Siapa Kami

Mengenai Parti

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan suatu parti politik berhaluan kiri di Malaysia. Walaupun parti ini telah didaftarkan oleh ahli-ahli pengasasnya pada 30hb April 1998, kerajaan hanya meluluskan pendaftaran itu pada bulan Ogos 2008 selepas berjuang dengan kerajaan selama 10 tahun.

Simbol parti ini ialah penumbuk kiri bergenggaman putih yang melambangkan perpaduan rakyat yang mara ke atas berjuang untuk masyarakat yang lebih adil, sama rata dan demokratik. Warna merah menjadi simbol perjuangan manakala putih melambangkan keikhlasan perjuangan dan kerja kita.

psm logo

Kini, ibu pejabat parti ini berada di Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.

Parti ini mempunyai cawangan dan wakil-wakil di serata tempat dan gerakan akar umbi yang luas dalam kalangan pekerja ladang, golongan miskin bandar, pelajar, petani, komuniti Orang Asli, pekerja dll.

Ideologi

Parti ini memeluk ideologi sosialisme yang menekankan sistem ekonomi yang memastikan pengagihan kekayaan yang adil dalam masyarakat yang demokratik dan saksama, bebas daripada eksploitasi.

Parti ini yakin dan komited kepada pergelutan kelas dan akan terus menyebarkan politik kelas, menentang norma politik komunal dan agama yang diamalkan di Malaysia. Parti ini akan bekerja keras untuk memperkasa dan membebaskan rakyat marhaen daripada cengkaman kapitalisme.

Walaupun PSM komited kepada analisis Marxist, parti ini akan berpegang kepada polisi terbuka kepada kecenderungan kekirian dan menentang sektarianisme. PSM tidak menyertai atau menjajarkan diri dengan mana-mana organisasi sosialis atau berhaluan kiri antarabangsa. Walaupun kita belajar daripada dan diinspirasi oleh berbagai-bagai inisiatif kerajaan-kerajaan sosialis yang sedang berkuasa serta polisi-polisi mereka, PSM percaya bahawa sosialisme di Malaysia harus berkonteks tempatan dan dibina dari bawah ke atas oleh rakyat Malaysia sendiri. PSM bersifat terbuka kepada kritikan dan perbezaan pendapat dalam kalangan golongan kiri. Pada asasnya, kita hendak orang ramai dilayan dengan maruah dan menikmati hasil titik peluh mereka.

Bacaan Lanjut:
Kenapa Sosialis [PDF]

Harga rumah mampu milik seharusnya antara RM 39,000 hingga RM 100,000 bukannya RM 90,000 hingga RM 300,000 [PDF]

Perumahan untuk Semua [PDF]

Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam [PDF]

Memo to the Government of the USA [PDF]

Pembaharuan untuk Sistem Pengundian dalam Pilihanraya [PDF]

Democracy in Socialism [PDF]

Handling Religion in the Malaysian Context [PDF]

An Alternative Paradigm of Development for Malaysia [PDF]

Kenapa kita perlukan Parti Sosialis di Malaysia?

Sistem ekonomi Malaysia yang dibelenggu dengan model pembangunan kapitalis telah gagal menaikkan kehidupan majoriti. Ia hanya telah memperkayakan sebahagian kecil masyarakat melalui eksploitasi, perampasan tanah, kronisme, rasuah serta kemusnahan alam sekitar.

Malangnya, tiada parti politik kerajaan mahupun pembangkang yang memahami dan menerima bahawa kapitalisme yang menjadi masalah dan ia tidak boleh direformasi tetapi perlu diganti dengan sistem ekonomi dan politik yang mendahulukan rakyat, bukannya keuntungan.

Kita perlukan parti yang menyoalkan kapitalisme dan membina model politik dan ekonomi alternatif melalui demokrasi penyertaan dan kuasa rakyat. Suatu kerajaan kebajikan dengan pendekatan dari atas ke bawah tidak akan selesaikan isu-isu teras eksploitasi yang terus mengekalkan kemiskinan.

Kita perlukan parti sosialis yang menekankan masalah-masalah masyarakat secara isu kelas dan bukannya perkauman. Buat terlalu lama di Malaysia, rasisme telah mengindoktrinasi wacana politik kita, menyembunyikan realiti bahawa ia merupakan isu kelas antara golongan berada dengan yang tidak.

PSM dibina daripada pergelutan golongan orang biasa dan kita perlu membawa balik politik kelas yang berjuang untuk keperluan asas, seperti gaji yang adil, perumahan, kesihatan, pendidikan yang berpatutan, menentang sekisme, homophobia dan xenophobia.

PSM Untuk Keperluan Rakyat bukannya Kerakusan Korporat!

PSM & Pilihanraya.

Penglibatan PSM dalam sistem pilihan raya telah bermula 20 tahun lepas pada 1998. Proses pendaftaran sebagai parti politik sahaja cukup sukar dan merupakan suatu penentangan yang mengambil masa sepanjang 10 tahun merentasi proses mahkamah dan juga menjadikan PSM parti politik pertama untuk membawa Menteri Dalam Negeri ke mahkamah. Oleh sebab itu, dalam pilihan raya tahun 1999, 2004 dan 2008, PSM dikehendaki menggunakan logo parti politik yang lain untuk melibatkan diri. Hanya ketika Pilihan Raya Utama ke-14 pada tahun 2018 PSM telah menggunakan logo sendirinya buat pertama kali.

Sebagai parti politik, arah yang diambil oleh PSM berkisar ideologi sosialis. Pendirian ini bukan sahaja dilihat dalam kerja-kerja yang dilakukan oleh (mantan) Ahli Parlimen PSM yang pertama, Dr Jeyakumar tetapi juga dalam kerja-kerja berkaitan sistem pilihan raya dan pentadbiran yang dilakukan oleh PSM sama ada secara berkempen untuk polisi-polisi atau juga meletakkan alternatif-alternatif yang bernas.

Dokumen-dokumen berikut untuk bacaan lanjut memberi sedikit pandangan kepada perjalanan PSM sebagai parti politik dan juga perbincangan berkenaan.

10 Perkara Tentang PSM Anda Mungkin Tidak Tahu [PDF]
PSM Penggerak Politik Baru [PDF]
Voting Pattern in Sg Siput [PDF]
PSM Menambah Nilai Pada Sistem Politik Malaysia [PDF]
PSM Parti Angkuh – Tidak Mahu Runding? [PDF]
History of PSM Contesting in Elections [PDF]
Electoral Politics – A Double Edged Sword [PDF]
Prospects for PSM in PRU-14 [PDF]