PIALA PEJUANG P.VEERASENAN KE 24 Pertandingan Bola Sepak Persahabatan

PIALA PEJUANG P.VEERASENAN KE 24 Pertandingan Bola Sepak Persahabatan

Its Beginning! 22 Sep 2019
    Padang Klang Jaya
    07:45 AM -
    This event is passed

    Piala Pejuang P. Veerasenan dimulakan pada tahun 1993 demi memperingati jasa pejuang Hak Pekerja sekitar tahun 1940an iaitu mendiang P. Veerasenan.

    Piala P.Veerasenan ini mengingatkan kembali kita kepada seorang pejuang muda, P.Veerasenan yang berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja tanpa batasan kaum danagama pada zaman pemerintahan British. Pada usia muda iaitu 22 tahun sahaja, beliau telah menjadi Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Pengkalan Singapura.
    Keberanian dan ketegasan beliau dalam memperjuangkan hak pekerja telah
    membawanya ke arena Kesatuan Sekerja Peringkat Nasional iaitu Pan-Malayan
    Federation of Trade Unions (PMFTU).
    Sumbangan dan pengorbanan beliau terlalu besar kepada perjuangan pekerja.
    Diantara kejayaan P. Veerasenan dan rakan-rakan seperjuanganya adalah:
     Memperjuangkan peningkatan upah harian 55 sen kepada 95 sen sehari
     Mengurangkan hari bekerja dari 7 hari kepada 6 hari
     Hanya 8 jam kerja setiap hari
     Pihak majikan harus menyediakan air minuman bersih dan bebas daripada
    kuman, kemudahan perumahan dan bilik air.
    Tetapi pihak majikan dan penjajah terasa terugut.
    Beliau merupakan salah seorang pemimpin kesatuan PMFTU yang progresif dan
    digeruni oleh pihak British. Beliau telah ditembak mati oleh pihak British pada 3 May 1949 ketika beliau berusia hanya 22 tahun. Pada masa itu ramai lagi pejuang kaum pekerja telah dibunuh, digantung dan dibuang negeri. Sumbangan beliau kepada
    kaum pekerja Malaya pada masa itu tidak terhingga dan demi mengingati semangat perjuangan beliaulah pertandingan bolasepak P.Veerasenan diadakan. Adalah diharapkan semangat perjuangan beliau akan diteruskan oleh setiap generasi muda selagi wujudnya penindasan keatas golongan pekerja.

    HIDUP PEKERJA!
    HIDUP PERJUANGAN!

    Tarikh: 24/9/2019 (Ahad)
    Masa: 7.45 am
    Tempat: Padang Klang Jaya,