Mathavi

Mathavi

Bendahari Kehormat

Mathavi ialah seorang aktivis dan pemimpin gerakan akar umbi yang telah aktif memperjuangkan hak pekerja dan golongan tertindas sejak zaman pengajian di UKM. Pada tahun 2002, beliau menyertai Community Development Centre (CDC) dan sejak itu terus terlibat dalam kerja-kerja akar umbi serta kemanusiaan, termasuk lebih 20 tahun pengalaman membantu komuniti pelarian di Malaysia. Beliau turut terlibat dalam pembentukan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada tahun 2004, yang menghimpunkan pelbagai kelompok masyarakat dalam perjuangan keadilan sosial.

Kini, Mathavi menerajui Gabungan Marhaen, sebuah usaha untuk menyatukan pelbagai sektor rakyat, khususnya golongan B40, dan membina kekuatan serta kepimpinan rakyat dari akar umbi. Dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM), beliau pernah berkhidmat sebagai Juruaudit Dalaman dan Timbalan Bendahari selama enam tahun, dan kini dipilih sebagai Bendahari Kehormat.

More Staff

Sook Hwa

Sook Hwa

AJK Pusat
Amir Syafiq Ameer Soekre

Amir Syafiq Ameer Soekre

AJK Pusat
Tinagaran

Tinagaran

AJK Pusat
Nik Aziz Afiq Bin Abdul

Nik Aziz Afiq Bin Abdul

AJK Pusat