Tinagaran

Tinagaran

AJK Pusat

Saya Tinagaran, juga dikenali sebagai Cikgu Tina. Mula menjadi aktif dalam perjuangan sejak tahun 2000 apabila saya dan beberapa orang lagi menerajui isu permit van kilang di Negeri Perak. Penglibatan saya terus mendalam dari situ sehingga melibatkan diri dalam perjuangan-perjuangan lain Ipoh Perak. Dan pada tahun 2005, saya telah berhijrah ke Seremban Negeri Sembilan dan pada tahun 2008 saya dan beberapa komrad yang lama aktif di Seremban telah menubuhkan Cawangan Parti Sosialis Malaysia di Seremban Negeri sembilan. Sejak itu saya telah pun memegang beberapa jawatan Utama di Cawangan Seperti Pengerusi Cawangan, Bendahari dan bagi tempoh yang lama adalah sebagai Setiausaha Cawangan. Berpengalaman Menerajui isu-isu pekerja, pengusiran paksa masyarakat Ladang serta kampung tradisi. Juga menjadi Koordinator Nasional bagi Reform Perkeso dengan berjaya membawa beberapa perubahan serta Akta baru iaitu Perlindungan 24jam. Juga Pernah bertanding di Pilihanraya Umum ke15 dikerusi Parlimen Rembau pada tahun 2022 dan juga bertanding di PRN Negeri pada tahun 2026. Kini saya juga telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat serta memegang jawatan Koordinator Biro Pekerja bagi sesi 2026-2028.

More Staff

Gandipan Nantha Gopalan

Gandipan Nantha Gopalan

Timbalan Setiausaha Agung
Bawani KS

Bawani KS

Tim. Bendahari
Sivaranjani a/p Manickam

Sivaranjani a/p Manickam

Setiausaha Agung
Amanda

Amanda

Ketua Pemuda