjaya dijual dan melalui fasa pembangunan termasuk satu projek perumahan Kerajaan Persekutuan PRIMA di situ.


Sehingga hari ini, lebih 70 bekas pekerja daripada 207 telah meninggal dunia tanpa menerima sebarang pampasan walaupun menang mahkamah. Jesteru, kami telah melakukan protes di hadapan kawasan ladang kami pada 29/10/2017 yang lalu serta memberi masa untuk pihak terbabit untuk menyelesaikan pampasan kami. Kami juga berjanji menarik balik kes menggesa melaksanakan keputusan mahkamah 2011 yang sedang berjalan sekarang sekiranya kami dibawa bincang tetapi mereka berdegil tidak mahu berjumpa dengan kami.


Akhirnya kami, menulis kepada YAB Perdana Menteri meminta satu pertemuan tri-parte diaturkan bersama kami dan bekas pemaju untuk membincangkan penyelesaian kepada masalah kami pada 27/11/2017 dan satu lagi peringatan surat kepada Jabatan Perdana Menteri pada 13/12/2017 melalui faks. Ini adalah turutan surat kelima kepada YAB Perdana Menteri dan JPM sejak beberapa tahun ini tetapi kami tidak mendapat maklumbalas yang sepatutnya.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk datang ke Putrajaya (Pejabat Perdana Menteri) pada

Tarikh Occupy : Isnin 18/12/2017
Masa : 10.00 pagi

Kami akan duduk di hadapan JPM sehingga kami diberi temujanji yang diminta.

 

UPDATE TERKINI

Perjuangan para pekerja Ladang Padang Meiha hari ini berakhir dengan suatu kejayaan apabila, Timbalan Menteri terus mengarahkan Timb Pengarah Jabatan Tenaga kerja untuk mengadakan perjumpaan dengan para pekerja.

Dalam mesyuarat tersebut, JTK telah menetapkan satu mesyuarat pada 8/1/2018 bersama semua pihak, syarikat ladang, syarikat yg telah menjual tanah dsbnya bertemu dengan wakil pekerja mencari penyelesaian.

Cik Asiahton, Pen Pengarah sendiri telah turun ke lokasi protes memberitahu keputusan tersebut.

 

Pekerja